12 April 2013

Melahap Domino's

Assalamualaikum~
Bismillah~

Okey.... ni kesinambungan kepada praktikal AES. Kali ni, petang tu jugak aku, paan, iki, akim, kipik, shoo, ngan pah pegi melahap Domino kat BBST. Mastermind dia tak lain tak bukan iki peace. Dalam jam 1730 camtu, aku dikidnap oleh paan dibawa ke BBST . Aku yang pada mulanya ada urusan lain terpaksa menganselkan urusan tersebut atas hal yang 'mustahak' ni (ni rahsia kite je key?).

Sampai2, kitorang berempat menunggu ketibaan kepala besar program santai ni. Sampai je Iki and the backbone, dorang terus meminang 4 kotak pizza 12" perghhh... Tunggu punya tunggu sempat lagi berkandid..








okey... itulah kandid aku








Masing2 tak nak kalah ngan senyuman

Selesai berkandid, maka tibalah the fab 4 yang ditunggu, joyah, kiah, minah, dan tipah (aku tak tau nama pizza tu, aku reti makan je). Inilah situasi di mana peribahasa 'masa itu emas' dipraktikkan, masing2 yang mulanya bajet malu nak start dulu, tapi dah sorang start tibai, sume menerkam pizza2 yang cukup.... perghhhh!!! 







Mangsa ni~











Bila sorang start...hmmm~








Mangsa kedua





 Aku yang sedang melahap mangsa ketiga

Mangsa penghabisan

Selepas membaham mangsa keempat maka mulalah ekspresi muka pemangsa yang penuh kenikmatan dan kekenyangan. Sorang sorang mula menunjukkan kepuasan yang sejati. 

Mastermind yang kemain







Pemangsa (kanan) yang pertama kecundang
 Pizzaaaa~~~ andainya ini adalah zombi








"fehhhh..... dietku bermula esok" ayat yang bermain di fikiran pah








Tak cukup dengan tu, paan order lagi 1 kotak take away, untuk adik katanya, hehhh ^(*,* )^... papelah paan.. dalam ramai2, sorang ni dengan bangga gitau, ak tak kenyang lagi ni, boleh makan lagi.. amekau!!! aku pon tak kenyang tapi aku senyap je.. haaha dia dengan bangga plak gitau.. tahniah.. haha. abes aku kalau die tau. 

Jadi, malam ni dengan perut yang penuh dengan pizza aku menaip post ni sambil menggosok perutku yang mulai boroi.. hahhahaaa.. esok jom kite pegi PC fair plak!!!


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Pasang-Pasang Kapal Terbang

Assalamualaikum~
Bismillah~

okey... tajuk kali ni pon dah macam permainan budak2. Nak panggil je main bina-bina kapal terbang, tapi kitorang tak bina pon, cuma leraikan pastu pasang balik je. Kenape tetibe kuar topik ni pulak?? ntah la, aku pon da takde topik nak gitau. korang layankan je la.

Kebetulan ari ni ada praktikal kat hangar wat inspection komponen kat seksyen enjin Duke 60. Nama komponen tu dirahsiakan (tak ingat pon sbenarnya..hahah). Tapi memandangkan untuk pengetahuan korang jugak, aku gitau la. kitorang inspect gen brush, tau tak pedia tu? ;P. Memandangkan kitorang sekelas dipecahkan kepada 3 grup, jadi tiap grup ada 8 orang lebih kurang. Jadi nak buat kerja seramai tu agak la susah dalam satu masa, dan aku dengan penuh kepercayaan dek ahli grup menjadi jurugambar untuk laporan nanti. 

Bertepatan dengan tajuk kali ni, kitorang yang sememangnya pakar bab leraikan benda ni dengan kondifennya memutar fastener2 (chewahh..ayat teknikal gitu) yang ada kat cowling enjin dan kemudian membogelkan enjin tu tanpa teragak-agak. Maka di bawah ni aku bagi korang saksikan leaked photo tak senonoh enjin tak pakai cowling.









Masing-masing dengan kefokusan maksima







Tak sabar sampai sempat intai









Cowling atas pulak jadi mangsa 

 







Nilah gaya poman berkaliber









Tengok poman kat workshop kete wat gaya camni teringin jugak aku nak wat


Cabut punya cabut, sampai la part inspect brush. Benda yang da veteren ni sepertinya tak sanggup nak lerai lagi sampai skru pon da melekat kat housing. Jadi nak tak nak, improvise la sket.. hehehh

 Mendalah yang degil tak reti2 nak tanggal







Kelecehan di saat mengeluarkan brush








Semua tengok bukti kitorang wat kerja k


Dah siap ukur bagai, tiba part yang paling tak best... pasang balik komponen yang dah ditanggalkan. aisehhhh -_-' .. Antara banyak2 kerja, tulah yang paling leceh. Mana taknya, kene align betul2, nak cari skru yang ntah mana satu, nak tahan cowling lama2. Kene plak da skru2 sume, lubang last tak align la, terjuntai la, ape la, kene bukak balik. waduhhh~







Pasang mende ni antara bab yang masih senang







Masuk bab ni, TvT
Idea sendiri la ni nak kasi senang pasang

Papepun, setelah bertungkus lumus, akhirnya kitorang berjaya jugak. HAHHH!!. Walaupun grup kitorang yang last siap, tapi memandangkan grup lain dapat yang senang, takde cowling la, kecik la, kerja kitorang agak memberangsangkan walaupun diganggu dengan nyanyian enjin ground run heli kat apron. 

Setelah main pasang2 selesai, tiba la saat yang satu lagi kitorang tak minat... wat report. arhhh... kenapa??? jadi, seperti biasa, masing2 lari.. hahaahaa. Jadi, kesudahannya, kita tunggu sape yang kene wat report... jeng3.

This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

03 April 2013

Ops Sawa D'Miat

Assalamualaikum~
Bismillah~

Malam tadi di tengah malam syahdu bersama lt. Ban Ban, lt. Joshua, PKS Note 2, PKS eksiden, bersama tetamu yang seanggun bidadari melahap di kedai makan, lt. Joshua diganggu oleh satu panggilan yang mengganggu, baik dari segi fikiran mahupun pandangan. Dengan muka yang serius dan mata yang bulat.... jeng3~

MIAT dicerobohi oleh seekor ular sawa batik yang ingin menjadikan MIAT sebagai pengkalan ia. Dengan kepakaran dan kelengkapan yang ada semasa itu, satu panggilan terus dibuat kepada PKOD Sepang, dan seterusnya di hantarkan maklumat kepada PKOD Hulu Langat.

Sesampai di MIAT dengan perut yang kenyang dan matlamat yang penting, serumpun manusia kelihatan di tepi longkang, di depan belakang ATR beserta van yang tersangatlah ikonik kepada kami. Nampaknya ular sawa tersebut berjaya ditawan. Bersumberkan jurugambar separa tauliah, iaitu PKS Note 2, beberapa megabite gambar berjaya ditangkap:

 Van yang ikonik









 "Kalau adik nak jadi hero, adik daftarlah sebagai ahli sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam~"kata koperal macho kepada penuntut MIAT.
  *Cerekarama











Turut berganding bahu mengembleng tenaga, PKS memberikan kepakaran suluh menyuluh mereka kepada anggota













Hero MIAT malam ini






















"Cover me.." aksi anggota ala-ala counter strike
"Musuh ditumpaskan, misi selesai"
New achievement unlocked

Kredit gambar : PKS Note 2

Terima kasih kepada anggota2 yang sanggup berkorban masa dan tenaga mengambil alih Ops Sawa d'MIAT daripada kami. Bukan apa, kami ketiadaan peralatan menangkap ular, tambah2 lagi mana nak letak ular tu kalau dah tangkap, nak tak nak, kena hantar kat PKOD gak. Kalau hero2 ni tak datang, alamatnya lt. Joshua la yang kene tangkap, aku tolong ajar kat tepi aje. :P.

P/S: aku nye attachment hour da brape eh.. mesti da lesap log book aku kat PKOD tu. last blaja tangkap ular pon 2 taon lepas..hehehhh :P


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Mini 4WD : The Unknown

Assalamualaikum~
Bismillah~


Jeng3... rajin plak aku membukukan sejarah hidup aku kat sini malam ni.. hehehh~ Bukan ape, nak rasmikan laptop baru, bagi dia biasa sket ngan cara aku, hahh. Ok, kali ni aku nak sambung citer pasal mini 4WD, aaaaaaaa..... suke kan suke kan?? 

Kali ni, aku jumpe kat tetttttt.... di Sri Kembangan, mana bley cakap, nanti hilang demand, hahah :P . Okey, nak dijadikan citer, pada 1 April 2013, kawan sekaki lepak ajak pergi mall kat Sri Kembangan. Firasat aku ni kuat menyatakan yang aku bley jumpe mini 4WD kat sane, jadi aku on la. 

Setelah berjam di jalan yang meriah dengan kereta, kami sampai ke destinasi yang dituju. supsapsupsap, pergi usha skrin besa untuk renovation bilik aku la, spek untuk member la, baju, pompampompam.. sampai la jugak kat bahagian mainan, woohooo.. Sampai2 je, liar aje mata I mengusha mainan. 3 minit selepas itu, jeng3~~ mata aku terkunci di satu rak.... dan... maka gembirelah aku seketika, namun...... o_O. Ini yang aku jumpa~







 Super Asurada SA??










 Kejakunan apakah yang berlaku?







Asurada QBX?










Aku yang tak pakar lam mini 4WD ke atau model ni antara yang rare? sumpah tak pernah aku jumpa model ni lam riwayat hidup aku.. apalah, mende dah ada depan mata, balun je la. Kaching2, bunyi kaunter menelan duit aku.. vroom2 bunyi kereta sport kami meredah lebuh raya... burrpp... bunyi angin keluar ganti ngan makanan, tengok2 dah sampai MIAT.

Apa lagi, mulalah operasi assembly aku. Malam tu jugak aku dapat tau budak ni nak wat jamuan koktel sempena hari lahir member aku. Okey, maka berikut adalah peristiwa sebenar:

























Sementara mereka sibuk menyiapkan hidangan untuk majlis koktel...


 
Aku sibuk menghasilkan masterpiece aku....
 

 
Di saat mereka siap menyudahkan juadah  yang umphhh errghhh.....


Aku berjaya menyiapkan koleksi arsenal aku....

 Hahahaa.... papepun, model ada lagi 1 yang blom disentuh. Tunggu la bila masa yang sesuai. Korang follow je perkembangan pertualangan aku mencari mini 4WD. Zooommmm

P/S: Selamat meniti hari yang lebih tua kepada rakan aku, Keri the Afro guy. Semoga usia anda menjadi tarikan kepada gadis-gadis. hahh..


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Laptop Red Kaler

Assalamualaikum~
Bismillah~


ehemm.. Agak lama tak kemaskini sesarang yang da bersarang ni. Disebabkan kedaifan aku untuk menukar screen laptop aku yang dah pergi tak kembali, aku terpaksa berharapkan laptop dan PC rakan2 aku untuk terus berhubung di dunia maya serta bermovie night. Kadang2 sampai aku conquer laptop dorang... :P tribut untuk para rakan yang ensem gorjes baik hati setiakawan... blablabla...(nak bagi dorang bersin tak henti2). 

Papepun setelah 3 bulan laptop rakan2 aku dijajak oleh aku, akhirnya tanggal 31, bulan tiga 2013.. maka merdekalah mereka kerana aku dengan kedaifan aku untuk menukar screen laptop aku yang rosak, pergi ke Lowyat bersama penasihat elektronik aku, pemandu aku, dan penunjuk arah aku untuk mengangkat sebuah laptop yang berspesifikasi tinggi untuk menggantikan laptop aku yang sudah membutakan matanya. Niatku untuk membeli laptop Alienware M14x tergendala seketika kerana pembahagian bajet aku yang tidak seimbang kepada naiktaraf bilik aku.. hehhh. 

Nak dijadikan cerita, niat asalku ke sana untuk membawa pulang sebuah ASUS berspeks 4Gb RAM, 2Gb Grafik, free-DOS, dan i5 processor... alih2 laptop terpilih ni jugak yang berjaya menambat hatiku. 

 DELL 15R 5521 red
Specs: rujuk kriteria aku


Disebabkan takde ASUS yang memiliki kehendak aku, maka si elegan ni jugak yang mampu memenuhi kriteria aku. Berbajetkan RM 2000, aku mampu membakar fulus di bawah bajet aku, dan dapat free gift bagpack yang gempak (member aku cakap la, aku tak kisah pon pasal free gift). Dengan specs yang gempak bagai ni, dapat la aku main Pokemon ngan Tetris dengan lancar.. hahahhaaa~

Setelah dimasukkan OS, software bagai, ni la rupanya:








Blogging guna laptop baru sket
















Sume nak merah je~









Dengan lebihan bajet aku, aku dengan penuh rasa gumbira (?) melepak di KFC mengenyangkan perut2 para pakar yang aku bawak skali. Tapi bila dah terpampang depan mata laptop baru ni, rasa cam takde tujuan,sebab sume data ada lam laptop lama aku. Jadi secara teknikalnya aku merenung skrin laptop yang 'kosong'... arghhh... x bley jadi, kasi penuh itu hard disc ngan game!!!

Jadi, sape2 yang nak merasa erti permainan yang tiada keloadingan yang mencabar kesabaran, bawak la installer game masing2 dan sama2 penuhkan hard disc laptop aku.. hahhaa... nak install Black Ops 2 la plak rasenye... gerak dulu~


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~