03 July 2014

Nikmatnya Berbuka Puasa

Assalamualaikum~
Bismillah~



Hari keempat menyambut Ramadan, masih okey sume? xde bimbit plastik hitam lagi kan?? Ke ade yang dah kirim kat dak pompuan beli smangkuk dua.. wawawaaa~ 

Bagi fogger-fogger nyamuk tegar yang tak berlesen, saat mendengar laungan azan maghrib merupakan saat yang dinantikan dan yang pasti operasi fogging akan bermula. hehehh.. jangan terasa, betol ke tak atas diri masing-masing. 

Bila masuk bulan Ramadan, salah satu perkara yang terbayang dalam kepala mesti bazar ramadan.. yessss... bazarrrrr. Hmmm... dah mula terbayang segala jenis kuih muih yang slama ni rajin makan je tapi tak pernah hafal nama kuih tu. Segala jenis roti sorang-sorang mengidam, roti john la, roti jala la, roti planta la. Tu blom masuk bab main dishes lagi, nasi ambeng, nasi ayam, nasi arab. Balik dari bazar penuh 1 raga motor, siap sangkut kat handle lagi. Haahhhaaa..


Tapi kan, kalau mengikut hukum fizik, conservation of energy (main tibai je bab fizik slagi boleh), segala juadah, kuih koci, air tebu, nasi lemak kukus yang dibeli tak wujud depan mata macam tu je, mesti ada yang perlu ditukarganti. Mendalah apa lagi kalau tak fulus, tapi taktau la kot-kot ada makcik gerai yang terima duit jutaria kaler purple. Kalau ada aku pon nak terjah gerai tu. Malam tu jugak la dalam masjid bila ada AJK masjid lintas sorang-sorang hulur karung sumbangan masing-masing letak tangan dalam-dalam sambil muka dengan penuh kesayuan. Tak nak orang nampak nilai derma katanya, nanti riak. Ececeeee.... Husnuzon~ 

Semakin bersedekah semakin kaya~

Itulah dilema tiap kali Ramadan datang menyapa. Majoriti mesti kuar bajet lebih untuk makanan, walaupun juadah yang dibeli sama dengan bulan-bulan lain. Pernah tak korang tanye acik jual kuih onde-onde (ala yang kaler hijau dalam dia ada gula melaka tu), nape kecik je kuih nye. Agak-agak ape la yang dijawabnya... "bulan pose awang, biasa la.." Aikk... kuih pon pose jugak kewww??? 

 
 Saje nak bagi korang mengidam~

Sekarang, budaya dalam bulan Ramadan dah terbalik, aku gitau yang terjadi kat Malaysia la. Apa yang sepatutnya, ramai-ramai berebut kuarkan duit hidang juadah bagi orang ramai berbuka. Tapi apa yang jadi trend, ramai yang brebut kaut fulus orang awam jual juadah edisi kompak. Minimise cost, maximise profit bak dalam business and marketing. 

Apa yang aku boleh kongsi la, andai korang pergi Mekah ke Madinah ke, tempat selain Malaysia la. Kalau korang bukak gerai makanan jual rege macam kat sini, alamatnya tak brapa nak laku la. Kat sana korang pon pening nak pilih juadah macam kat sini jugak, tapi bezanya sana korang pening nak terima juadah orang yang berduyun-duyun offer pree. Sume pakat duk main tarik tangan suruh bukak dengan juadah dorang. Memang tak perlu risau kebuluran, insyaAllah. Selalunya akan ada hadiah bab kata orang sana untuk para jemaah. Ni berdasarkan pengalaman, siyess. Hehee, muka ni la yang slalu nampak duk bratur amek buah tangan tiap kali balik masjid... opsss. ngeh3.

Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya, dalam bulan Ramadan ni la kita kene rebut fadilat-fadilat edisi terhad, selagi belum tamat tempoh. Jangan berkira sangat dalam bulan Ramadan ni, amalkan menjamu orang berbuka puasa, bukan setakat di masjid je, kat hostel, kat rumah sewa pon boleh. Selagi niat kita ikhlas, insyAllah apa yang dijanjikan akan ditunaikan. 

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, 

"Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun."

(riwayat At-Tirmidzi)

Sumber hadis: JAKIM


Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

2 comments :

  1. betul tu! kalau tgk peniaga tahun ni kebanyakkannyer semua nak kejar keuntungan je, pastu harga makin melambung2

    ReplyDelete