11 February 2013

Operasi : Mike Bravo Mike

Assalamualikum~
Bismillah~

Kemaafan dipinta kepada yang terlibat dengan operasi ni kerana tertunggu laporan operasi ini. Apapun, setelah sekian lama tertunggak, sempena cuti ini, akan aku kemaskini kesemua operasi operasa yang telah berjalan dan terjalan.

Kalau sebelum ni, Airborne SISPA terlibat dengan sambutan VVIP di KLIA serta dapat makan free (2 kali), kali ni briged kami bersama dengan rekrut sem 1 bergerak ke Petaling Jaya bersempena dengan program My Beautiful Malaysia yang agak 'meriah'. Kami bertolak pada jam 0830 kerana bas dari AADK tersesat semasa dalam perjalanan ke MIAT, hehehh. Itulah MIAT, kebanggaan kami. Dalam 45 minit kemudian kami sampai dengan jayanya sambil berpenampilan dengan baju serta topi tajaan. Dengan seramai 34 orang termasuk penuntut Admal yang ketinggalan seseorang digame oleh rakan seperjuangan. 

Apa yang kami dapat semasa di sana amat lumayan. Memerhati gelagat belia-belia serta unit uniform lain. Dalam hati,pelbagai hipotesis keluar semasa memerhati peserta lain. Antaranya;

"Kena paksa ni"
"Dapat uniform semalam ke cik?"
"Prebet lepak Pegawai buat keje"
"Budak ni form brape?"

Apa pun, berpegang dengan moto kami, 'rembat semasa boleh, beredar sebelum kantoi' kami berjaya mengumpul dan menambah logistik kami dari segi aset dan rason. Menggunakan kepakaran yang diasah, Perut kami mendapat hasilnya.

Memandangkan tiada personel yang pakar dalam fotografi dari pihak kami, hanya beberapa tangkapan foto berjaya diambil, kebanyakan candid. Cucilah mata anda dengan foto di bawah;









Gelombang merah dari kor biru









 







Prebriefing dari pegawai pengiring kehormat







 








Gaya, Mutu, Keunggulan




















Rekrut (?)




















Belia harapan negara









 






Santai sebelum bantai

















Personel pakar kaji cuaca















 Bantai setelah santai
















Antara yang tewas dalam perjalanan pulang








 

Elegan

Penambahan berita tiada, perkembangan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. AIRBORNE SISPA, THE SISPA ABOVE ALL.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment