14 September 2013

Perhimpunan Kor SISPA Kebangsaan ke-4 (UTHM)

Assalamualaikum~
Bismillah~

Sebulan lebih tak kemaskini, memang terbaik la orang cakap...hehh. Tak kesah la, yang penting bahagia, ke ade yang menunggu aku wat entri baru?? hmmm.... bergembiralah kamu, kerana daku sudah sampai. 

Okey... less karut, more aplod. Meh cni aku nak borak-borak sket pasal misi kitorang... errr... dak Airborne SISPA (phhuiii airborne la konon) MIAT kat UTHM pada 23-27 Ogos lepas. Misi tersebut dinamakan Misi Jackpot, tapi kontinjen lain sebut perhimpunan Kor SISPA je. Nak tau kenapa aku bagi nama misi jackpot? nak tau nak tau?? Sebab, kami... err... warga MIAT yang sememangnya ketandusan kaum Hawa, bila pegi ke satu program yang dimonopoli oleh kaum tersebut... memang demand habes la.. phuii!! Buaya je sume, laki sume saamee jeee!!!

Aku secara peribadinya ada operasi sendiri, yakni operasi recon. Aku dengan 7 orang pegawai muda yang lain bertindak sebagai pegawai pengiring, jurulatih, urusetia tak rasmi, kaki sibuk, tukang havoc, serta kepala bagi stress, manakala seramai 9 orang bakal pegawai yang akan ditauliah menjadi bajet pegawai yang sbulan dua lagi lesap entah ke mana, alih-alih aku jugak yang wat keje, bersama 25 anggota yang majoritinya hijau lagi, sekali suruh sekali gerak, mintak nombor awek tak ajak aku. 

Untuk tahun ini, kontinjen Airborne SISPA hanya menyertai pertandingan MK, CD skill, dengan Skor Race. PC tak dapat kami sertai dengan punca utama ketandusan kaum Hawa, ditambah lagi kaum Hawa yang tak berapa nak Hawa, pegang spanar je tau. Dengan senyap-senyap aku merekon gelagat-gelagat anak buah sendiri dengan misi mereka. Hahahh, mari kita lihat sape yang kene. Jom kita usha..

 Pandang dari atas sume ok, sampai lah tang kaki~






















3 2 1 Lift off.. we have a lift off...

 Perkara yang pertama bermain di minda "khemah mana yang ada makan-makan?"

Muka-muka yang berharapkan jackpot~

Kaum Hawa yang tak berapa nak hawa yang menjadi cemburuan oleh kaum Hawa kontinjen lain~
"untung la dikelilingi jejaka-jejaka macho" pengakuan gadis-gadis kontinjen lain.






Muka yang akan dimark tak kira tempat, Lt. M. Mon~










Itu adalah ekspresi muka semasa baru bertolak dan baru sampai ke UTHM. Kiranya tu hanyalah hari pertama, day 1. Sume muka teruja, gembira, gelojoh, bahagia, dan seangkatannya. Lama kelamaan, apabila hari-hari dipenuhi dengan aktiviti yang macam ni...





Berbaris.....





baris lagi.......
 merepek di "hotel 5 bintang"





 Berbaris lagi dan lagi......











Maka, segala rasa teruja, gembira, dan semuanya bagai bertukar menjadi rasa yang tidak dapat nak diceritakan. Secara automatiknya, antara aktiviti yang berlangsung semasa rasa tu semua hilang adalah....























INI......                                                                                 INI.....              
DAN.......

 INI!!!!!!

 Hahahahahaha....... tu la rutin harian kami, melantak, memerut, memata.... Tapi, bukan ini saja aktiviti-aktiviti yang sempat kami lakukan. Kalau tak habiskan dengan aktiviti di atas, kami mengambil peluang untuk menjalankan misi jackpot kami, tapi aku lebih kepada operasi recon aku sendiri. Jadi, antara hasilnya seperti di bawah....



 Ape tu?? hahaahaa.... menari ke?? kontinjen mane ni?? kontinjen IPG Ipoh ni....
 
Okey... aktiviti rasmi yang kami sememangnya dapat menjadi ketua dan urusetia yang rasmi adalah khidmat komuniti. Maka, masing-masing dapat jackpot lagi... aihhh~ secara tidak langsung, aku diheret menjadi ketua untuk kumpulan ni disebabkan semua nak lepas tengkuk.. phuii, tak dapat la, sume merasa ehhh..hahaah. Dapatlah aku tim yangbertugas basuh dewan periksa, dengan sumenya muka terbakar, rekrut USIM yang masih ada muka tak bersalah.. kua3.








Senyum penuh seribu makna~
Kalau anda faham maksud saya..













 Tim basuh dewan, srikandi-srikandi muka terbakar dek kawad~
Lt. M. Kantoi, kantoi 1 Malaysia ejas awek~







Aku lari dari tim incharge aku, pegi kacau tim Lt. M. Mon






Balik semula ke tim aku sume masih tekun menjalankan tugas~ bagus...









Di saat, aktiviti-aktiviti takde dan yang ada hanyalah kamera... maka, bermulalah aktiviti-aktiviti yang melibatkan postur badan kepelikan~






Dari kanan- Lt. Mon, Lt. Hj, Lt. Neo, anggota sesat, Lt. Darius~














Adoi....mutu, gaya, keunggulan~









Waktu Dinner la masa yang dinanti-nantikan, di mana anda tak perlu pakai pangkat... dan di mana orang takkan perasan anda, dan bebas untuk berhavoc!!!!! tanpa orang perasan kontinjen mane la yang duk menari-nari atas pentas... hahaha, jadi masing-masing baju taknak kalah, tapi yang menjadi poin utama adalah untuk menyerlahkan diri anda dari yang lain. Maka, inilah hasilnya~

 Makan dulu sebelum menebalkan muka di hadapan pentas~


 Haaaaa..... sape bley celen aku~ haahaha.... (kepada yang pinjam shemagh hitam aku yang tak pulangkan lagi, sila pulangkan dengan kadar segera)

Dari kanan- Lt. Hj., Lt. Kai, Lt. Mon, Kpt. KlonMon, Lt. Neo, Lt. Juli, Lt. Darius, dan Lt. Kantoi

Bersama mantan LO Segak, Macho, dan... tetttttt..... awek mane plak yang sesat masuk lam gamba ni??


Akhirnya... selesai sudah laporan tak rasmi aku. Agak-agak korang muntah hijau tak tengok gelagat kami? Kepada yang terpaksa menyaksikan secara langsung kasi dan gelagat kami, kami menyusun 10 sayap A380 memohon maaf di atas kelakuan kami yang pelik dan aneh. Bukan apa, tak selalu tinggal di satu tempat yang penuh dengan srikandi-srikandi yang asli dan original. 

Semoga pertemuan kita kali ini bukanlah yang terakhir. Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tidak lupa~ dan kepada yang dapat jackpot, tahniah diucapkan.. jangan sampai recon aku dapat intel pasal korang plak.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment