10 July 2014

Dahulukan yang Utama

Assalamualaikum~
Bismillah~




Sedar tak sedar dah hampir 2 minggu kita melalui bulan Ramadan. Terawih Streak masih bertahan. heheh.. Topik baju raya mula hangat, heheheee... ada yang tanya tahun ni tema kaler apa. :P Jawapan mudah dari diri hamba ini. Hamba sedondonkan hamba sepertinya tahun yang lepas. Sama je lerrr dengan taon-taon lepas, sebab aku takde nafsu nak tukar baju raya baru. Tapi bila tengok Ustaz Don pakai jubah kaler perpel tringin pulak nak berjubah perpel taon ni, hhemmmm....

Tapi entri ni bukan nak buka diskusi tema raya tahun ni tapi nak luahkan pendapat bab parking kenderaan masa solat kat masjid. Hangat jugak topik ni yee... hmmm... Rasa-rasanya mesti tiap orang rasa situasi di mana korang tak boleh nak keluar sebab kena block dengan kete yang tetiba wujud kat sebelah kete korang lepas solat, terutama solat jumaat dan skarang solat terawih. Ngeh3, nasib la korang, muahahaa. 










Kalau letak signboard sbelah kete kita menjadi tak?











Itulah situasi sebenar yang berlaku rata-rata tempat. Lebih-lebih lagi sekarang bulan Ramadan. Orang ramai nak rebut ganjaran bulan ni tapi adab dan sunnah tidak diberatkan.  Di mana perginya tatasusila, ke mana hilangnya hak kepada awam. Bukankah menyingkirkan gangguan dari jalan adalah salah satu cabang iman? Jangan kerana tergesa-gesa merebut sesuatu hingga kita mengabai sesuatu lain yang sama pentingnya. Tidak salah sekiranya terpaksa memarkirkan kenderaan di tengah jalan dek kesempitan ruang parkir, tapi beringatlah. Lakukan perkara yang dikejar itu secepat mungkin dan keluar awal daripada orang lain. Mentang-mentang masjid yang kita solat terawih buat 21 rakaat, kita pulun sampai habis sampai tak sedar kereta kita mengganggu lalulintas. Apa salahnya  jeda sebentar, alihkan kenderaan ke tempat yang lebih sesuai. Lepas itu sambunglah solat sunat terawih. Amboii... formal betol ayat aku.. heheehh. 







 Jangan sampai kena gelek dengan tank sudah~ :P







Jangan sampai di saat kita beribadat, semua kebaikan kerana ibadat tadi hilang dek keburukan yang kita lakukan, menghalang lalulintas. Utamakan yang wajib, boleh jadi seseorang ada hal yang penting, boleh jadi ada kenderaan kecemasan mengejar masa, tapi terkandas kerana perbuatan kita, hanya kerana mengejar yang sunat. 

Cukuplah bebelanku setakat ini, dah nak ifthor da pon. Selamat beramal semua. Bukak, bukak jugak jangan sampai solat atas katil pulak. Lepas ni jangan parking belah kete orang yeee, tak baik. kesian orang tu.


Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment