17 March 2013

Riang Ria Di UniKL BMI

Assalamualaikum~
Bismillah~


Di saat aku mencintaimu......errrrrr..... silap, tu tajuk lagu dadali. ulang balik..
Di saat rakan di dalam kelas, aku dengan professional dan formalnya ponteng kelas satu hari di UniKL BMI bersama lt. Ban Ban, lt. Darius, lt. Neo serta beberapa orang lagi yang dirahsiakan identitinya, ehemmm... Papepun, kami pagi-pagi lagi dah tercegat kat depan admin, dan kapten-kapten kami memulakan langkah mereka dahulu menuju ke destinasi dengan mengheret sekali lt. Darius. 15 min kemudian, driver kesayangan kami dengan heroiknya hidupkan enjin van dan memecut ke sana. 

umpama hero yang rendah diri, kami yang terkemudian bergerak tiba awal dulu. wahahaaa..... Kat sane, dengan lagak BP (bajet pegawai) kami menuju ke bilik mesyuarat sambil diiringi oleh pengiring yang sweet.... chewahh. Dengan berbekalkan Tab 2, sempat lagi kami merakam kenangan di mata dan di memory card.

BMI nye tool store...

Nampaknya PAlam menghantar orang kuatnya, 4x orang pegawai muda yang tip top. Tak kurang dengan IPG Perlis dengan pegawai mudanya yang bergaya. hahaha.... Macam biasa, bilik mesyuarat dihadiri oleh pegawai-pegawai atasan bahagian masing-masing. pompam2 sampai jam 1320. Hasil daripada perbincangan, maka termeterailah hal-hal berkait dan terkait. Hal seperti yang sebelumnya sulit, maka tak akan didedahkan di sini.

PKS kami yang mantap pada masa yang sama, menolong, menunjuk ajar PKS BMI yang rata-rata masih hijau dalam bab ni. Sampai-sampai kat mess room, maka bermulalah aksi-aksi kami. Saksikan.







Makan "Beradap" bersama lt. elegan (kanan), dan lt. dinamik (tengah)


















Bab kata lt. Saiko, perwatakan tdak mencerminkan pangkat,ada masa main, ada masa seyes~ weee...








 









Gaya, Mutu, Keunggulan









Bila orang ingat kami tak boleh merapu daripada biasa~ 


Maaf kepada sesiapa yang terkena dan dikena, suatu hari nanti anda akan bertuah kerana menjadi femes dek post ini. Apa pun, profesionalisme tetap kami tegaskan dalam tugas kami. Slogan baru kami,

"Kualiti menjaga kuantiti"

p/s: uniform aku dah makin kecik, rasanya dah mula boleh merasa la kot uniform baru. 

This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment