26 May 2013

Final Exam Kembali Lagi!!

Assalamualaikum~
Bismillah~



DUMM DUMM DANGGG TADAAAAA!!!!
Pejam celik pejam celik, final datang lagi dan tang ni untuk kali ke 6 dia wat havoc kat MIAT.. tak campur ngan kegempuran sedare die mase kat KMK dulu.

Nak tak nak, kene trima la kenyataan esok dah start exam, subjek Aircraft Structure Repair siottttt.... Apa yang aku buat masa study leave sminggu ni?? ntah, aku pon tak tau. Yang aku pasti ari khamis aku ade viva FYP pastu smalam, ari sabtu aku pegi jenguk2 Festival Belia. Hehehhh, dapat la sijil free 1. Nak tau, tunggu aku abes final dulu ngan sedikit kerajinan aku untuk mengupdate blog ni.

Stakat ni, aku nak brutang crite dari korang dulu ok. Tak banyak, sdozen dua je. K la, nak pegi menelaah Piston 2 dulu. Whooossshhhh~~~


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

04 May 2013

Latihan Medan Sem Jan '13

Assalamulaikum~
Bismillah~

Da sbulan kot tak kemaskini blog ni.. hahaa, nice~ Papepun, jangan salahkan otak kerana ketiadaan idea, tapi salahkan tangan yang malas menaip, :P . Entri kali ni bersempena tamatnya latihan medan yang berjulung2 kalinya diadakan di Ulu Bendul, N9. 

Tema latihan medan kali ni adalah santai.. chehhh. memang santai la sangat. Kali ni latihan medan agak khas sebab briged dapur khas dan grup masak diSISPA tiada. Jadi, anggota serta peserta dikehendaki masak sendiri dengan peralatan yang dibekalkan bersama ransum gred B. Adeh, ransum siap ada chipsmore bagai, susu pekat lagi.kui3.Ikhtiar hidup la katakan...

Hari pertama dihabiskan dengan dirian khemas. Masing-masing dengan gelagat sendiri, memasang khemah yang serba mudah, untung la~ Masuk je bab khemah jurulatih dan pegawai, home tent gitu... muat 10 orang, tapi nak memasangnya, memang satu azab. khemah last pasang adalah khemah jurulatih, meraba-raba dalam gelap nak memasangnya.

 Rupa khemah yang menjadi azab memasang

Malam tu jugak perancangan aktiviti dibincangkan.Dicampur dengan faktor perut yang kosong, otak pon low battery. Sambil kitorang jurulatih ngan pegawai duk berbincang, yang lain duk melantak. Eloknya perangai masing-masing. Dah la tu, habis je bincang, tengok-tengok makanan da habis, memang terbaik la anak buah. Dengan perut yang kosong, para jurulatih dengan pasrah menyerbu kedai makan kat luar, tinggallah aku ngan Lt. Darius bermain muzik menggunakan perut. Dengan malam nan dingin, kami dua orang sapu 1 ransum, terus main pondok-pondok dalam kegelapan. Malam tu jugak sparuh buku roti, 2 pek megi, 1 tin sardin, 1 bekas air kopi habis dibedal. 2 round jugaklah kami bersantap. hahahaa....

Esok harinya, Seperti yang dijanjikan, 1 kompeni pergi mendaki bukit, meninggalkan saki-baki yang tertewas dalam PT pagi di kem site. Bahagian meredah sungai paling best, dapat tengok sorang-sorang terjunam dalam sungai gelincir dari batu.haahahaaa... Paling teruk lt. Darius. Nak tergelak pon ada, kesian pon ada. keh3. Semasa mendaki, sempat jugak fotografer kombat merembat gambar2.






Maju!!!






Maju!!!!







Mara!!!
Aksi!!!

Sampai CP terakhir, da nak dekat tengah hari, apalagi, masa melantak la pulak.. Masing-masing masak dengan resepi tersendiri..

 Kami Boleh!!!  Anak watan menawan bukit







Big Foot mengendap






Muka-muka bangga sampai CP (walaupun tak sampai puncak)
 Gaya, Mutu, Keunggulan







Mi Maggi senang dimasak lazat dimakan~






"ni garam kurang ni, rasa pon tak manis, halia mana?"
(ni la akibat terlalu pakar memasak)








 Semangat waja (?)

Diserang 'musuh' datang melayang

Siap masak makan bagai, misi turun pun bermula. Masing-masing tak sabar nak turun tanpa sedar apa yang menunggu kat bawah, hehehee.. Sampai CP Gazebo, misi bermula. Grup demi grup dipanggil turun. Yang menanti, sorang demi sorang kena buat persembahan konsert live dalam hutan.










CP Gazebo










Denda kemam daun 

Habis je aktiviti ni, ngam2 je hujan turun. Melihat camp site da jadi sungai Nil, secara automatiknya sorang-sorang jadi kontraktor saliran serta jurutera awam. Akhirnya, terbinalah saliran-saliran serta parit-parit di sekitar camp site. Dek kerana 'keletihan' serta kemalasan melanda, masing-masing kirim nasi goreng kat wakil bersama jurulatih.. cheiitt. ak jugaklah yang masak sendiri (janji free). Malam tu pon nak tak nak kena masak jugak sebab ada BBQ. hahaah... ak lahap nasi yang dah masak petang tu. Ayam ada orang tolong bakarkan..keh3. Hari semalam hari korang, hari ni hari aku.

Hari terakhir, hari terpenting bagi anggota yang naik pangkat, untung laa... Masing-masing dengan segak pakai uniform, aku dengan but tercabut tapak la, uniform lencun la, duduk di depan merangkap Tim. Komandan, (sume nak tolak aku je jadi, nak lari la konon). 






Menahan azab tapak but tercabut, uniform lencun~ 












 Rupa senyum, dalam hati..
 





Gelagat luar tabir(untung la)
Hutang arang dengan aku atas muka







Gaya yang unik diposing oleh barisan tunjang utama Airborne SISPA









macam manapun semua orang dapat merasa pengalaman baru, bagaimana nak masak sendiri. Pasni, tak perlu la nak pening-pening masakkan untuk dorang lagi.. hahaa~
This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~