22 July 2013

Bulan Ramadan : Sepatutnya VS. Realiti

Assalamualaikum~
Bismillah~



Rukun Islam ketiga, berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan. Bila masuk bab Ramadan ni, banyak perkara yang sekarang ni sedikit lari dari konsep dan amalan yang sepatutnya. Nak tau apa yang kat Malaysia ni kurang berbanding tempat lain, terutamanya dari Mekah dan Madinah, meh kita kongsi.

Bab menjamu orang berbuka
Ni la yang paling ketara sekali kat Malaysia. Tipikal orang Malaysia, kalau cakap pasal Ramadan, mesti automatik teringat bazar Ramadan. Dah jadi budaya orang kita mesti kena gak ada bazar Ramadan.



 Budaya menjamu orang ramai

SEPATUTNYA.. kalau kat tempat lain, terutama negara Arab, dorang ada jugak bazar, tapi bazar dorang percuma, siap berebut orang lagi nak suruh orang bukak ngan makanan dorang. Orang bukak kat sane pon kelabu mata nak pilih bukak ngan sape. Tu la antara kebaikan orang Arab, sekasar-kasar dorang tapi bab memuliakan tetamu no.1 dan semasa bulan Ramadan dorang memang tak kedekut, biar habis harta beribu skalipun, janji dorang dapat rai bulan Ramadan. Tu la yang spatutnya amalan yang dibuat kat sini. Sepatutnya, budaya belanja orang berbuka dipraktikkan, terutama bulan Ramadan. Tulah antara sunnah yang khas untuk bulan Ramadan. Kalau nak rujukan, boleh rujuk kat sini. Jumlah yang diperuntukkan untuk menjamu orang berbuka apalah sangat berbanding dengan ganjaran yang dapat. Nikmat takkan berkurang kalau digunakan ke jalan yang betul. Tak semestinya kena grand nak menjamu orang, paling kurang pun kongsi kuih, air pun dah dikira amalan. Paling senang untuk orang bujang yang tinggal serumah, tiap orang beli satu jenis juadah, lepas tu kongsi ramai-ramai, dah jimat dah kat situ.

REALITI... kat sini, kalau masuk bulan puasa, automatik harga barang naik. Makanan secara magisnya semakin mengecil. Kuih nampak kurus-kurus je. Kalau tanye kat tuan gerai kenapa kuih kecik-kecik je, mesti dia jawab.." puasa dik.. nak wat macam mana" Aik, kuih pon puasa jugak ke? Dan semakin banyak la orang yang ambil kesempatan nak tambah  rezeki dalam bulan Ramadan ni. Tak tau la kalau bagi orang kita bulan Ramadan bulan kerja part time seMalaysia. Masing-masing mesti sibuk jual makanan kat bazar. Harga pulak tetiba naik, harga tak nak puasa plak? Dalam kepala dah tak ingat dah sunnah menjamu orang berbuka, dah penuh dengan huruf $$$. Kot-kot la nak bagi lebih sikit ke, buy 1 free 1 ke, takde, ade pun jarang. Orang awam pun, jimat dia jimat sangat, sampai terliur jiran tengok kita makan sampai licin. Jiran tanya " sedap nampak kuih ketayap", kita selamba jawab "a'ahh, skret resipi ni, kene bratur nak beli ni. Pegi la beli cepat, nanti abes". Cehh, ingatkan nak bagi sikit. Kot ye la nak bagi sikit buat merasa, tapi haram. Tipikal orang kita jugak, nak sedekah tu berkira, maklumlah bulan puasa, barang mahal kena bajet. "Ni aku sedekah sume duet aku dalam poket ni, kan tak berbuka aku nanti", takde ingat dah ganjaran sedekah 10 kali ganda dari nilai sedekah tu. 

Tulah antara fantasi dan realiti kat sini sekarang. Tu baru bab berbuka puasa, blom lagi bab lain. InsyaAllah kalau diberi nikmat kelapangan masa, akan aku nukilkan lagi realiti dalam bab seterusnya.


This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Bersempena Ramadan ini, program SUCI BERSERI, ketahui di sini. >>Link<<

20 July 2013

Skodeng Haiwan Ponteng Puasa di Zoo Negara: Part Burung

Assalamualaikum~
Bismillah~


Tudia, makin panjang plak tajuk. Haaa... kali ni aku post bab burung plak. Tapi burung tak banyak sangat, ade pon main sembunyi-sembunyi kat sarang plak.



Ni die burung unta kot.. tak pon sedara die. Yang pasti mende ni asal Australia. Mane-mane haiwan pelik, famili marsupial ke mesti asal Australia. Pulau terasing dari tempat lain la katakan.















Ni ntah ape nama die ni, waris bangau la kot. Skali die lebarkan sayap terbang pusing2 atas kepala, dalam hati " tolong la jangan berak atas kepala aku...." hahahaa. Cuak kau.




Haaa.... untuk gamba-gamba yang kat bawah ni cuba korang kenal pasti mana satu burung yang ade lam gamba info tu..































Yang pasti sebelah kanan ni helang, tapi helang ape pon aku tak pasti.. korang tau tak?? Tak silap aku ade burung nama burung cinta, sebab ape bagi nama tu? sebab 24 jam berkepit ngan pasangan, siap bersihkan bulu pasangan lagi. Romantik tuuu~~








































Haaaa.... mencabar minda kan spesis burung ni... tak pe, troskan usaha anda. Sape-sape yang amek kos kaji burung ni bley la wat revision untuk final korang..hahahahaa.

Ok la, abes suda terjah zoo, kita terjah akuaria plak pasni. Bile plak tu?? aku pon tak tau bile. (Belek-belek dompet) ade sape nak sponsor pegi akuaria tak?



This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Jom tengok skuad LifeBuoy dalamSuci Berseri >>Link<<

Skodeng Haiwan Ponteng Puasa di Zoo Negara

Assalamualaikum~
Bismillah~


Zoo Negara

Citer ni da lame sbenanye.. tapi kene post ni sebab nak tunjuk kat korang muka-muka yang tak pose Khamis minggu lepas. Ni kali kedua kot aku pegi zoo sebagai pelawat, pertama masa aku kecik lagi.. zaman aku kiut miut ngalahkan oum pompuan sampai orang ingat aku ni dak pompuan, wahahhaahaa. phuii~ Ade skali aku pegi sbagai sukarela bersihkan zoo masa Foundation 3 taon lepas.

Aku ingat pegi lewat pagi da ramai orang, tengok-tengok aku orang ketiga masuk. Maklumlah hari kerja,pose plak tu. Ade la satu famili pak Arab lepas aku masuk, siap sewa kete zoo lagi. Aku merepek pon tak de gune gak, baek tunjuk gambo trus kan lagi senang...

Coming Soon~

Aku ingat bley la tengok panda main kung fu, tengok-tengok tak bukak lagi. Bangunan pon tak siap lagi. Aisehhh... melepas, tak pe cube lagi cube lagi di lain hari.




Ni kuda padi kot... kecik smacam je. Dia punye jinak tu, pegi je kat kandang, gedek-gedek die datang kat aku. Rambut die paling stail, sape bley celen?? hahaha.
Tahukah anda, ada 5 jenis badak sumbu yang ditemui sekarang. Kat Malaysia ni agak-agak badak sumbu mana satu? 





Walaupun aku kurang mengenalimu tapi belang badanmu tetap menjadi pojaan hatikuu~ Amekau, rimau pon suka main air. Sape-sape minat kucing, bley la wat rimau jadi pilihan sebab rimau pon kucing gak, hehehh. 



Ni nampak je macam lembu, tapi dorang spupu lembu belah kerbau kot. Tengok, haiwan ni pon pandai pakai stoking, aku... punya la malas nak pakai, pegi kelas pakai safety boot tak pakai stoking, pastu mula la rase pedih, malas punye pasal.







Haaa... ni dua pupu lembu belah seladang plak, uisshhh... ni wat korban raya haji ni mau tak banyak daging satu bahagian ni. Mesti lembu jeles ni sedara die ade tanduk panjang.



 Ni la rupe unta tengah berjemur. Kalau tak nak bagi unta  lari senang je, bila die duduk camni, sarung gelung kat kaki depan die, konpem die tak leh lari. Gelung kat kepala pak arab asal untuk sarung kaki unta la, da tak de tempat nak letak dorang letak atas kepala.


 Ni sedara rusa ni, jenis bintik kat badan. Rusa babi pon ade.. hahh, tengok muke die penyek macam babi, tapi ni halal dimakan. Takyah samak kalau sentuh.



Ape beza monyet ngan mawas? monyet ade ekor, mawas plak takde. Famili monyet macam beruk, kera bagai yang ade ekor. Mawas plak macam cimpanzi, orang utan, gorilla. Yang kat zoo ni die punye cimpanzi bapak besar, ayahanda kat situ la kot. Orang utan pon lagi la bapak besarnya pun. Nak tau mane satu yang dominan, tengok kat muka orang utan tu. Kalau muka leper cam ade kulit mengelebeh tu la dominan. Tapi sori la, lupe amek gamba orang utan. Mawas pon macam manusia makan daging, sebab tu ade taring kalau korang prasan.


Masa aku masuk tu da dengar da bunyi singa mengaum. Bila da sampai tu, tengok-tengok yang kat luar ni tengah bersantai je. Pemalas punya singa, rehat je memanjang. Rupa-rupanya yang mengaum tu kat dalam bilik, sakit perut agaknya, tu yang mengaum tu.. sembelit keerrr~~


Ni kura-kura Afrika mari..ni duduk atas die pon best ni. Otai bak ang...


Ni mesti famili marsupial ni.. penduduk asal Australia. Mintak IC die cakap takde, die bagi kad PR je.

Orait... ade banyak lagi, tapi yang selebihnye da masuk bab burung. Nak tau usha entri yang seterusnya la ye. Da berjuntai-juntai da pon entri ni. Nanti tak larat nak skrol plak.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Nak tau apa yang terbaru kat Watson usha sini.

18 July 2013

Minggu Pertama Semester Terakhir

~Assalamualaikum~
Bismillah~


 Untuk peringatan bersama~

Wooohoooo.... pejam celik pejam celik, da stat da pon sem 7 degree aku. Nampaknya dah 3 taon aku jadi bachelor.. hehh, bachelor~. Secara rasmi aku da bley dipanggil senior akhir taon, haahahaa.. poyo. Abes sem ni, merata la kitorang berOJT. Masing-masing nampak cam rilek je, tak nak pikir lagi pasal OJT. Takpe la, banyak lagi la kekosongan untuk aku, keh3 (kuar tanduk atas kepala). 

Sem terakhir ni, FYP memang takkan lari la, adoiii. tengok jadual nak wat FYP, penuh la plak. Kelas pagi petang, ngan program nan beratur lagi ni. Tapi nasib baik aku ni aku, kalau aku ni orang laen... hmmm. Minggu pertama ni pon da tiga kelas stat blaja, masuk-masuk kelas, mula-mula gaya cam borak santai je, intro sket... lama-lama, amekau, 1 topik blaja, nak tak nak masa petang plak tu. Kepada rakan-rakan yang da ade assignment, selamat berjaya la ye buat, hahaha.. (naseb baek terslamat).

Dan kepada junior yang baru masuk...



Heehehee.... selamat belajar kat MIAT. Masing-masing teruja tu dapat masuk MIAT, idong kembang je sorang-sorang. Ade la sorang dua yang tersesat dapat bulik hostel skali ngan member aku, aku lepak la lam bilik dorang, ape lagi.. layan muvi la. Sapik Sensor gitau dia da donlod muvi Super Sentai baru, aku pon layan la skali. Masuk je dak junior sem1, tengok kitorang layan super sentai ternganga mulut, terkeluar ayat ni.

Tolong la bang tolong la bang~

Hahahaa, dorang tak tau lagi camne kehidupan kat MIAT ni. Perlahan kayuh la ye. Papepun aku tengah donlod anime rockman EXE ngan Scan2Go untuk wayang night lepas ni, Hahahaah. Lepas tu Pokemon plak, sambil menunggu kuarnye game 3DS Pokemon X & Y, White 2 pon tak abes main lagi..

Orait, pose-pose ni nak kurangkan kemengarutan. Lain kali la plak korang layan kerenah aku ye.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Ape korang buat kalau ade orang bagi RM1000? nak tau jom usha sini.
Dapatkan rebat dari Sony di sini >>LINK<<

Bermusafir di kala Ramadhan Tiba

Assalamualaikum~
Bismillah~

(Lama tertunggak draf ni, dek kemalasan nak edit, aku post kan aje la ye, abaikan info yang ketinggalan zaman)

Burpp...... Alhamdulillah~ dapat sahur pastu bukak pose lagi, maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan (Ar-Rahman:13). Ceh.. nak aje ltak ayat surah febret... 

Kredit kepada Brotherhood Art, aku takde sumbangan dalam pembikinan karya ni

Sape penah sahur kat kampung halaman, bukak pose kat perantauan?? tu la rutin aku tiap-tiap kali datang bulan Ramadhan. Cuma kali ni hari pertama dah terpaksa merantau di tempat orang. Sape-sape yang kat Ukay Perdana tu jemput la aku bertandang kat rumah. Besar ganjaran sape-sape yang menjamu bukak pose untuk orang awam, musafir lagi, heheehh. 

Walau ape pun tugas anda, jangan jadikan alasan berpuasa untuk meninggalkan tanggungjawab anda, dan kebanyakan kejayaan dan kegemilangan Islam terjadi dalam bulan Ramadhan. Untuk memulakan bulan mulia ni, aku memulakan perjalanan aku dari halaman kampung ke Ukay Perdana, Esoknye plak round zoo negara, esok nye plak bertandang ke Gombak, dan akhirnya petang tu sampai la ke MIAT.



Nak tengok gamba binatang kat zoo?? tunggu bile aku rajin nak post. Skang ni aku keletihan. Tunggu la ye sampai berjanggut..


This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Sape nak bercandid ngan kete Ford Fiesta?? smart ah..  usha sini   >>LINK<<

02 July 2013

Ops Mencari Lubuk Tamiya v2.3

Assalamualaikum~
Bismillah~

Papp pararappappappappaap... tiktakh titikhtakhh tikktakkhhhh... jhinggggg~~~ memperkenalkan..... hasil dari Ops MLT v2.3!!!! BROCKEN GIGANT.....BLACK SPECIAL!!!!! woohoooo!!! Aku bagi sneak peek die eeaaa...

Brocken Gigant Black Special

Nice...... susah nak cari ni, rare. Kalau dulu aku wat entri pasal Brocken Gigant biasa punye,jenama Auldey, kali ni aku balun yang black special punye, Tamiya lagi. Ape yang spesel nye??? sebab ni la antara beberapa mini 4WD yang gune super FM chasis.. maknenye, enjin die kat depan. Fully cowled plak tu. dah macam MBT da tengok, ragged bak ang. 

Tak bukak lagi ni, sape nak order bley la komen, sementara stok masih ada!!!!! hahahaa. Sementara aku ni masih baik hati, aku bagi peluang sape-sape yang nak order bley la roger-roger aku kat ruangan komentar. Bagi model ape nak, Dash ke, emperor ke, avante ke, slagi stok ade, aku kirim la. 

Berbalik kepada topik kite, ape dahh yee... oooo, ok2.. lubuk tamiya. Lubuk tu ade la yang best2, siap ade litar lagi, model limited edition pon ade. Paling stailo ade stand of fame lagi, siap tunjuk model juara pertandingan yang lepas kat Jepon,buatan Malaysia lagi. 







Antara yang lejen ni.. jangan jeles Sapik Sensor~








Dengan penambahan ahli terbaru ni, maka penuh la ordinan aku satu partition rak buku aku. dari cap Gokey sampai la Tamiya, hehehh. Jom usha~

 Tudia.... lelong2!!!


 











kiri- formasi pertahanan                                        kanan- formasi maju hadapan.. :P

Okey... abaikan stiker yang tak siap, tu keje adik aku la tu, bertuah punya budak. Satu hal plak aku nak strip balik stiker die.Jenis aku tak suka letak stiker, kalau nak wat finishing, aku spray je. Macam yang kaler silver gambar kanan kiri skali.Gamba tu tak tunjuk koleksi penuh lagi, ade 2 lagi tak pasang, Magnum Saber ngan... ape lagi, ofkos la BG black special. Yang terbaek kene simpan, last2 baru tunjuk.

Papepun, Disebabkan, aku rajin ari ni, aku wat la finishing kat salah 1 ordinan aku. Yang jadik mangsanye beak spider yang aku da spray silver tu. Disebabkan aku ketiadaan masking tape, aku gune la ape ade.. jadi selotep jernih la yang jadi bahan. Sbelom korang tiru, ak nak bagi amaran.. tu untuk yang betol2 mahir je. Kalau tak nak mini 4WD korang tak lawa ke, tak jadi finishing ke. jangan salahkan aku. Pompam pompam... maka jadi la finishing kat bawah ni.

Finishing percubaan kedua PC2

Lawa tak??? base silver, layer gold. hahahaa... ape nak buat, ok la ni gune selotep biasa. Ade la flaw sket2. Lain kali kene gune masking tape la baru elok. Untuk Finishing PC3 plak, aku pilih Beak Spider lagi satu jadik mangsa kedua. Korang cekedout la ehh post akan datang.. Selamat menunggu~


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Andai korang ade fulus RM1000, ape korang nak buat??aaaa.. nak citer2 jom usha kat sini.
Nak apps terhebat dari Rexona, bley kire jarak bergerak.. jom usha sini.

01 July 2013

Berderak-Derakan Pusingan Pertama : The Footage

Assalamualaikum~
Bismillah~

Okey, seperta yang dijanjikan masa entri lepas, nah cuci la mate puas-puas ngan gambo di saat waktu terhenti.. amekau~ kalau nak jilat, jilat la gambo tu kat skrin laptop ke PC ke.


Bila lagi nak posing camni kalau tak kat pantai ngan bukit

Bila anda lihat ia, anda akan berak bata~ 

 







ni la namanya Teduhan Batu









Ni wat tempat nak pikir kat mana nak wat OJT pon bagus~

Da puas da santap gambo tu?? da kenyang da?? orait.. selesai suda hutang gambo. Gud-gud, len kali aku bagi santapan gambo len plak.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Nak tau ape akibat minum soda ngan kopi melampau?? meh usha kat sini. Haaaaaa.... cuak korang.

Kisah antara cinta sejati vs. fulus, El Tiggray & Josephina, ala-ala Mexico bak ang. Layan kejap kat sini. Untung la~

Berderak-Derakan Pusingan Pertama

Assalamualaikum~
Bismillah~




Di cuti yang indah permai ini, bersempena cuti peraian TRW menang, aku dan keri berderak (jalan-jalan) di area Key Bey. Tujuan utama pegi sane sebab misi yang penting. Nak tau misi ape?? tunggu post yang spesel untuk misi ni. Entri ni untuk riang-ria di KB je. 

Tempat mula2 yang diterjah ialah.... teteteng teng... Parkson Kota Bhaarruuuuuu.... wieuu wieu wieuuuu (pengaruh citer Doraemon). Kenape Parkson jugak yang jadi mangse?? dah takde tempat laen ke nak terjah?? haaaaa, ade le sebab die. Sebabnye, mase aku gitau umi aku nak pegi jalan-jalan, die bley plak kirim skali barang dapur. Nak tak nak kene la soppingg sket. Fulus pon bagi ngam-ngam je. Bley la dapat 6posen masuk poket, tu pon aku da pilih yang ade sale dan murah2..T_T.

Selesai bershopping, mulalah timbul idea untuk membakar minyak RON95 dalam enjin-V Viva Elite tak tentu hala. Dengan penuh keyakinan di muka dan signboard tepi jalan, maka meluncurlah kitorang ke PCB.. yeahh, cuci mata sket.Dah nampak pantai tu, maka kuar la produk-produk kat bawah ni.





tuttttt.... harap maaf, liputan wifi anda tidak mampu menanggung keohseman gamba-gamba serta entri blog anda. Sila cuba sebentar lagi.. #%$#^%$^#$# -_-

ye nampak nya lain kali la aku update gamba selebihnye. cekedout lain kali la ye.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Korang nak apps yang ohsem tak, lebih ohsem dari gamba2 yang tak terupload dek wifi yang gempak. Meh aku bagi link die.          >>LINK<<
tak pon obses ngan alien chibi,meh usha kat sini