03 April 2013

Ops Sawa D'Miat

Assalamualaikum~
Bismillah~

Malam tadi di tengah malam syahdu bersama lt. Ban Ban, lt. Joshua, PKS Note 2, PKS eksiden, bersama tetamu yang seanggun bidadari melahap di kedai makan, lt. Joshua diganggu oleh satu panggilan yang mengganggu, baik dari segi fikiran mahupun pandangan. Dengan muka yang serius dan mata yang bulat.... jeng3~

MIAT dicerobohi oleh seekor ular sawa batik yang ingin menjadikan MIAT sebagai pengkalan ia. Dengan kepakaran dan kelengkapan yang ada semasa itu, satu panggilan terus dibuat kepada PKOD Sepang, dan seterusnya di hantarkan maklumat kepada PKOD Hulu Langat.

Sesampai di MIAT dengan perut yang kenyang dan matlamat yang penting, serumpun manusia kelihatan di tepi longkang, di depan belakang ATR beserta van yang tersangatlah ikonik kepada kami. Nampaknya ular sawa tersebut berjaya ditawan. Bersumberkan jurugambar separa tauliah, iaitu PKS Note 2, beberapa megabite gambar berjaya ditangkap:

 Van yang ikonik









 "Kalau adik nak jadi hero, adik daftarlah sebagai ahli sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam~"kata koperal macho kepada penuntut MIAT.
  *Cerekarama











Turut berganding bahu mengembleng tenaga, PKS memberikan kepakaran suluh menyuluh mereka kepada anggota













Hero MIAT malam ini






















"Cover me.." aksi anggota ala-ala counter strike
"Musuh ditumpaskan, misi selesai"
New achievement unlocked

Kredit gambar : PKS Note 2

Terima kasih kepada anggota2 yang sanggup berkorban masa dan tenaga mengambil alih Ops Sawa d'MIAT daripada kami. Bukan apa, kami ketiadaan peralatan menangkap ular, tambah2 lagi mana nak letak ular tu kalau dah tangkap, nak tak nak, kena hantar kat PKOD gak. Kalau hero2 ni tak datang, alamatnya lt. Joshua la yang kene tangkap, aku tolong ajar kat tepi aje. :P.

P/S: aku nye attachment hour da brape eh.. mesti da lesap log book aku kat PKOD tu. last blaja tangkap ular pon 2 taon lepas..hehehhh :P


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

1 comment :