14 June 2015

Wrecsam ke Wrexham?? Glyndwr ke Glyndor?

Assalamualaikum~
Bismillah~

Seperti yang dijanjikan, cerita kali pasal kampung halaman baru, Reksem.. atau nama classy nye Wrexham. Orang cakap nak tengok tempat kena tahu namanya dulu, jadi mari masuk kelas dulu ye. 

Masa kali pertama mengenal nama tempat ni, semua pakat sebut Wrexham bunyi Rexhem, e taling.

Manap: nak fly mana nanti?
Dolah : Wrexham..
Manap: woww.. Rexhemmmm

Dengar kat mat salleh lebam kena jentik kat hidung. Tak pon dibaginya daging oink-oink, ham. Setelah kena bebel dengan tutor baru lah tahu bunyinya Reksem, suku kata pertama e taling, kedua bunyi e pepet. Patot la hari tu masa tebiu ngan U berkerut dahi staf oum putih tu, salah sebut rupanya. haaahhh.


Logo Universiti Glyndwr

Dah la nama tempat salah sebut, nama U pon terbelit lidah nak sebut, Glyndwr..... ape kebenda Glinduir glinduir ni. Rupa-rupanya tu perkataan Wales, ataupun bahasanya dipanggil Welsh. Perkataan dia takde huruf vokal sangat, dan sebutan dia... lain ditulis, lain disebut. Jadi, kalau eja Glyndwr sebutannya Glindor. Lerrrr... Lagi satu perkataan University dalam Welsh ejaan dia Prifysgol, bunyinya tak seperti yang dieja, prifisgol, xde... bunyinya cenggini - Privesgol, e pepet. Mana datang V tu pon tau la. Wrecsam tu pon ejaan Welsh, oum putihnya Wrexham, sebutnya Reksem.

Orait, dah tahu pasal tempat boleh la anda semua cuci mata dengan tempat dia pulak. Jomm....


 Jejak je kaki kat tempat baru terus merayap





Ini bangunan lama Glyndwr U, sebelum jadi U lagi, (ye la kot, taktau, aahahah)




Wrexham Student Village, pengkalan baru untuk pembuatan peta dunia baru.









Pukul 8 malam tak gelap-gelap lagi, musim panas katakan 





















Penantianku di Wrexham~
cerekarama baru TV3 pukul 7










Jangan tertipu dengan cahaya matahari, sekali angin datang macam dalam bilik aircond full.








Kat Wales pemes dengan reka bentuk bangunan takde plaster dinding, tak perlu cat. Kaler bata tanah terus, nampak classy skett~



Dah kenal Pekan Wrexham macam mana? tengok taman dia pulak, ataupun kami panggil pub... errrr.. bukan silap, park. 


Nak main kejar-kejar dengan tupai pon boleh kat sini, selain kena kejar dengan anjing bela orang, friendly sangat woofie kat sini.




















Gaya ala-ala "Tetap Menantimu" di taman            Shooting untuk Salam Perantau, buat awal senang



Oraittt, thhat is all mate, I will phublish another shtory on my jhourney in Chester next time. Cheers mate. Wait forr it, yeaa mate.
Tudiaa...  spray abes benda kat depan. Lain kali plak la ye.



Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment