17 March 2013

Riang Ria Di UniKL BMI

Assalamualaikum~
Bismillah~


Di saat aku mencintaimu......errrrrr..... silap, tu tajuk lagu dadali. ulang balik..
Di saat rakan di dalam kelas, aku dengan professional dan formalnya ponteng kelas satu hari di UniKL BMI bersama lt. Ban Ban, lt. Darius, lt. Neo serta beberapa orang lagi yang dirahsiakan identitinya, ehemmm... Papepun, kami pagi-pagi lagi dah tercegat kat depan admin, dan kapten-kapten kami memulakan langkah mereka dahulu menuju ke destinasi dengan mengheret sekali lt. Darius. 15 min kemudian, driver kesayangan kami dengan heroiknya hidupkan enjin van dan memecut ke sana. 

umpama hero yang rendah diri, kami yang terkemudian bergerak tiba awal dulu. wahahaaa..... Kat sane, dengan lagak BP (bajet pegawai) kami menuju ke bilik mesyuarat sambil diiringi oleh pengiring yang sweet.... chewahh. Dengan berbekalkan Tab 2, sempat lagi kami merakam kenangan di mata dan di memory card.

BMI nye tool store...

Nampaknya PAlam menghantar orang kuatnya, 4x orang pegawai muda yang tip top. Tak kurang dengan IPG Perlis dengan pegawai mudanya yang bergaya. hahaha.... Macam biasa, bilik mesyuarat dihadiri oleh pegawai-pegawai atasan bahagian masing-masing. pompam2 sampai jam 1320. Hasil daripada perbincangan, maka termeterailah hal-hal berkait dan terkait. Hal seperti yang sebelumnya sulit, maka tak akan didedahkan di sini.

PKS kami yang mantap pada masa yang sama, menolong, menunjuk ajar PKS BMI yang rata-rata masih hijau dalam bab ni. Sampai-sampai kat mess room, maka bermulalah aksi-aksi kami. Saksikan.







Makan "Beradap" bersama lt. elegan (kanan), dan lt. dinamik (tengah)


















Bab kata lt. Saiko, perwatakan tdak mencerminkan pangkat,ada masa main, ada masa seyes~ weee...








 









Gaya, Mutu, Keunggulan









Bila orang ingat kami tak boleh merapu daripada biasa~ 


Maaf kepada sesiapa yang terkena dan dikena, suatu hari nanti anda akan bertuah kerana menjadi femes dek post ini. Apa pun, profesionalisme tetap kami tegaskan dalam tugas kami. Slogan baru kami,

"Kualiti menjaga kuantiti"

p/s: uniform aku dah makin kecik, rasanya dah mula boleh merasa la kot uniform baru. 

This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

09 March 2013

Persamaan yang tidak masuk akal

Assalamualaikum~
Bismillah~

Wujud lagi rupanya blog ni. Ingatkan dah layu di pusara. Setelah sekian lama ambe tak mengemaskini pos yang tak berapa laju ni, ambe kembali lagi untuk satu tugasan yang penting, iaitu menyelesaikan satu persamaan yang agak terkenal dan sering disebuti oleh para saintis sedunia yang dikenali sebagai wanita, nama glamer yang agak feminin dipanggil awek.

Semua orang mesti buat2 tertanya2 kan apa dia persamaan tu? Okey, bagi yang tengah garu kepala gabra sebab tak tahu persamaan ni, tambah lagi dengan ujian yang bakal menjelma, hafal betul2 persamaan ni.

=LELAKI SEMUA SAMA

Mesti penah dengar kan... konpemlah kan. Secara puratanya, persamaan ni selalu diketengahkan sekurang2nya seminggu sekali, majoritinya oleh wanita/awek. Jadi, aku pun tertarik jugak untuk memyelesaikan persamaan ni. Valid ke persamaan ni? Tanpa melengahkan masa lagi, ayuh kira peningkan kepala menyelesaikan persamaan ni.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyenaraikan semua koefisyen yang ada, serta persamaan yang berkaitan.

1) LELAKI SEMUA SAMA
2) MAINKAN PERASAAN
3) AKU TAK PERCAYA LELAKI
4) LELAKI PLAYBOY

Agak susah ni, kan3? Takpe, satu-satu. Okey. Persamaan utama,

=LElAKI SEMUA SAMA

Boley dimasukkan dengan persamaan ni,

=MAINKAN PERASAAN
=LELAKI PLAYBOY

Jadi, persamaan yang lengkap adalah,

LELAKI SEMUA SAMA=MAINKAN PERASAAN=LELAKI PLAYBOY

semua orang faham setakat ini. Kalau kita jadikan rumusan yang ringkas, maka jadilah,

=AKU TAK PERCAYA LELAKI

Tapi, sesetengah wanita ada juga membuat 1 persamaan yang boleh menimbulkan kekeliruan, iaitu,

=AYAH AKU BAIK

Kalau kita masukkan persamaan ni dengan persamaan yang di atas, maka,

AYAH AKU BAIK=AKU TAK PERCAYA LELAKI

Kesian, penat2 ayah besarkan, cari nafkah bagai, tak percayakan ayah plak. Apa? Tak sama? Takpe, kita derivekan lagi persamaan ni.

AYAH AKU= LELAKI
LELAKI = MAINKAN PERASAAN
MAINKAN PERASAAN = PLAYBOY

Jadi, sesudah derivekan persamaan ni, maka,

AYAH AKU= PLAYBOY

Memang patut la, kamu tak percayakan ayah, sampai keluar malam2 tak balik2, pakai baju tak cukup kain bagai. Tapi kan, kalau diperhatikan balik, persamaan ni tak lengkap lagi kan. Kita selesaikan lagi.

AYAH AKU = BAIK
AYAH AKU = LELAKI
LELAKI = SEMUA SAMA

Aik, makin rumit plak. Tadi persamaan dapat playboy, ni dapat baik plak. Kiranya,

LELAKI PLABOY = BAIK

jeng3, nak jadi playboy jugak la. Dan satu lagi yang boleh dirumuskan daripada persamaan
ni,

LELAKI = SEMUA SAMA
LELAKI PLAYBOY = BAIK
LELAKI PLAYBOY = LELAKI

LELAKI = BAIK

kan... jangan la puji lebih, nanti kembang hidung ni. Dan yang terakhir dan yang terpenting sekali dalam persamaan ni,

AYAH AKU = BAIK
LELAKI = SEMUA SAMA
 LELAKI = MAINKAN PERASAAN
MAINKAN PERASAAN = PLABOY

AYAH AKU = LELAKI

BAIK != MAINKAN PERASAAN
BAIK != PLAYBOY

jadi,

LELAKI != SEMUA SAMA #

Jelaslah bahawa,

LELAKI SEMUA SAMA is invalid

Kesian kawan2 ambe yang baik2 dikatakan sama, playboy, dan lebih menyedihkan lagi ayah sendiri dituduh sama dengan lelaki yang memainkan perasaan anda. Harap rakan2 seperjuangan sekalian berhenti berfikiran lelaki semua sama. Tak adil la kan, orang lain yang buat salah, orang lain yang kena terima hikuman.

Sekianlah pelajaran kita setakat ni, moga kita teruskan hidup kita dengan modal dan bekalan yang berguna. Hidup sama berjuang, nikmat sama dirasai.

P/s : marilah kita hadiahkan doa kepada pejuang2 negara yang berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara ketika ini. Kami, warga airborne SISPA akan menjalankan tanggungjawab kami di sini, dan kami akan sentiasa mengingati dan mengenang jasa serta pengorbanan kalian. Pantang undur tetap mara, itulah cogan kata.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~