Showing posts with label United Kingdom. Show all posts
Showing posts with label United Kingdom. Show all posts

06 March 2016

Jelajah Scotland: Glasgow

Assalamualaikum~
Bismillah~

Bulan ni dah masuk bulan Mac, maknanya Cuti Easter dah dekat!!!! ohsemm!!!! Cop... tapi sekarang dissertation,lagipun..... *buka akaun bank* ok, kembara jiwa aja la jawabnya. 

Bila sentuh bab merantau/melancong ni, terkenang zaman sekolah semasa dalam kelas bila cikgu suruh buat kerja sendiri, masing-masing mula buka cerita keluarga masing-masing. 

"abang aku yang belaja obersi time raya dia tak balik, dia pegi travel europe" 
"abang aku kt Mesir pon pegi europe cuti2, dia cakap balik Malaysia lagi mahal"

Dalam hati ni, banyak betol duit melancong cuti2. Taknak balik kampung ke? dapat duit saku ayah bagi. Begitulah persoalan aku dari kecik lagi. Tapi bila dah matang, dah jauh di negeri orang, baru aku faham punca-punca geng-geng obersi rela tak balik. Sebab alang-alang dah kena campak kat tempat orang, baik jelajah betul-betul. Nanti balik tak dapat dah pergi Paris, Brussel, Amsterdam £50. Paling gempak pon pergi Semenyih Eco World je sambil berangan kat Holland. 

Jadi, untuk tidak kalah dengan rakan satu batch yang bercuti di kawasan tinggi Scotland main Snowboard, aku dengan kawan berbajet rendah rancang la kembara jimat Scotland naik bas, train transit sana-sini berbekalkan bajet bawah £100 (guna tak sampai £70 pon). 

Cakap pasal Scotland ni mesti ramai terbayang orang cakap BI sepatah haram tak boleh angkap, pakai skirt, besar-besar ala-ala filem Braveheart. Itu la kalau nak tahu orang Celtic, boleh baca pasal benda ni kat entri sebelum ni - Mari Mengenal United Kingdom. Disebabkan Scotland ni negara, jadi tak dapatlah nak jejak semua 'negeri-negeri' dia dengan bajet £100. Entri kali ni sentuh Glasgow dulu ye, lain kali sentuh tempat lain pulak.

26 February 2016

Mari Mengenal United Kingdom

Assalamualaikum~
Bismillah~

Sedar tak sedar dah dua bulan diri ini dalam kemalasan. Jadi, jangan ditanya kenapa blog ni senyap, sebab ambe malas. Tapi dalam kemalasan tu, ada pula kerajinan untuk mengular ke utara Britain, yakni Tanah bangsa Celtic (Scotland). Aik, Celtic??? ape tu?? Haaaa.... sebelum abang payung gambar kembara Scotland, jom kita daftar kelas sejarah UK 101. 

Kebanyakan orang kita bila dengar UK, mesti woaaaaaa..... UK~~~ sambil terbayang orang kat London lalu lalang sambil pakai payung hitam sambil tahan teksi warna hitam. Tapi, sebenarnya tu hanyalah gambaran di bandar besar dalam England. UK sebenarnya merangkumi 4 buah negara, yakni England, Scotland, Wales, dan Ireland Utara. Kenapa ada dua Ireland? haaaaa, tu kita buka kelas lain pulak ye. Dalam UK ada dua utama (dah UK pon memang pulau kan) iaitu Pulau British atau dipanggil Great Britain (GB) dan Pulau Ireland. GB merangkumi England, Scotland, dan Wales sahaja, dan tidak termasuk North Ireland. Jadi, lepas ni kalau melancong ke London, jangan sembang macam dah jalan satu UK ok, dan jangan berharap nak main salji kat London.

Bila sebut GB dan N. Ireland, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

1. Bahasa 4 negara ni tak sama. (walaupun mereka bahasa rasmi mereka BI)
2. Bangsa mereka berbeza, walaupun ada yang satu rumpun. (dari segi penduduk asal, bukan imigran)
3. 4 negara ni ada bendera sendiri. (macam bendera negeri-negeri kongsi 1 bendera negara)
4. England tidak disukai oleh 3 negara lain. (sebab lain keturunan)
5. Orang UK suka perli orang Perancis (terutama Inggeris)

Hahahaaa, okeyyy.... stereotaip di situ, tapi itulah hakikat. Jadi sesiapa yang mengaku Londoners tak payah nak bajet kat tempat orang k, orang tak suka. 

24 December 2015

Cuti Menunggu Salji Tiba

Assalamualaikum~
Bismillah~

Secara rasminya cuti semester tiba, tapi kerja khusus berlambak. Maka, berkerumumlah kami yang tersisa tak mengembara di dalam ruang dapur+tamu di kampung Wrexham. Muka-muka berhidung mancung berkulit pucat dah tak kelihatan, yang tinggalnya muka-muka berhidung jambu rambut hitam ikal mayang bersorak teriak depan kaca TV melayan FIFA.


Walaupun dah masuk bulan sejuk, salji tak kelihatan lagi. Kalau di Tanah Melayu ada pepatah "kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari", kat sini tertukar kata pujangga
"Kusangka salji menimbun di akhir musim, rupanya hujan yang asyik bercucuran". 
Dah la tu, kena tipu lagi dek hujan beku. Ingatkan salji, sekali hujan beku.. harapan palsu. Orang sini cakap salji turun bulan 1, harapnyalah. 

Teringat kawan dari London (budak bandar la ni kiranya) datang bercuti kat Pekan Wrexham. Soalan pertama dia tanya,

"tokse tubek make ko?"

T_T....kalaulah sini ada kelebihan tu, takda la berkubang dapur. Sini yang banyaknya Pull Pork, Ham Pizza, dan sewaktu dengannya. Itu la masalahnya bila orang fikir tempat aku sama dengan tempat tumpuan orang Melayu. Bila orang tanya duduk mana, nak dijawab nama mukim, takut tak dikenalnya, maka dijawablah secara umum.. "Duduk UK makcik..." Maka secara automatiknya terbayanglah makcik tu pemandangan London, Sheffield, paling canggih pon Cardiff. "Ohhhhh... makcik penah bercuti kat sana, makcik pegi London, tidur kat Malaysian Hall" Aku pon tersenyum pasrah... huhuuuuuhuuu. Apapun, kawan aku bagitahu London dah lama tak merasa salji, hujan saja yang memanjang. Maka, hancurlah harapan orang yang mengembara ke London (UK bagi orang kita).

Sekarang aku faham kenapa mat salleh obses dengan berjemur musim panas, sebab nak dapat cahaya matahari sekali dengan haba tu teramatlah susah dan lama penantiannya. Orang kita tergila nak melancong musim sejuk sebab nak merasa salji, tapi hakikatnya, siang pada musim sejuk ni singkat, nak berjalan pon tak puas. Pukul 8 pagi baru matahari naik, pukul 12 dah Zuhur, pukul 2 dah Asar, pukul 4 dah Maghrib, tuptup, pukul 5 petang dah rasa macam tengah malam. Agak-agak seronok tak berjalan masa ni? heheeheheeee...

Apapun, selamat bercuti semua.... takmau cakap lebih, untung laaaa boleh cuti......

Sekian, terima kaseh.



Saya, Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

10 June 2015

Dari New Castle ke Machang

Assalamualaikum~
Bismillah~

Setelah berbulan-bulan ulang-alik dari Bandar Utama ke Damansara Perdana, akhirnyaaa.... dengan ini saya umumkan bahawa saya dengan jayanya menjadi warga Wales!! yeeaaahhh!! I'm live in Wrexham yaah... Dari kampung damaiku New Castle terus ke KLIA, destinasinya akhirnyaaaa.... Machang

Batch 2 Glyndwr MARA cohort, only me and the other 3 guys are still single, the rest are taken, sorry yaahh~





Geng-geng Cendawan serta De Vista.. tempat berteduh masa di Sepang...hahhaaa







 Till we meet again...
 Cintaku tertinggal di Malaysia~








Pagi-pagi buta jumaat lepas, dengan barang yang tak seberapa, aku angkut masuk dalam flight, Emirates tuuuu..... 7 + 7 flight hours, mati kutu dalam flight, nasib baik ada inflight entertainment, walaupun da berapa kali tukar cerita, dari spongebob sampai drama jepun, prancis bagai.

Menikmati sarapan sambil layan wayang... syiokkkk!!!

Pompampompam, transit dekat Dubai, naik kapal A380... weheeeee. Second flight jugak lah kami dapat rasa penangan trouble approach + heavy landing, siap boleh tengok live muka terkejut pramugari. ngeh3. Konpem membebel technician nanti banyak kene inspect. 







Tail view A380, macam kat angkasa lepas pulak..hahaha





Sepanjang flight tu jugak, masing-masing cari toyol untuk menjawab soklan-soklan killer Imigresen. Punya la hafal apa yang ada dalam pamplet, CAS (confirmation of Acceptance for Study), ATAS (da citer kan dalam post lepas), akhir sekali yang ditanya, 

"What is the name of your course?"

"Where did you study for your bachelor's?"

 Dengan gagap jawab, maka brader imigresen tu pon cop visa...DIBENARKAN MASUK!!!!!!! yeessss!!! Maka, jejak la kaki ini di tanah Machangster.

Tip untuk anda semua, sila baca dan tahu mengenai dokumen-dokumen anda, sebab semua tu akan menjadi soklan spot masa nak lepas imigesen, juga amek tahu la sikit hal-hal dekat tempat yang kita nak pergi nanti. oraitt??

















Lepas satu dugaan, datang lagi dugaan... menunggu shuttle ke Uni. Universiti dari Manchester Airport jaraknya 45 min driving. Sepanjang perjalanan tu, kiri kanan tempat macam jalan nak pergi Kelantan dan jugak Sepang. haahaaa.

Okeyy, banyak lagi nak diceritakan tapi kalau panjang sangat bosan pulak. Hujung minggu ni, akan keluar lagi ceritera sesudah sampai ke Wrexham. Nanti boleh cerita pengalaman speaking dengan orang kampung sana, hahahaaa.... sumpah gelak. Oraiittttt, till next time yaaaahhh..


Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad,lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~