03 April 2013

Laptop Red Kaler

Assalamualaikum~
Bismillah~


ehemm.. Agak lama tak kemaskini sesarang yang da bersarang ni. Disebabkan kedaifan aku untuk menukar screen laptop aku yang dah pergi tak kembali, aku terpaksa berharapkan laptop dan PC rakan2 aku untuk terus berhubung di dunia maya serta bermovie night. Kadang2 sampai aku conquer laptop dorang... :P tribut untuk para rakan yang ensem gorjes baik hati setiakawan... blablabla...(nak bagi dorang bersin tak henti2). 

Papepun setelah 3 bulan laptop rakan2 aku dijajak oleh aku, akhirnya tanggal 31, bulan tiga 2013.. maka merdekalah mereka kerana aku dengan kedaifan aku untuk menukar screen laptop aku yang rosak, pergi ke Lowyat bersama penasihat elektronik aku, pemandu aku, dan penunjuk arah aku untuk mengangkat sebuah laptop yang berspesifikasi tinggi untuk menggantikan laptop aku yang sudah membutakan matanya. Niatku untuk membeli laptop Alienware M14x tergendala seketika kerana pembahagian bajet aku yang tidak seimbang kepada naiktaraf bilik aku.. hehhh. 

Nak dijadikan cerita, niat asalku ke sana untuk membawa pulang sebuah ASUS berspeks 4Gb RAM, 2Gb Grafik, free-DOS, dan i5 processor... alih2 laptop terpilih ni jugak yang berjaya menambat hatiku. 

 DELL 15R 5521 red
Specs: rujuk kriteria aku


Disebabkan takde ASUS yang memiliki kehendak aku, maka si elegan ni jugak yang mampu memenuhi kriteria aku. Berbajetkan RM 2000, aku mampu membakar fulus di bawah bajet aku, dan dapat free gift bagpack yang gempak (member aku cakap la, aku tak kisah pon pasal free gift). Dengan specs yang gempak bagai ni, dapat la aku main Pokemon ngan Tetris dengan lancar.. hahahhaaa~

Setelah dimasukkan OS, software bagai, ni la rupanya:








Blogging guna laptop baru sket
















Sume nak merah je~









Dengan lebihan bajet aku, aku dengan penuh rasa gumbira (?) melepak di KFC mengenyangkan perut2 para pakar yang aku bawak skali. Tapi bila dah terpampang depan mata laptop baru ni, rasa cam takde tujuan,sebab sume data ada lam laptop lama aku. Jadi secara teknikalnya aku merenung skrin laptop yang 'kosong'... arghhh... x bley jadi, kasi penuh itu hard disc ngan game!!!

Jadi, sape2 yang nak merasa erti permainan yang tiada keloadingan yang mencabar kesabaran, bawak la installer game masing2 dan sama2 penuhkan hard disc laptop aku.. hahhaa... nak install Black Ops 2 la plak rasenye... gerak dulu~


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment