21 June 2015

Kembara Chester

Assalamualaikum~
Bismillah~

Salam Ramadan semua,baru hari ketiga puasa ramai dah habis duit kat juadah febret kan kan?  Ada yang dah tertunai segala idaman-idaman yang mengidam? Untung la... Kami kat sini makan apa yang ade je, alhamdulillah.... makan free.



Untuk kali ni, anda semua akan dihidangkan dengan pemanis mull....err... silap, mata di Chester. Bukan Manchester, tapi Chester, ada beza tu. Chester ada banyak sejarah, dari zaman Rom lagi. Kalau sapa yang bertandang ke sana mesti jumpa dengan sisa-sisa kubu Rom. Dari Wrexham, anda semua boleh naik bas ataupun keretapi, dengan jarak masa 20 min je. Disarankan daftar kad train Arriva kalau nak duduk lama, boeh dapat diskaun. Harga keretapi tak sampai 5 pound tanpa kad diskaun, dengan kad potong 1/3.

Chester kalau nak tahu antara 'bandar kubu' di England, maknanya bandar dia dalam kubu, walaupun dah tinggal sisa.


Tinggalan dinding kubu lama


kena lalu taman (kot?) sebelum tembus ke dinding kubu
 






Eksen
 je lebih






Kalau kita naik dinding tu...(ye kita boleh naik atas dinding tu, siap boleh jalan macam great wall of china), kita boleh pergi ke gereja bersejarah di Chester, Chester Catherdral.



Haaaaa..... Cathedral ni wujud sejak zaman Rom lagi, tapi masa tu nama lain la ye. Nak tahu lebih lanjut, rajin-rajinlah belek buku sejarah.

 Besar tak besar Cathedral ni, masuk sorang-sorang mau tak sesat dalam tu. Lagi syok boleh naik tingkat atas dan keluar kat beranda khas, boleh nampak pemandangan atas. Tapi,sediakanlah fulusnya dulu ye... Lawat sambil menderma la katakan.



Chester Cathedral


Kalau kita alih pandangan kat depan Cathedral ni, kita akan nampak bangunan kayu hitam putih. Haaaaaaa.... macam ni...


Lebih kurang la tu, ada yang lebih menyerlah putihnya. Tu jugak salah satu bangunan menarik kat sini. Sejarahnya, asal rekabentuk bangunan ni dari zaman Tudor. Tapi, kebanyakan bangunan kat sini adalah dari zaman Victoria. Mungkin masa tu, dorang rasa rumah zaman Tudor nampak elegan, jadi dorang bina balik bangunan ala-ala zaman Tudor. Waaaaa... banyak jugak sejarah aku tahu ye, tapi kenapa masa SPM aku dapat B, huhhh.




Nampak tak rumah putih tu? tu la bangunan gaya zaman Tudor 

Hentian seterusnya, dataran Chester. Aku je la yang panggil dataran, sebab luas. Kat sini nak amek gambar ramai-ramai memang muat la. Kat sini la kalau nak jumpa shopping complex dengan fast food, tapi takat baca menu je la ye, takde yang halal. Nak yang halal ada satu lorong ni penuh dengan restoran halal. Sape-sape yang kaki kebab ke, thai ke, nasi beriyani ke, boleh la pergi sana, tapi pandai-pandai pilih ye, nanti tersilap order porky pizza. Ye, dalam kedai yang halal pon ade yang tak halal.
Typical Malaysian, nak teduh aje~


Jom usha lagi tempat-tempat menarik. Jalan-jalan... opsssss, tunggu dulu... ada sungai laaa.... amek gamba dulu.

Okeyy, aku gemokk~


Nak tahu, Chester jugak terkenal dengan jalan sungai, canal. Sape-sape nak naik perahu boleh la datang sini, ala-ala Paris. Tapi disebabkan aku ni kede, cuci mata sahaja.




 Disebabkan sekarang musim panas (walaupun suhu 17 darjah celsius), jengok-jengok kat langit boleh nampak jejak kapal terbang.










Pantang jumpa walkway, mesti posing. Nanti orang tanya, dapat jawab "situ tempat untuk aku posing je"




Balik Wrexham naik keretapi,
salah destinasi... 
wahahaaha







Masa balik, pandai-pandailah amek terminal betol ye, sebab kat stesen banyak terminal nanti sesat pulak. Alih-alih sampai tempat lain. Cerita ikut pengalaman ni. Hahahaaaa.. Nasib baik konduktor baik hati, bagi plan jalan betol.

Sekian dari saya. Terima kasih.


Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

1 comment :