20 July 2014

Iftar Para Jejaka Kutan

Assalamualaikum~
Bismillah~




Buat pertama kalinya puasa tahun ni dapat berifthor kat luar, wohoo. Part paling bez dengan kawan skolah rendah. Sebagai seorang petualang yang selalu merasa iftar di tempat orang, bukan senang nak dapat peluang cenggini. Kalau dulu sahur di Sepang, buka puasa di Nilai.. silap-silap, ubah ayat sket. Sahur di Selangor, buka di Negeri Sembilan, gempak sikit bunyinya, muahahaa. 

Sebagai tetamu kehormat, maka kena la datang lambat sikit ahha. Seperti mana-mana tempat diri ini melangkah, ayat pertama yang keluar dari mulut sahabat handai adalah "sihat skarang, makin berisi tengok". Tak pasti aku nak terima tu sebagai satu pujian ke atau cabaran. Bila da tiga empat tempat pergi sume cakap camtu, kesimpulannya kena pikul fire hose keliling padang la jawabnya, adehh. 

Berbalik ke meja makan tadi, masing-masing da sedia di depan menu santapan, dengan muka yang faham-faham la sendiri. Dalam kepala dah cop lauk mana dulu yang nak dibedalnya.

 Renungan yang penuh seribu makna~



Nampak muka riang bercerita kenangan lama dan kini, tanpa lagu latar semua tentang kita.Maka bermulalah cerita semua tentang kita.





....Adakala kita bersuka ria berkejar-kejaran di atas padang sekolah yang bertar bermain bola, dan akhir waktu mengira bilangan cermin tingkap yang pecah dan bilamana tiba kelas PJ....









.....Adakala berduka tatkala rumah sukan dapat nombor terakhir walaupun dah nak terputus urat leher menjerit beri sokongon ataupun sewaktu kalah lawan pemadam pensel dengan kawan kelas sebelah. ...







Kini semua tersemat dalam kenangan terindah, dan semua belajar dari pengalaman lalu. Kerana pengalaman adalah guru yang kejam.















Cewahh, dah macam sajak pulak, dan-dan pulak masuk dengan gambar. Kredit kepada abam Ayob kerana menjadi fotografer walaupun Tab aku yang jadi mangsa, dan sememangnya dari dulu lagi. Terima kasih juga kepada abam Amark yang jadi planner, tukang jadi kepada iftar ini. Tak lupa kepada abam Ayih yang sudi jadi driver bersama jurumalimnya abam Anya, memungut aku dari rumah tatkala aku sedang menyiram pokok anggur. Kepada semua abam yang hadir membedal juadah berbuka, selamat berjaya dalam hala tuju masing-masing.

Kepada para gegadis SKK, maaf didahulukan sebab tak mempunyai wakil berifthor bersama. Bukan tak ajak, dah ajak awal-awal lagi tapi takde respon. Mungkin lain kali la ye kami berkumpul dengan grup anda semua. Maaf sekali lagi andai akak-akak SKK sekalian bermuncung mulut tak diajak. 

Dan kepada abam-abam dan akak-akak yang dah nak buat rumah dan tangga tu, diri ini sentiasa terbuka untuk memenuhi tangki dengan nasi bekwos abam-abam dan akak-akak, cuma jangan ditanya diri ini bila lagi nak buat rumah dan tangga, tak nyempat nak cari co-founder untuk bina rumah lagi.


 Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment