13 May 2015

Pesawat Airbus A400M Terhempas

Assalamualaikum~
Bismillah~

Pada 9 Mei lepas, iaitu 4 hari lepas, sebuah pesawat tentera jenis pengangkut Airbus A400M terhempas berdekatan lapangan terbang Seville, Sepanyol ketika melakukan penerbangan ujian. Seramai enam orang terlibat dalam kemalangan tersebut, di mana 4 orang meninggal dunia dan 2 orang cedera parah. Kesemua mangsa merupakan kru penerbangan ujian tersebut dan pekerja Airbus Defence and Space. Pesawat malang tersebut merupakan tempahan untuk Tentera Udara Turki dengan panggilan MSN23.




Berikutan itu, Kementerian Pertahanan UK telah menghentikan penerbangan pesawat A400M miliknya diikuti dengan Jerman dan juga Malaysia. Walaubagaimanapun, Perancis tetap meneruskan penerbangan pesawat miliknya. 

 Bangkai pesawat malang Airbus A400M

Dari dakwaan tidak rasmi, pesawat berkemungkinan mengalami masalah enjin. Buat masa ini, siasatan kemalangan ini ditumpukan kepada sistem enjin dan bahan api. Airbus akan menyambung semula penerbangan ujian pesawat jenis ini pada 12 Mei tetapi permit Airbus untuk melakukan penerbangan ujian ditarik balik buat sementara waktu oleh pihak berkuasa Sepanyol atas dasar keselamatan disebabkan punca sebenar kemalangan yang masih tidak diketahui. Namun, hanya pesawat tempahan tidak dibenarkan terbang, sebaliknya pesawat milik Airbus masih dibenarkan untuk melakukan penerbangan ujian.

 Sumber: Aviation Week, Wall Street Journal, Yahoo News, The Guardian

Disebabkan aku terlibat dalam dunia penerbangan, berita dan info macam ni merupakan satu maklumat yang signifikan kerana ia melibatkan masa depan diri sendiri. Jadi, nasihat untuk sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang ni, rajin-rajinkanlah cari info semasa yang berkenaan dan sensitif dengan berita penerbangan, lebih-lebih lagi berita tersebut berkait dengan diri sendiri, contohnya insiden A400M tersebut. 



Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment