11 February 2013

Mesyuarat Penyelarasan SISPA

Assalamualaikum~
Bismillah~

Bertarikh 7 Feb 2013, seramai 7x pegawai beserta 2x anggota bergerak ke destinasi bertempat di City Campus, KL. Apa yang dibicarakan rahsia dan klasifi. Apa pun di luar perbincangan tersebut kami berpeluang merasai pengalaman jejak kasih bersama pegawai dari IPG Perlis, Lt. M. Wai dan Lt. M. Mim. Bertemakan ' jejak dikesani, ketawa membahani', kami berbincang ala-ala kedai kopi sambil mendengar Lt. M. Mim meluah perasaan. Bak Kata Lt. M. Ban Ban, "All the paku's" memenuhi ruang legar tingkat too niner. Kegelisahan menyerlah pada PKS Osheen dan PKS Oyen. Berpenampilan lain dari lain, mereka amat menyerlah, bersama PKS dari City Campus yang berberet dan uniform beraroma kedai. 







Bersama Penyelia IPG Perlis diapit oleh Lt. M. Kacak dan Macho















Gabungan terhebat; sesi jejak kasih

















Dari kiri; Echo, Hotel,Bravo, Wiski, Sierra
 Permintaan dari Lt. M. Aaron Aziz


Sempat juga aku bertemu ramah buang 'temu' dengan PKS dari City Campus yang segelintirnya sudah cam mukanya yang dahulunya dipaksa, digame oleh kami. Kebanyakan foto yang lebih beresolusi tinggi ditangkap oleh mereka.

Akan ada selepas ini pada bulan 3 1 lagi mesyuarat untuk meneruskan perbincangan yang hangat, akan dikemaskini pada masa akan datang.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Operasi : Mike Bravo Mike

Assalamualikum~
Bismillah~

Kemaafan dipinta kepada yang terlibat dengan operasi ni kerana tertunggu laporan operasi ini. Apapun, setelah sekian lama tertunggak, sempena cuti ini, akan aku kemaskini kesemua operasi operasa yang telah berjalan dan terjalan.

Kalau sebelum ni, Airborne SISPA terlibat dengan sambutan VVIP di KLIA serta dapat makan free (2 kali), kali ni briged kami bersama dengan rekrut sem 1 bergerak ke Petaling Jaya bersempena dengan program My Beautiful Malaysia yang agak 'meriah'. Kami bertolak pada jam 0830 kerana bas dari AADK tersesat semasa dalam perjalanan ke MIAT, hehehh. Itulah MIAT, kebanggaan kami. Dalam 45 minit kemudian kami sampai dengan jayanya sambil berpenampilan dengan baju serta topi tajaan. Dengan seramai 34 orang termasuk penuntut Admal yang ketinggalan seseorang digame oleh rakan seperjuangan. 

Apa yang kami dapat semasa di sana amat lumayan. Memerhati gelagat belia-belia serta unit uniform lain. Dalam hati,pelbagai hipotesis keluar semasa memerhati peserta lain. Antaranya;

"Kena paksa ni"
"Dapat uniform semalam ke cik?"
"Prebet lepak Pegawai buat keje"
"Budak ni form brape?"

Apa pun, berpegang dengan moto kami, 'rembat semasa boleh, beredar sebelum kantoi' kami berjaya mengumpul dan menambah logistik kami dari segi aset dan rason. Menggunakan kepakaran yang diasah, Perut kami mendapat hasilnya.

Memandangkan tiada personel yang pakar dalam fotografi dari pihak kami, hanya beberapa tangkapan foto berjaya diambil, kebanyakan candid. Cucilah mata anda dengan foto di bawah;









Gelombang merah dari kor biru









 







Prebriefing dari pegawai pengiring kehormat







 








Gaya, Mutu, Keunggulan




















Rekrut (?)




















Belia harapan negara









 






Santai sebelum bantai

















Personel pakar kaji cuaca















 Bantai setelah santai
















Antara yang tewas dalam perjalanan pulang








 

Elegan

Penambahan berita tiada, perkembangan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. AIRBORNE SISPA, THE SISPA ABOVE ALL.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

The making of : Mini 4WD

Assalamualaikum~
Bismillah~









Sedarra2 dan sedarri2 sekalian, setelah kebantutan kemaskini dari post yang lalu, akhirnya.... tiba la masa utk di sebalik tabir : 4WD, hahah. Antara aset yang berharga dalam ordinan/logistik aku, inilah dia Brocken Gigant, model yang ter-rare dalam arsenal aku. Jom usha-usha pembikinan aset tercanggih dalam arsenal aku. Cekedout~








Bahagian-bahagian yang agak rumit 










Aku curi masa pasang aset ni masa brunch (breakfast + lunch) sebelum nak pergi kelas. Hahhah~ orang lain kemas beg nak pegi kelas aku masih kusyuk pasang mende ni.










Kkit chassis enjin depan; lain dari lain







Memandangkan model ni enjin depan, aku mengaku aku terpaksa tengok manual nak pasang bahagian2 dia. Kepakaran aku mengenai mini 4wd sekarang tergugat, hahahaaa. Dengan tahap kefokusan yang tinggi, rupa aset ni mula menyerlah~








Lower chassis in the making










Gearing dia ternyata terbalik dengan enjin belakang, dan tayar dia yang terbaik pernah aku dapat, treated rubber, getah asli. Berbaloi dengna rege yang aku beli.. ahahhaa.










Lower chassis done








Engine; assembled













 Bahagian paling leceh dan mengambil masa bagi aku, suis. Agak tercabar di situ. Dalam sejarah hidup aku, terakhir aku pasang model jenis ni masa aku darjah 5, umur 11 tahun dan sekarang umur dah masuk 22 tahun (dan masih meminati game pokemon). Dah lebih 10 tahun tak sentuh model ni. kui3.









Switch control; assembled

Brocken Gigant; operational

Hasilnya, full body mini 4WD, secara rasmi termasuk dalam koleksi ordinan aku, muahaahahahaa~. Okey... body dia aku sengaja tak tampal stiker sebab dia lebih menyerlah tanpa sticker.  Mungkin aku finishing balik dengan warna lain, mungkin silver?? gold?? hitam?? hehehh.. tak sabar nak bawak balik.

Rasanya tu je la kot nak menunjuk kat korang aset terbaru aku ni. Nak tunjuk lebih-lebih rasanya nanti ada yang jeles, haahhaa. Setakat ni aku selalu gak pegi usha kat Pasaraya2, sampai kedai mini market dekat Salak Tinggi aku serbu. Nampaknya, stok dah takde. Nasib baik la sempat rembat 1.

Nak tengok koleksi lain dalam arsenal aku tak?? hahaha... nanti aku kemaskini balik.


This is 2nd Lt.Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~