12 April 2013

Melahap Domino's

Assalamualaikum~
Bismillah~

Okey.... ni kesinambungan kepada praktikal AES. Kali ni, petang tu jugak aku, paan, iki, akim, kipik, shoo, ngan pah pegi melahap Domino kat BBST. Mastermind dia tak lain tak bukan iki peace. Dalam jam 1730 camtu, aku dikidnap oleh paan dibawa ke BBST . Aku yang pada mulanya ada urusan lain terpaksa menganselkan urusan tersebut atas hal yang 'mustahak' ni (ni rahsia kite je key?).

Sampai2, kitorang berempat menunggu ketibaan kepala besar program santai ni. Sampai je Iki and the backbone, dorang terus meminang 4 kotak pizza 12" perghhh... Tunggu punya tunggu sempat lagi berkandid..








okey... itulah kandid aku








Masing2 tak nak kalah ngan senyuman

Selesai berkandid, maka tibalah the fab 4 yang ditunggu, joyah, kiah, minah, dan tipah (aku tak tau nama pizza tu, aku reti makan je). Inilah situasi di mana peribahasa 'masa itu emas' dipraktikkan, masing2 yang mulanya bajet malu nak start dulu, tapi dah sorang start tibai, sume menerkam pizza2 yang cukup.... perghhhh!!! 







Mangsa ni~











Bila sorang start...hmmm~








Mangsa kedua





 Aku yang sedang melahap mangsa ketiga

Mangsa penghabisan

Selepas membaham mangsa keempat maka mulalah ekspresi muka pemangsa yang penuh kenikmatan dan kekenyangan. Sorang sorang mula menunjukkan kepuasan yang sejati. 

Mastermind yang kemain







Pemangsa (kanan) yang pertama kecundang
 Pizzaaaa~~~ andainya ini adalah zombi








"fehhhh..... dietku bermula esok" ayat yang bermain di fikiran pah








Tak cukup dengan tu, paan order lagi 1 kotak take away, untuk adik katanya, hehhh ^(*,* )^... papelah paan.. dalam ramai2, sorang ni dengan bangga gitau, ak tak kenyang lagi ni, boleh makan lagi.. amekau!!! aku pon tak kenyang tapi aku senyap je.. haaha dia dengan bangga plak gitau.. tahniah.. haha. abes aku kalau die tau. 

Jadi, malam ni dengan perut yang penuh dengan pizza aku menaip post ni sambil menggosok perutku yang mulai boroi.. hahhahaaa.. esok jom kite pegi PC fair plak!!!


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

1 comment :