20 July 2013

Skodeng Haiwan Ponteng Puasa di Zoo Negara

Assalamualaikum~
Bismillah~


Zoo Negara

Citer ni da lame sbenanye.. tapi kene post ni sebab nak tunjuk kat korang muka-muka yang tak pose Khamis minggu lepas. Ni kali kedua kot aku pegi zoo sebagai pelawat, pertama masa aku kecik lagi.. zaman aku kiut miut ngalahkan oum pompuan sampai orang ingat aku ni dak pompuan, wahahhaahaa. phuii~ Ade skali aku pegi sbagai sukarela bersihkan zoo masa Foundation 3 taon lepas.

Aku ingat pegi lewat pagi da ramai orang, tengok-tengok aku orang ketiga masuk. Maklumlah hari kerja,pose plak tu. Ade la satu famili pak Arab lepas aku masuk, siap sewa kete zoo lagi. Aku merepek pon tak de gune gak, baek tunjuk gambo trus kan lagi senang...

Coming Soon~

Aku ingat bley la tengok panda main kung fu, tengok-tengok tak bukak lagi. Bangunan pon tak siap lagi. Aisehhh... melepas, tak pe cube lagi cube lagi di lain hari.




Ni kuda padi kot... kecik smacam je. Dia punye jinak tu, pegi je kat kandang, gedek-gedek die datang kat aku. Rambut die paling stail, sape bley celen?? hahaha.
Tahukah anda, ada 5 jenis badak sumbu yang ditemui sekarang. Kat Malaysia ni agak-agak badak sumbu mana satu? 





Walaupun aku kurang mengenalimu tapi belang badanmu tetap menjadi pojaan hatikuu~ Amekau, rimau pon suka main air. Sape-sape minat kucing, bley la wat rimau jadi pilihan sebab rimau pon kucing gak, hehehh. 



Ni nampak je macam lembu, tapi dorang spupu lembu belah kerbau kot. Tengok, haiwan ni pon pandai pakai stoking, aku... punya la malas nak pakai, pegi kelas pakai safety boot tak pakai stoking, pastu mula la rase pedih, malas punye pasal.







Haaa... ni dua pupu lembu belah seladang plak, uisshhh... ni wat korban raya haji ni mau tak banyak daging satu bahagian ni. Mesti lembu jeles ni sedara die ade tanduk panjang.



 Ni la rupe unta tengah berjemur. Kalau tak nak bagi unta  lari senang je, bila die duduk camni, sarung gelung kat kaki depan die, konpem die tak leh lari. Gelung kat kepala pak arab asal untuk sarung kaki unta la, da tak de tempat nak letak dorang letak atas kepala.


 Ni sedara rusa ni, jenis bintik kat badan. Rusa babi pon ade.. hahh, tengok muke die penyek macam babi, tapi ni halal dimakan. Takyah samak kalau sentuh.



Ape beza monyet ngan mawas? monyet ade ekor, mawas plak takde. Famili monyet macam beruk, kera bagai yang ade ekor. Mawas plak macam cimpanzi, orang utan, gorilla. Yang kat zoo ni die punye cimpanzi bapak besar, ayahanda kat situ la kot. Orang utan pon lagi la bapak besarnya pun. Nak tau mane satu yang dominan, tengok kat muka orang utan tu. Kalau muka leper cam ade kulit mengelebeh tu la dominan. Tapi sori la, lupe amek gamba orang utan. Mawas pon macam manusia makan daging, sebab tu ade taring kalau korang prasan.


Masa aku masuk tu da dengar da bunyi singa mengaum. Bila da sampai tu, tengok-tengok yang kat luar ni tengah bersantai je. Pemalas punya singa, rehat je memanjang. Rupa-rupanya yang mengaum tu kat dalam bilik, sakit perut agaknya, tu yang mengaum tu.. sembelit keerrr~~


Ni kura-kura Afrika mari..ni duduk atas die pon best ni. Otai bak ang...


Ni mesti famili marsupial ni.. penduduk asal Australia. Mintak IC die cakap takde, die bagi kad PR je.

Orait... ade banyak lagi, tapi yang selebihnye da masuk bab burung. Nak tau usha entri yang seterusnya la ye. Da berjuntai-juntai da pon entri ni. Nanti tak larat nak skrol plak.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Nak tau apa yang terbaru kat Watson usha sini.

No comments :

Post a Comment