14 July 2014

Hobi Kumpul Loyalty Card

Assalamualaikum~
Bismillah~




Kabare? nape sampai sini bunyi prot tu? Tak sempat sahur la gamaknya. Nampak sangat malas nak bangun sahur. Terawih acane? So far so good, ecehh aku tanya aku yang jawab.

Entri kali ni tetibe je kuar tajuk pasal Loyalty Card, tak memasal. Semua ni berpunca daripada sorang jejaka melayu terakhir yang merangkap kawan baik sekolah dulu, Zeo, nak cekedout blog die nah Fzeo_Xiv. Nama nak gempak aje. Tak tahu la camna bley kuar topik ni. Asalnya topik hartanah dengan kewangan, chewah nampak tak otak financial planning nya. Bila dah kuar topik geng sekolah dulu kebanyakannya dah nak bina rumahtangga, dah ada calon, dah maju dalam bab pasangan hidup, kemain terkejut lagi aku. Selalunya dulu yang keluar topik Anime, bola, lepak-lepak, maklumlah boy school, bukan kenal sangat spesis Hawa ni. Sejak dah keluar tengok dunia luar ni, kejutan budaya menerpa, termasuk la diri hamba ini, ehemm. Dari kena PLKN sampai la grad Ijazah, tak penah putus kaum Hawa yang datang meluah perasaan la, menumpang kasih la, cukup 1 sem 1 orang datang. Ekkekeekeke, cukuplah aku mempoyokan diri, nanti muntah hijau pulak. Dugaan semua tu, tapi jangan risau, diri ni single since born. Msaih menunggu sang bidadari.

 Aku kan tetap menantimu~ eceehh..

Back to topic, disebabkan otak zeo dengan aku ni lebih kurang sama je, otak financial planning lebih, kawin letak 5 taon lagi, maka topik loan rumah, sewa rumah, sampai la aku terbuka topik Loyalty Card. Haaahhh!! mendalah apa tu? Aiseh, dipendekkan cerita dia suruh aku buat entri pasal Loyalty Card kat blog. Jadi, Zeo... entri khas untuk dikau.

Loyalty Card atau nama lain dia Reward Card, Club Card, dan sejenis dengannya adalah salah satu unsur marketing di mana setiap pelanggan akan diberi satu kad di atas permintaan ataupun automatik supaya pelanggan tersebut akan terus menjadi pelanggan setia mereka di samping pelanggan akan diberi keistimewaan setiap kali berurusan dengan syarikat tersebut. Antara keistimewaan yang kebiasaannya diberi adalah poin atau mata ataupun diskaun. Loyalty Card yang kebiasaan majoriti pengguna ada ialah loyalty card stesen minyak, pasaraya, restoran, dan juga barangan penjagaan diri. Tudiaaaa, betapa formalnya penjelasan, hahaa.Main tibai je definisi dia.

Disebabkan aku ni kategori pengumpul loyalty card, maka diri ni nak kongsi sikit tip-tip dan info pasal kad poin ni. Selalunya la, kat Malaysia ni yang pemes ngan kad reward ni dekat stesen minyak. Kompeni minyak majoritinya ada loyalty card masing, baik kerjasama dengan kompeni lain ataupun kad sendiri. Kat sini ada senarai syarikat minyak dengan loyalty card masing-masing.

    Stesen minyak -  nama kad loyalti
1) PETRONAS   -  KAD  MESRA
2) SHELL           -  BONUSLINK
3) CALTEX        -  JOURNEY CARD
4) PETRON        - SMILES CARD / PETRON MILES PRIVILAGE CARD
5) ESSO              - SMILES CARD / PETRON MILES PRIVILAGE CARD
6) MOBIL           - SMILES CARD / PETRON MILES PRIVILAGE CARD



Itu antara yang kebiasaan loyalty card bagi stesen minyak. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri dan dapat ditebus dengan promosi yang dijalankan oleh stesen minyak tersebut. Sebagai contoh, PETRON, ESSO, MOBIL di bawah satu kompeni maka ketiga-tiga stesen ini boleh diguna kad yang sama dan kiraan mata berdasarkan nilai ringgit yang dibayar, RM1= 1 poin.
Bagi SHELL, loyalty cardnya adalah partneship dengan Bonuslink  Sdn. Bhd. Jadi, mata dapat ditebus dengan pelbagai piliha barangan menarik serta promosi daripada syarikat yang ada kerjasama. Lagi satu, dengan pembelian minyak V-power racing RM30 ke atas, korang dapat mata bonus 25% dan bonus point dengan setiap tahap nilai isian bulanan.

Bonuslink - one of favourites


Kereta wajib guna minyak, jadi kad loyalti wajib ada la. Itu baru stesen minyak, belum lagi pasaraya. Panjangnya la aihh. Tapi dah janji kan, terpaksalah. Kebanyakan pasaraya besar mempunyai loyalty card terendiri. Ni antara pasaraya besar yang ada loyalty card/membership card.

   Pasaraya           - nama kad loyalti
1) TESCO           - TESCO CLUBCARD
2) PARKSON     - BONUSLINK
3) THE STORE  - STORE CARD
4) PACIFIC        - PACIFIC CARD
5) MYDIN         - KAD MERIAH

Itu bagi yang kebiasaan dan ada lagi pasaraya yang menawarkan loyalty card. Setiap kad yang ditawarkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Contohnya Tesco, keahliannya percuma dan setiap pembelian RM2 akan dapat 1 mata. Tapi andai kata harga barangan tersebut RM3.99, mata hanya dikira 1. Rugi di situ, jadi pandai-pandai planning bajet.



Bagi The Store/Pacific Card, korang layak untuk perlindungan insurans selagi mana kad yang diisu aktif. Untuk kekal aktif, bayaran pemprosesan dikenakan sebanyak RM12.00 setahun. Pemegang kad juga layak untuk mendapat diskaun ahli untuk barangan terpilih. Untuk info yang lebih lebih lanjut korang boleh surf website setiap kompeni dan cari loyalty card yang sahguna. 

Ada fungsi ke loyalty card ni? Ahhhaaa... memang dari segi bisnes, ia merupakan strategi marketing supaya lebih ramai jadi pelanggan tetap. Untuk pengguna, ia merupakan salah satu penghargaan dan juga penjimatan dan habuan. Bagi pemegang kad, mereka juga berbelanja seperti pelanggan yang lain, pada harga yang sama atau kurang dari harga asal, tapi kelebihan mereka adalah pengumpulan mata setiap pembelian. Dengan mata yang terkumpul, pemegang kad boleh tebus dengan barangan yang ditawarkan ataupun baucer/kupon untuk pengurangan harga belian. Dalam sesetengah masa, kompeni akan buat promosi dan setiap pemegang kad akan diberi kupon istimewa ataupun barangan eksklusif.

Aku secara peribadi memang pengumpul kad loyalti, dan aku cari yang keahlian percuma. Setakat ni yang boleh merasa keistimewaannya tesco clubcard dengan bonuslink. Kadang-kadang gaduh dengan mak nak pegi shopping mana. Mak peminat Mydin, aku pulak Tesco (sebab ada mini 4wd, ;P ). Sekarang ni Burger King ada promosi bagi pemegang tesco clubcard, diskaun 20% bagi pesanan combo. Banyak tu.... guna kad siswa baru 5%, hehehe. Tapi promosi ni sah hingga tahun ni je. Apa lagi, pulun aja time moreh. hahaa. Layakkah aku dipanggil ekstremis mata loyalty??

Da clear da sket pasal loyalty card? semua ni dikarang berdasarkan pengalaman diri dan fahaman sendiri. Andai ada silap maafkan daku, daku hanya hamba biasa. So Zeo, da faham da sket nape perlu ada loyalty card. Pertama sebab kita orang bujang, benda-benda free ni kena kaut. Motor kereta sah-sah guna minyak, jadi baik kumpul mata, nanti cukup mata dapat minyak freeeeeeee... weee~~~

Selesai juga penjelasan pasal kad loyalti. Lain kali aku eksplen pasal debit card yang bagi cash back + mata ganjaran berkali-kali ganda. Loan ASB tu aku lecture depan-depan la ye, susah nak kira-kira peratus jualan balik, interest, bonus bagai dalam blog ni.


Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment