26 December 2012

Salamku Terbakar

Assalamualaikum~
Bismillah~

Pasir Pekan,24 Disember - Pada jam 0430 waktu tempatan, penduduk setempat di Pasir Pekan yang dibuai mimpi dikejutkan dengan kejadian kebakaran yang paling teruk pernah berlaku di kawasan tersebut. Sebuah pasaraya telah terbabit dalam kejadian kebakaran dan mengalami kemusnahan keseluruhan infrastruktur bangunan tersebut. Menurut saksi, bangunan tersebut tidak dapat diselamatkan akibat api terlalu marak dan angin kencang memburukkan lagi keadaan.

Berita selanjutnya>>>

hahhahaha...ada gaya berita akhbar tak? Maaf la, berita lambat kemaskini, kesibukan melanda (sibuk dengan Pokemon White 2 :P ). Seperti yang dinyata kat atas, pasaraya Salamku dekat dengan rumah aku terbakar, puncanya masih tak dipastikan lagi. Spekulasinya litar pintas akibat musim tengkujuh. Dah hilang 1 tempat bekalan susu bagi aku, dan hilang 1 punca pendapatan orang kampung aku. Tapi dah takdir nak buat macam mana. 

Mujur takde kasualti. Rumah sekeliling bangunan tu pun tak terjejas. Tapi bley nampak kesan bahang api tu dekat pagar rumah belakang pasaraya. Agak teruk jugak la kebakaran tu, sampai bumbung pun bley runtuh. Nasib baik musim hujan, tapi tadi aku pegi usha, ada lagi bara api yang tak padam. Bomba hari tu pun dari jam 0430 sampai lepas zohor duk kat tempat kejadian.

Akibat dah hilang tempat beli barangan dapur, terpaksa la aku sekeluarga pegi kompleks beli belah seberang sungai,yakni KBMall nak tambah stok dapur (dan susu segar aku). Apa yang aku perasan, KBMall jadi ramai yang aneh,terutama kat bahagian barangan asasi. Cehhh.... brape kali beratur kene tukar lane sebab cashier rehat. last-last dah malas nak beratur tinggal camtu je troli. Selamat tinggal susuku~ T_T. 

Macam mana pun takziah kepada mana-mana pihak yang terbabit dengan kejadian kebakaran tu. aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua tu. Semoga tiada lagi musibah sebegini melanda lagi.

P/S : Kat kampung aku tak banjir, jadi sape-sape nak datang silalah~


This is 2nd. Lieutenant Hj. Wan Ersyad,signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Kursus Kecederaan Domestik

Assalamulaikum~
Bismillah~

macam yang dijanjikan kat post yang lepas, warga Airborne SISPA dengan jayanya menghadiri kursus KD selama 5 hari pada 16-20 Disember. orang lain sibuk packing barang nak balik, kitorang sibuk packing uniform nak pegi menyahut semboyan..hahah. Kekuatan anggota seramai 27 orang termasuk pengiring telah menyahut semboyan ke PULAPAU, 27 orang yang terbaik dari yang terbaik.

pada jam 0740 kami bertolak dari MIAT ke PUSPADA, Klang untuk pertukaran pengangkutan dan... jeng3... bas yang di minta, trak 3 tan yang diberi, furlohh!!!!. Dengan muka tak ikhlas, kami seramai 25 orang bergerak ke PULAPAU, Baling dengan trak 3 tan A.K.A Handalan, gempak tak? Tentera pun rasanya tak sanggup nak terperap dalam 3 tan selama 9 jam dari Klang ke Baling. Tapi pada jam 1815 kami telah berjaya mencipta rekod kembara 3 tan dari Klang ke Baling. AIRBORNE.... SISPA!!!!!hurrrahhh~ walaupun akhir-akhir perjalanan kami da tahap mabuk ikan dalam plastik berkocak sebab hujan, jadi kena turunkan kanvas, apa-apa pun kami berjaya mengharungi cabaran yang besar.




 







 sempat bergayut dalam 3 tan, ciri-ciri seorang airborne sispa






















 Lena tidoq~











Sepanjang kursus kami kat sana, jurulatih yang sudi berpenat lelah melatih kami tak lain tak bukan Lt. M. (PA) Jahaya, ketua sekolah medik PULAPAU. Kalau nak tahu , beliau jugaklah yang melatih aku masa kursus BTLS tahun lepas. Dah naik pangkat dah. Jurulatih lain adalah Staf Muda Hanif dengan jurulatih luar Cik Azizah, atau nama panggilan cik Azie. Mereka dengan sabarnya melatih kami mengenai CPR, choking, luka dan pendarahan dan balutan. Kami memang bertuah dapat tunjuk ajar daripada beliau-beliau. 



KD ni tak susah sebenarnya, bagi aku la yang dah lepas BTLS. Kebanyakan silibus KD asas kepada rawatan awal. CPR KD guna protokol DRCAB, iaitu danger, response, compression, airway, breathing. Kaedah ni digunakan khas untuk penyelamat awam keran ia lebih mudah dan cepat berbanding protokol DRABC. Kalau sape-sape nak belajar bergurulah dengan aku..hahaah ;P. Choking macam biasa, untuk orang dewasa,kanak-kanak, dan bayi. Bagi balutan, ianya amat mudah dan betul-betul asas. 












 Terchocking









































Duta Ambulans kelas C

Okey, pelajaran kami berjalan lancar selama 3 hari dan pada 19 Disember, hari jadi telah tiba, hari yang membuat kitorang terkumat kamit membaca jampi serapah, ujian praktikal dengan bertulis. heheheh~ Masing-masing melekat dengan nota, exam lagi... orang lain dah abes final, kitorang ada lagi 1 subjek, medik plak tu. Bagaimana pun, ujian berjalan dengan lancar dan habis awal dari jadual. Jadi malam tu, kitorang dengan amannya bersantai di sunway legong, viva hot spring... ringan kepala sket... hahaha. 












 Merapu semasa hari ujian














Hari terakhir, masa untuk majlis penutup dan masa yang ditunggu sume orang, penentuan the best player award...hahaahaa. punyalah praktis untuk majlis penutup, alih-alih sume orang besar takde. Apa lagi, sume gelak sakan la dalam dewan, jadi majlis santai. Haaahahaa~ Masa anugerah the best player ataupun nama rasminya peserta terbaik memang tak bley blah. Staf punya la nak umum, ngan budak-budak ni menjerit nama Zahrul Darius... tetibe... MC umum 

"pemenang anugerah peserta terbaik adalah............. Haji Wan Ahmad Ersyad~~"

Aku yang kusyuk menatap Tab buat kerja terkaku, biar betul. Haahahahaa, ak yang dalam kepala dah set tak dapat sebab kantoi praktikal tetibe dipanggil. Hurrrahhh, terharu di situ. 


Sekali dapat 3 hadiah, kui3


Rezeki, tak siapa bley duga. Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak PULAPAU dan Cik Azie kerana menaja hadiah saya,tak lupa juga kepada yang telah banyak membantu saya.... hahahaa.

Nasib baik la masa balik kami dapat bas MIAT. fuhhh~ lena tidoq. Begitulah cerita ceritun kami semasa kursus KD. "Memandang ke hadapan" untuk kursus RAM pulak,pastu TOT. Jadi jurulatih medik skali..heheh. Dapat kombat medik lagi bagus. 

Lain-lain berita tiada itu sahaja, roger and out.

This is 2nd. Lieutenant Hj. Wan Ersyad, signing out.


~DREAM TAKES FLIGHT~

23 December 2012

Balik Kampung

Assalamualaikum~
Bismillah~

wohhooo!,akhirnya bley balik kampung gak.....walaupun terpaksa postpone tarikh balik sebab tiket habis, paling kurang pun bley jugak merasa perjalananbalik naik bas. Bas yang bertuah dapat penumpang macam aku ni tak lain tak bukan bas perdana, sebabnya kaunter bas tu je yang bukak masa aku pegi beli, yang lain taukenya menghilang. Nasib la kan. uahahaha~

apa yang seronok balik kampung ni bagi aku la kan, sara hidup sumenya free of charge. haha, tandas pun tak payah nak berebut. tilam empuk, banyak lagi la. Yang paling penting dapat menatap muka orang tersayang. kan3.

apa-apa pun, semoga perjalanan pulang akan sentiasa diiringi dengan doa. amin. orang kampung!!!!! nantikan kepulangan saya!!!

p/s : ucapan terima kasih kepada sahabat aku, Ahmed yang sudi jadi pemandu aku malam ni. taon depan claim gaji ok?heheh.
lagi 1, aku post ni guna tab 2,wuiiiii... kelas kan. bukan ape, laptop aku meragam. Asal nak taip post je, hang. buat benda lain ok plak. Tu tanda dia kena cari peganti la tu.kui3. macam mana pun tunggu kemaskini pasal kursus KD, orait?

This is 2nd. Lieutenant Hj. Wan Ersyad, signing off.


~DREAM TAKES FLIGHT~

15 December 2012

Final Exam : Day Finale

Assalamualaikum~
Bismillah~


sedar tak sedar da abes da final, alhamdulillah. 2 minggu memerah otak dan mengatur strategi, mencari intel pasal final (biar pun 60% intel tak betul) akhirnya tiba masa yang ditunggu, perasaan abes final..wohoo!!! jadi ni adalah post yang terakhir berkenaan final exam bagi sesi Julai 2012 la, sem depan insyaAllah akan post jugak kalau kerajinan melanda ;P. 

Jadi tak nak karang panjang-panjang, kita straight to the point je. Post kali ni berkenaan kertas Electronic Instrument System, EIS. Kelebihan kertas ni, soalan dia MCQ, 50 soalan, kalau dapat buat revision dan masuk dalam exam. Yang tak bagusnya soalan MCQ ni, tak bley nak goreng, betul dan salah je pilihan dia. Takde markah bonus untuk ulasan munasabah. Kena pulak buat revision soalan lepas, masuk bilik periksa, tengok-tengok brape kerat je yang kena.

Nak dijadikan cerita, kertas EIS guna set C, maknanya banyak soalan yang tak pernah keluar sebelum ni. Kebanyakan soalan 15 pertama berkenaan ESD dan EM. Tak pernah tengok soalan yang keluar. Nak lebih thrill lagi soalan pasal ECAM ngan EFIS. Pehh, memang kena baca betul-betul nota tu. Dia punya pilihan jawapan pulak, ABDC, 4 pilihan. Maknanya, hanya 25% peluang untuk betul kalau tembak.


EFIS-Electronic Flight Instrument System


Nasihat aku untuk kertas ni, mengadap la nota lama-lama. Hafal dia punya function ngan identification. Aku nak bagi tips pun amat susah. Intel yang aku dapat pulak ramai yang gagal kertas ni kali ni.

Setakat tu je pasal EIS, maka dengan ini tamat la ulasan-ulasan serta tips untuk final exam sesi Julai 2012. Selamat bercuti kepada diri aku sendiri walaupun terpaksa pergi kursus medik untuk kerjaya aku.. dan lagi ujian menunggu di sana. Pasal kursus ni aku akan cerita lain kali, tunggu je.

p/s: Lepas final kawan aku dah janji ngan aku pegi angkut Nintendo 3DS, Pokemon punya pasal la ni.

This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Bakar Fulus Selepas Final

Assalamualaikum~
Bismillah~

heeemmmmmmmmmm~ lepas final ni ringan kepala. Jadi masa yang sesuai nak tunaikan hajat aku sekian lama, sebelum pegi haji lagi, hajat nak beli smart phone ngan Nintendo 3DS. Alang-alang nak abeskan elaun yang tak guna 3 bulan sebab pegi haji. heheh :)

Petang jumaat tadi seperti yang dijanjikan ngan sahabat aku 3 bulan lepas, aku and the gang berlima terus shoot pegi lowyat ngan sungei wang beli Nintendo 3DS!!! pehhhh, sampai-sampai je terus pegi cari kedai game konsol. Cari punya cari tak jumpa, agak hampa di situ. Kawan aku gitau dulu kat sungei wang kedai game ni blambak, tapi pusing punya pusing tak jumpa kedai besar. Ada pun yang gerai kecik tepi lorong, tu pun ada cam takde je 3DS. Catridge game pon takde. 

Dengan hati redha, aku pon pegi usha Samsung Galaxy Tab 2. Pegi dia punya official center dulu, check harga, dalam bajet lagi la. Tapi apa yang aku kureng ngan tab ni takde S pen. Aku ni banyak keje guna catatan, malas la nak junjung buku ni. Meeting sana-sini, beli smart phone ok gak. Niat di hati nak pilih galaxy note, tapi atas dasar nasihat kawan yang lebih pakar, pilih tab 2. usha punya usha kat kedai, jumpe kedai yang offer harga lawa sket. Sbenarnya aku ni jenis kurang caye ngan kedai elektronik tepi jalan ni. Aku lebih prefer beli kat outlet rasmi biar la mahal sket pun. Tapi da jumpe kedai ni, angkat terus la. kaler putih tu~ ada kelas. Tapi yang hampeh nya tak sedar pulak charger dia kepala tak sama ngan soket Malaysia, T_T. Kene pegi cari adapter. Tu la, da tau diri jahil bab elektronik ni sombong nak beli tab, kan da kene. Takpe la kan, janji bley gune. 









Smart kan kaler putih ni, bayangkan aku pakai jubah putih bimbit tab putih. Naseb kulit je terbakar.










Tab 2 da angkat, da solat, pegi la KFC nak isi perut. tengah jalan jumpa kedai game yang jual 3DS skali ngan catridge. Epi dia fuhhh, tercapai gak hajat. abes je makan, solat maghrib, cucuk jap pastu singgah kedai tu. Sembang-sembang ada stok 3DS XL je. Plan nak 3DS, tapi da camni, tengok XL pon tak besa sangat, XL pon XL la. Tawar punya tawar dapat la sweet deal. Aku ngan sahabat aku angkut 2 3DS XL, 2 game Pokemon, tambah screen ptrotector. Nak sepadan punya pasal, aku pilih kaler merah, dia pilih biru, aku pokemon white 2, dia pokemon black 2. cehh~ . Balik muka senyum je. Tab 2 yang baru beli dah tak hirau dah. Lain kali aku upload gamba tab ngan 3ds aku, tak sempat nak amek.






Bincang punya bincang,aku  pilih merah, Ikram pilih biru














Cam lagi lawa white & black yang lama je












Rasanya tu la kali pertama blanja sakan, beribu jugak abes. Tapi nak pakai gak kan, bukan buat hiasan. Lagi pun bukan selalu aku beli elektronik ni. Enset pon nokia itam putih. ok la tu. Lepas ni ada rezeki lebih nak tukar laptop pulak la, Alienware M15x. ;P. 


Soon,you will be mine~


p/s : aku da jadi komuniti nintendo!!! sape mau trade pokemon ngan aku?

This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

14 December 2012

Final Exam : Day 4

Assalamualaikum~
Bismillah~

Okey... post pasal final exam ni agak tertunggak. tapi takpelah, bulk terus la pasal post exam. Post ni adalah untuk hari yang keempat peperiksaan semester 5 July 2012 Bachelor Aircraft Engineering Technology in Mechanical. untuk hari keempat, seperti yang diberitahu di post lepas, untuk kertas Computer Aided Engineering (CAE). Kat MIAT kitorang blaja guna perisian CATIA V5 untuk CAD dan NASTRAN untuk finite element analysis. Agak berguna kalau berminat dalam bahagian rekaan/designing.





Projek yang berjaya dihasilkan
(bukan aku yang buat, hehehh. duk kat Mekah lagi masa tu)








Berbalik kepada tujuan post ni, untuk kertas CAE, ada 2 bahagian, A dan B. Bahagian A ada 6 soalan jawab 3 manakala bahagian B ada 3 soalan jawab 2. Bahagian A lebih kepada teori dan definisi, bahagian B untuk pengiraan finite analysis.

 Kita mula dengan bahagian A, soalan pertama berkenaan Catia Workbench. Soalan yang paling senang serta direct. Senaraikan 5 jenis workbench yang ada dalam kategori mechanical part design. Lepas tu berikan extension workbench tersebut, contohnya Sketcher.CATPart. Ternyata senang, free marks.

Soalan kedua, pasal Assembly Design. Nyatakan jenis Assembly dan mana lebih efisyen untuk reka a/c.

Soalan ketiga pasal Assembly jugak, rasenya lah. mungkin ada sedikit drafting. maaf kalau tak terperinci, dah lupa..hahahaa~ sebab tak pilih soalan ni.

Soalan keempat berkenaan Finite Analysis. dia suruh senarai dan terangkan jenis elemen asas dalam FEA sekali dengan contoh. Nak senang lagi, bagi je 1D,2D,3D (nyatakan sekali 1D tu apa k).

Soalan kelima Finite Analysis lagi, cuma yang ni dia mintak step dalam FEM. Ada 5 steps sumenye. Terang dengan contoh sekali.

Soalan keenam dan terakhir bagi bahagian A, dia mintak prosedur dalam FEA. Ada tiga prosedur, pre-processing,processing, post-processing. Nyatakan dengan terperinci.

Bagi bahagian B, soalan 1 dan 2 lebih kurang sama. Dia bagi beam/silinder yang ada 2 seksyen pastu cari global stiffness, reaction forces, displacement, dengan force. Cuma soalan 1 diameter dia berlainan, material sama manakala soalan 2 diameter sama, material berlaian.

Soalan 3 pulak dia bagi spring, sebijik sama macam dalam slides/nota FEA.


Contoh FEA dalam nota

Senang je kan kertas CAE? blaja je susah,tu pon bila masuk NASTRAN (bagi aku la). Tapi bagi budak MIAT yang kejar lesen, subjek ni lulus pon da okey. Tapi ada je penuntut MIAT dapat kerja ngan PROTON sebab excel dalam subjek CAE. Furlohhh, blaja 4 taon subjek majoriti a/c maintenance tapi sebab excel 1 subjek je da ditawar kerja. Nampak tak rezeki di situ?

Apa-apa pun tunggu je post untuk hari terakhir peperiksaan.

This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

13 December 2012

Final Exam : Day 3 Part 2

Assalamualaikum~

Seperti yang dijanjikan pada post sebelumnya, topik kali ni berkenaan kertas Mechanic of Materials. Biarpun kertas ni dijawab pada Isnin yang lepas :P , anggap la ia baru dijawab ok? heheh. BTW, alhamdulillah kertas ni dapat dijawab dengan tenang dan kusyuk, tanpa tersenyum pasrah ataupun menggaru kepala. Sedikit info pasal subjek ni, MOM sebenarnya mengenai kiraan kekuatan mekanik dalam sesuatu struktur dan rekaan. Ia juga berkait dengan subjek Computer Aided Engineering (CAE) tapi lebih kepada analisis teoritikal berbanding CAE yang menggunakan perisian komputer. Ia juga salah satu cabang stress engineering (memang stress yang nyata) dan amat berguna bagi sesiapa yang fokuskan bidangnya dalam designer dan stress engineer. Sesiapa yang genius dalam matematik dan pandai putar belit persamaan ada harapan cerah dalam menguasai subjek ini. Sesiapa yang mahir dalam Fizik gunaan juga wajib menguasai subjek ini.

okey... sedikit iklan di situ, MOM ni kalau skali pandang memang konpuyus, tapi masuk akal la kalau faham. Aku pon minat subjek ni walaupun carry mark aku yang paling rendah dalam kelas..hhaahaa~ . Nasib la aku bukan major dalam designing.

Untuk kertas peperiksaan MOM, takde MCQ, sume kiraan dan definisi. Nak tak nak, raifal kene tinggal kat rumah. Untuk struktur kertas ni, die ada 5 soalan jawab sume. Masa die bagi dalam 2 jam. Kalkulator wajib ada kalau otak bukan jenis aritmatik.

Untuk soalan pertama, pengiraan die berkenaan normal stress bagi beam. Yang ni paling asas, tak dapat buat tak tau la. Nak buat dalam cara finite element analysis pon boleh tapi tu takde dalam silibus la. subsoalan kedua berkenaan definisi Young Modulus. Tahu persamaan die tahu la nak jawab.






Young Modulus/modulus of elasticity berdasarkan Diagram ni










Soalan kedua pasal member of forces/ equilibrium forces. Yang ni kene lakar free body diagram kalau nak dapat markah lebih. lepas tu die bagi safety factor dan suruh cari allowable stress untuk SF tersebut. tak dapat cari stress yang part A, tak dapat la jawab part B. Nampak tak permainan dia tu?

Soalan ketiga masuk topik shear. Ada gambar pin dan rod skali dengan G, jenis logam bagai. Pandai-pandai la guna persamaan.Kena cari max stress rasanya. Lepas tu cari allowable stress lagi skali!!! aisehh...

Soalan keempat dia bagi topik torque bending. Yang ni kena substitute banyak persamaan. Cari J lepas tu cari T. Ada dua persamaan untuk J yang boleh diguna, pertama yang guna length dan yang kedua yang guna power/rpm. Nak mudah putar je persamaan tu, derivative method.

Soalan kelima pasal moment of inertia in bending/bending moment. Yang ni agak senang kalau tahu persamaan dia. agak Straight forward. Walaubagaimanapun kena berhati-hati kalau tak nak salah kira. nahas nanti (amaran ni). sub die pulak pasal hubungan moment of inertia, dengan M dan section modulus. Persamaan dah bagi, cuma huraikan je.




Saja nak wat korang pening sket~








Setakat tu jelah bagi MOM. Nak lebih kene bayar. Tunggu kemaskini untuk kertas CAE pulak ok~ 4 down 2 to go!!

This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

12 December 2012

Final Exam : Day 3 Part 1

Assalamualaikum~

Kenapa ada part pulak untuk post ni? haaaa... sebabnya untuk ari ketiga exam ni ada 2 kertas, Propeller dengan Mechanic of Materials atau MOM. Disebabkan tak nak campur 2 subjek ni dalam 1 post, bagi part 1 ni aku dahulukan Propeller sebab kertas ni yang kene amek dulu.

Propeller.... dengar perkataan ni cam senang je kan topik die. yelah, kipas nye pun adoyai. Tapi bile study masuk bab turboprop, memang adoyai la. tapi naseb baek esei tak kuar pasal Turboprop Propeller. Ada pon pasal reversible propeller.

Akhirnya., segala penat lelah menelaah esei yang dicedok dari buku teks Powerplant tak sia-sia, hahaa~. Punya la lebar senyum masa jawab kertas periksa sebab semua yang dispot masuk. Bab MCQ jangan cakap la, soklan yang ulang je dari dulu. Tipikal la sebab bidang ni, tak bley nak ke laut sangat soklan die, jadi kene putar belit topik yang same la.

Kene telaah betol-betol kitab ni sebab nak fokus kat lesen
bahagian reciprocating powerplant


Papepun, esei die macam biasa, 5 soklan pilih 3. tapi banyak kuar pasal constant speed propeller, jadi sape yang pilih pasal tu macam jawab soklan yang same je la. Kalau betul-betul yakin ngan jawapan kite.

Ok, bagi soklan pertama, pasal engine power absorption. Kite kene terangkan 3 faktor yang efek propeller untuk serap kuasa enjin. Yang ni kene rajin cari kat tenet sebab agak susah nak cari dalam buku. Lepas tu, die mintak terangkan operasi constant-speed propeller with counterweight masa underspeed condition. Yang ni cedok dalam buku teks Jeppesen Powerplant Chapter 12 Section C. tapi kene pandai karang ayat sebab takde direct explaination dalam teks. Cuba gabung operasi controllable prop ngan constant speed.

Soklan kedua pasal Propeller Pitch, yang ada effective pitch bagai tu. Yang ni kene lukis diagram skali. Yang ni agak direct from the text book. Yang bahagian b plak kene terangkan operasi Deicing untuk Propeller. lagi skali cedok dalam teks.

Soklan ketiga pasal disadvantages of reversible propeller. Guna common sense pon bley jawab yang ni. lepas tu die tanya soklan pasal constant speed prop lagi!!! Same macam soklan 1 je, cuma situasi je lain, tapi operasi lebih kurang. Die bagi situasi masa pilot nak perlahankan a/c.

Soklan keempat berkenaan daya yang ada kat propeller. Die mintak 5 major forces, yang centrifugal force dan sedaranye tu. Bahagian b pulak die mintak prosedur Blade Tracking. Senang je kan, walaupun bagi yang ponteng workshop, hahaa :P.

Soklan kelima pasal klasifikasi propeller, bukan yang pusher dan trackor. Yang ni pasal kelas propeller, fixed pitch, ground adjustable,...... dan dia mintak operasi variable pitch propeller untuk 1 kitaran hidup (taxi - t/off - climb - cruise - descend - approach - landing). Yang ni agak leceh. Tapi selamat menjawab bagi yang pilih soklan ni.

Orait, rasenye tu je la (kot) bagi kertas Propeller. Kalau nak tau pasal MOM sila tunggu post part 2 pulak okey!


This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off. 

~DREAM TAKES FLIGHT~

07 December 2012

Final Exam : Day 2

Assalamualaikum~ :)



2 down, 4 to go.. literally down. lagi skali toyol tak menjadi T_T . tak pernah dalam sejarah soklan kuar suruh lukis gamba enjin. hahaa.. siap ada soklan kira-kira lagi. menggelabah nak jawab, masa bagi lam 1jam 50 min je. MCQ pon hentam.

Bab kata kawan aku,

         "Landing Gear is falling down, falling down, falling down
          Turbine Engine is shutting down, shutting down, shutting down~"

Bley wat lagu lagi tu. Kawan aku cakap, set soklan asal bocor dan ditukar saat akhir dengan soklan yang agak diluar kotak bagi kitorang nak agak. Pasni kertas ape la plak yang tukar? bagi aku, tak ada masalah nak jawab, kalau bagi 3 jam la. Bagi 1jam 50min nak lukis apa.. stakat mounting bley la.

Sebagai rujukan agar generasi akan datang takkan tertipu, aku bagitau soalan esei. Ada 4 esei pilih 3. Tu yang sakit sket tu.

Soalan pertama pasal Brayton Cycle. Dia tanya nama lain bagi Brayton Cycle dan suruh lukis graf cycle ngan explanation skali. soalan sub plak suruh nyatakan kesan faktor thrust efficiency. Soalan ni je yang masuk sebijik ikut toyol.







lebih kurang camni la graf dia >













Soalan kedua pasal pengiraan thrust bagi setiap komponen. Yang ni kalau tahu macam nak guna equation senang je. Equation dah bagi,cuma nak kena tahu guna je. lepas 2 kena cari nett thrust. Aku pilih soalan ni sebab malas nak pening kepala goreng soalan huraian.

Soalan ketiga ni la yang kena lukis-lukis. aisehhh~ punya la leceh nak lukis enjin. dia suruh lukis schematic diagram turbofan ngan turboprop. criteria ngan komponen dia bagi pastu suruh lukis ikut spesifikasi yang dia bagi. Kejadahnya nak lukis turboprop reverse combustion, agak leceh di situ. lepas tu, dia suruh terangkan fungsi modul utama enjin tu.




nampak tak permainan dia tu?


punya la rumit gambar dia








Soalan terakhir pasal ground run. Dia suruh terangkan prosedur ground run skali dengan safety precaution. Nak lagi mencabar dia tanya certification apa plak yang kena isi. Adoyai, ngan masa tak cukup ni aku terpaksa abaikan soalan ni.

apa pun, kitorang dah habis ikhtiar da, s

05 December 2012

Final Exam : Day 1

Assalamualaikum~  :)

Dengan berakhirnya masa menjawab kertas Landing Gear System hari ni, maka habislah final exam aku... untuk hari ini.heheh -_- . 1 down 5 to go.







jasamu dikenang~















Punya lah menghafal toyol-toyol, spot Q brape kerat je yang masuk, adehhhh~. MCQ banyak masuk soklan pasal tayar... topik paling ak malas nak study. nasib baik la esei ak boley jawab. Setelah nota/toyolku menjadi viral di kalangan dak-dak yang amek kertas L/G, dua soklan je yang masuk, Pasal Shimmy Damper ngan Anti Skid System. Agak mencabar di situ T_T.

Sebagai memorial untuk kitorang serta rujukan untuk junior-junior, aku nak abadikan soklan-soklan yang kuar bagi kertas Landing Gear System Julai 2012. Esei sume skali 5 soklan,jawab 3.

soklan pertama pasal significant element yang dapat di observe masa landing gear retraction test. Soklan ni agak general, jadi sapa-sapa yang ponteng masa workshop wat retractionn test gabra la sket nak jawab soklan ni, tapi boley goreng je kalau faham konsep serviceable landing gear. Aku goreng special.

soklan kedua pasal shimmy damper. Dia mintak jenis shimmy damper, fungsi dia dengan sebab-sebab berlakunya shimmy. Yang ni cedok dalam buku text ngan nota je, senang. (tak ingat-ingat gak)

soklan ketiga pasal Antiskid System, kegunaan dia, ngan major component. Lagi skali, cedok dalam nota. nak lagi detail rujuk Airframe Textbook.

soklan keempat ngan kelima aku tak ingat, haahahaahaaaa~. tanya orang lain la lau nak tahu. Aku jawab soklan 1 hingga 3 je. :P

update: ok ak da tau da soklan 4 ngan 5. soklan 4 pasal brake bleeding operation. dia tanya method brake bleeding ngan procedure. soklan last pasal aircraft tire. ok :)

selesai suda mengadap buku airframe, giliran powerplant plak.

sekian, terima kasih.

02 December 2012

Minggu Perah Otak

Assalamualaikum..







Brace yourself, the final exam is coming!!! haha.. pejam celik pejam celik da nk final da. masing-masing sibuk kira carry mark. Lepas tu mesti keluar ayat "please la.. ak nak lulus je. carry mark punya la rendah, nak cukup lagi 10 markah, pastu lulus la".

Apa yang pasti carry mark sem ni takde yang cecah 60+. tak pernah dalam sejarah lagi ni. aisehh... -_-. Tapi okey la dengan ponteng kelas sebulan setengah kan..wahahaa. Nak fikir positif sket, ak da ulangkaji midterm skali ngan final, pakej la kira tu ;).

Macam biasa, semua pakat berusaha mencari dan menelaah... bukan buku dan nota, tapi soalan sem lepas ngan spot Q, termasuklah toyol-toyol yang mula dibela. Dan seperti sem lepas, pensyarah mulai rimas dengan adegan drama mahasiswa mintak tambah markah :P. nampak macam terdesak kan? tapi tak boleh nak salahkan kitorang 100%, mana-mana penuntut Uni lain mungkin rasa dorang dah susah nak dapat A, tapi kitorang nak lulus je kena dapat 75%. nampak tak permainan di situ?

Jangan terkejut kalau GPA kitorang 3.7+ tapi keputusan kesuluruhan gagal. dah lumrah dalam dunia aviasi.

Macam mana pun doakan kitorang yang terbaik okey? insyaAllah~

p/s: sape-sape yang ade spot Q tu kongsi-kongsi la, heheh.