Showing posts with label Tugas. Show all posts
Showing posts with label Tugas. Show all posts

20 April 2014

Hari Ulang Tahun JPAM ke-62

Assalamualaikum~
Bismillah~

Okeyyy, da berbulan-bulan tak buat entri baru. Nampak tak kesibukannya tu. Tapi, dalam sepi tak ada cerita baru, ada jugak yang meninjau laman ni, hehheehee... sesat keeeee??? Takpa, kali sesat anda berbaloi.

Kenapa berbaloi? sebab kali ni ada entri "baru" yang terpampang kat skrin anda. Apa yang "baru" tu? takda la baru sangat, da sbulan jugak la ceritanya. Kali ni pasal HUT JPAM 62. Haa... kalau yang tahu maknanya pasti senyum tergelak-gelak. Sebab, masa tu adalah masa untuk berjemur!!!! Oohh, kusangka bila dah naik pangkat ni, dah takda dah berjemur-jemur ni, rupa-rupanya kena lagi. Masa marsyal kapal bukan main lagi pakai topeng penuh, long sleeve, topi bagai taknak terbakar kulit. Alih-alih, terbakar sebab perkara lain.

Penangan majlis pentauliahan 2012~

Adoyai, semangat punya pasal, kulit sanggup kukorbankan kecerahannya. Selama tiga hari aku jadi perantau, kejap di Bangi, kejap di Seremban, sekali dua terpesong ke Putrajaya.. hehehh. Tapi apapun, aku dapat satu input yang bagus sepanjang di sana dan dapat berkumpul dengan sekalian rakan yang bertaburan tempat bertugas, IPPA, Sepang, PULAPA, macam lagi la. Tanpa bicara banyak-banyak, tengoklah fotonya yuk...

 






Bila sampai R & R ni, kenangan pon menyapa~

Billboard lejen, bila lalu highway mesti                          muka hari raptai, dah mula terbakar.. hahha~
lihat punya, sambil bahan kawan~






















 Orang besar baru IPPA mali lt. m. Bawang, bersama orang kuat Sepang lt. m. Darius. kui3~


Sedikit demi sedikit kecerahanku ditelan kegelapan. Maka, bermulalah kembali kisah budak hitam. kua3. Ramai lagi muka yang tak dapat masuk payper sebab kesibukan yang melanda, orang besar la katakan. jangan marah big bos dan cik puan ye.

Keesokan harinya, maka bermulalah hari kejadian. Mengikut protokol, pegawai tidak dibenarkan berbaris sekali dengan anggota. Jadi, solusinya, menyelitlah muka ni dalam kontinjen PULAPA. heheh. Thorbaikkk..

Jom cuci mata dengan foto hari jadi pulak. Pengumuman: majoriti foto yang diambil bukan oleh tuan badan.
 

 ini tuan badan yang ambil, kan lawa tu~























        Diapit lt. m. flx dengan lt. m. Banban,                             Kontinjen Pahang, yang bakal akan
                      ASTP MIAT tuuu~                                                 bertemu seminggu lepas HUT ni~

 tiap kali pergi event besar wajib ada tambo ni~

 Para VIPs dari sudut pandangan lt. m. Banban, haha, tak menyelit skali ke tn. Banban~

Maka, tamatlah suda HUT JPAM ke-62, dengan pengalaman berdiri selama hampir 4 jam. Ngeh3, Dalam sejarah, aku hampir-hampir nak kecundang, hahaa.. seram sejuk satu badan. Semua tu gara-gara sakit perut. Aihh, rekod aku nyaris-nyaris tercalar tapi masih lagi zero keluar baris, tu pun da abes shuffling da dalam baris. Tango pon campur skali.

Akhir foto, inilah barisan-barisan anak jati tanah serendah sekebun bunga~

[akan dikemaskini]




Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

11 January 2014

Program Seminar Kebangsaan Kor SISPA Kali Ke-2 2013 Bahagian 1

Assalamualaikum~
Bismillah~

Setelah 4 purnama menyepi, kini hamba kembali lagi.. chewahhh. Kali ni entri dimulakan dengan salah satu cerita yang telah lama tertangguh untuk diterbitkan, hmmmm... banyak la yg nak kene taip ni. Entri ni berkenaan Seminar Kebangsaan Kor SISPA Kali Ke-2 di mana UniKL MIAT telah diberi amanah untuk menjadi tuan rumah, TvT (muka reda).  

Dengan kekuatan anggota yang tak seberapa, tak sampai 1 kompeni pon, masing-masing diberi tugasan serta bahagian. Disebabkan aku ni sinonim dengan ketegasan (?) dan regimental training serta bajet tahu tentang tatatertib, aku dengan paksa pasrah memegang bahagian protokol. Maka, dengan kuasa yang ada, aku memilih orang kuat dan berkaliber masuk dalam bahagian aku, iaitu Lt. M. Kenari, PKS Pidabaliu, serta PKS Avio. 

Nak dijadikan cerita, hari jadi seminar jatuh tak sampai seminggu lepas final exam, jadi.. boleh la bayang azab dia macam mana. wakakakaa, dengan tesis yang perlu dijilidkan lagi. Tapi, alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancangkan. 

Mesyuarat Pegawai Airborne SISPA



Mesyuarat di kala malam, Hassan Seafood tak buka.... nasib





Grup Intel (ntah-ntah duk online)




Tim logistik dengan balutan hadiahnya

Bahagian Makanan dan Jamuan




Skuad Penginapan dengan Bantalnya




 Bahagian seketeriat tak rasmi (tak wujud pon)







"Ni la namanya kerja berpasukan" kata Lt. M. MAH sambil memegang kotak

Dumdam Dumdam, sampai la hari jadi di mana kusangka panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang. Petang masa pendaftaran jugak la hujan nak turun, dah takdir dia nak buat macam mana. Tapi nasib baik kejap je. Paling kesian bahagian pendaftaran, dengan kekuatan hanya tiga empat kerat, nak uruskan penginapan lagi, Bahagian aku nak tak nak kena uruskan persiapan untuk majlis perasmian esok hari di dewan, pon ketandusan kekuatan. Maka, yang tu lah jadi tukang buka pintu, yang tu la jugak pengiring, dan dengan aku skali jadi pak cik cleaner, memang multitasking. 

Hari J +1, hari yang havoc bagi bagi bahagian protokol, mana tak nya orang tak cukup. Tapi, aku secara jujur bangga dengan anggota-anggota aku, sebab sorang anggota aku persamaan 10 kekuatan. Kualiti menewaskan kuantiti. Tak sia-sia aku latih mereka, muahaahahaaaaa... bajet. Meh kita cuci mata pada hari J +1..


Lt. M. Kumbang dengan kameranya - lihat pakar buat dengan cara sebenar





Unit Teknikal- dari kiri duduk
 Lt. M.  Neo, Lt. M. Saiko
Unit Publisiti- dari kanan
Lt. M. Darius
Unit Import- berdiri
Lt. M. Keunggulan




 Lt. M. Ustaz Darius- title baru
Orang penting merangkap sensei aku






Majlis sedang berlangsung





Bila lagi boleh jadi pengiring (nape baju aku makin kecik??)




Kusyuk~





 Salah seorang tunjang utama Airborne SISPA

 Ketibaan VVIP - okey, aku memerlukan seragam baru.

Ada banyak lagi posing-posing yang elegan dari peserta juga urusetia, sila la cari kat laman sosial Urusetia, mesti ada yang muatnaik. Ni pon aku curi dari FB Lt. M. Tango Uniform. Selamat mencari.
Untuk Dinner dan Hari J +2 aku post yang lain. Tak larat dan malas melanda diriku.

Semoga terhibur.. kalau lambat timbul entri lain tu, maaf dipinta terdahulu. heheheheee~
 Sekian untuk masa ini.


Di sini Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

14 September 2013

Perhimpunan Kor SISPA Kebangsaan ke-4 (UTHM)

Assalamualaikum~
Bismillah~

Sebulan lebih tak kemaskini, memang terbaik la orang cakap...hehh. Tak kesah la, yang penting bahagia, ke ade yang menunggu aku wat entri baru?? hmmm.... bergembiralah kamu, kerana daku sudah sampai. 

Okey... less karut, more aplod. Meh cni aku nak borak-borak sket pasal misi kitorang... errr... dak Airborne SISPA (phhuiii airborne la konon) MIAT kat UTHM pada 23-27 Ogos lepas. Misi tersebut dinamakan Misi Jackpot, tapi kontinjen lain sebut perhimpunan Kor SISPA je. Nak tau kenapa aku bagi nama misi jackpot? nak tau nak tau?? Sebab, kami... err... warga MIAT yang sememangnya ketandusan kaum Hawa, bila pegi ke satu program yang dimonopoli oleh kaum tersebut... memang demand habes la.. phuii!! Buaya je sume, laki sume saamee jeee!!!

Aku secara peribadinya ada operasi sendiri, yakni operasi recon. Aku dengan 7 orang pegawai muda yang lain bertindak sebagai pegawai pengiring, jurulatih, urusetia tak rasmi, kaki sibuk, tukang havoc, serta kepala bagi stress, manakala seramai 9 orang bakal pegawai yang akan ditauliah menjadi bajet pegawai yang sbulan dua lagi lesap entah ke mana, alih-alih aku jugak yang wat keje, bersama 25 anggota yang majoritinya hijau lagi, sekali suruh sekali gerak, mintak nombor awek tak ajak aku. 

Untuk tahun ini, kontinjen Airborne SISPA hanya menyertai pertandingan MK, CD skill, dengan Skor Race. PC tak dapat kami sertai dengan punca utama ketandusan kaum Hawa, ditambah lagi kaum Hawa yang tak berapa nak Hawa, pegang spanar je tau. Dengan senyap-senyap aku merekon gelagat-gelagat anak buah sendiri dengan misi mereka. Hahahh, mari kita lihat sape yang kene. Jom kita usha..

 Pandang dari atas sume ok, sampai lah tang kaki~






















3 2 1 Lift off.. we have a lift off...

 Perkara yang pertama bermain di minda "khemah mana yang ada makan-makan?"

Muka-muka yang berharapkan jackpot~

Kaum Hawa yang tak berapa nak hawa yang menjadi cemburuan oleh kaum Hawa kontinjen lain~
"untung la dikelilingi jejaka-jejaka macho" pengakuan gadis-gadis kontinjen lain.






Muka yang akan dimark tak kira tempat, Lt. M. Mon~










Itu adalah ekspresi muka semasa baru bertolak dan baru sampai ke UTHM. Kiranya tu hanyalah hari pertama, day 1. Sume muka teruja, gembira, gelojoh, bahagia, dan seangkatannya. Lama kelamaan, apabila hari-hari dipenuhi dengan aktiviti yang macam ni...





Berbaris.....





baris lagi.......
 merepek di "hotel 5 bintang"





 Berbaris lagi dan lagi......











Maka, segala rasa teruja, gembira, dan semuanya bagai bertukar menjadi rasa yang tidak dapat nak diceritakan. Secara automatiknya, antara aktiviti yang berlangsung semasa rasa tu semua hilang adalah....























INI......                                                                                 INI.....              
DAN.......

 INI!!!!!!

 Hahahahahaha....... tu la rutin harian kami, melantak, memerut, memata.... Tapi, bukan ini saja aktiviti-aktiviti yang sempat kami lakukan. Kalau tak habiskan dengan aktiviti di atas, kami mengambil peluang untuk menjalankan misi jackpot kami, tapi aku lebih kepada operasi recon aku sendiri. Jadi, antara hasilnya seperti di bawah....



 Ape tu?? hahaahaa.... menari ke?? kontinjen mane ni?? kontinjen IPG Ipoh ni....
 
Okey... aktiviti rasmi yang kami sememangnya dapat menjadi ketua dan urusetia yang rasmi adalah khidmat komuniti. Maka, masing-masing dapat jackpot lagi... aihhh~ secara tidak langsung, aku diheret menjadi ketua untuk kumpulan ni disebabkan semua nak lepas tengkuk.. phuii, tak dapat la, sume merasa ehhh..hahaah. Dapatlah aku tim yangbertugas basuh dewan periksa, dengan sumenya muka terbakar, rekrut USIM yang masih ada muka tak bersalah.. kua3.








Senyum penuh seribu makna~
Kalau anda faham maksud saya..













 Tim basuh dewan, srikandi-srikandi muka terbakar dek kawad~
Lt. M. Kantoi, kantoi 1 Malaysia ejas awek~







Aku lari dari tim incharge aku, pegi kacau tim Lt. M. Mon






Balik semula ke tim aku sume masih tekun menjalankan tugas~ bagus...









Di saat, aktiviti-aktiviti takde dan yang ada hanyalah kamera... maka, bermulalah aktiviti-aktiviti yang melibatkan postur badan kepelikan~






Dari kanan- Lt. Mon, Lt. Hj, Lt. Neo, anggota sesat, Lt. Darius~














Adoi....mutu, gaya, keunggulan~









Waktu Dinner la masa yang dinanti-nantikan, di mana anda tak perlu pakai pangkat... dan di mana orang takkan perasan anda, dan bebas untuk berhavoc!!!!! tanpa orang perasan kontinjen mane la yang duk menari-nari atas pentas... hahaha, jadi masing-masing baju taknak kalah, tapi yang menjadi poin utama adalah untuk menyerlahkan diri anda dari yang lain. Maka, inilah hasilnya~

 Makan dulu sebelum menebalkan muka di hadapan pentas~


 Haaaaa..... sape bley celen aku~ haahaha.... (kepada yang pinjam shemagh hitam aku yang tak pulangkan lagi, sila pulangkan dengan kadar segera)

Dari kanan- Lt. Hj., Lt. Kai, Lt. Mon, Kpt. KlonMon, Lt. Neo, Lt. Juli, Lt. Darius, dan Lt. Kantoi

Bersama mantan LO Segak, Macho, dan... tetttttt..... awek mane plak yang sesat masuk lam gamba ni??


Akhirnya... selesai sudah laporan tak rasmi aku. Agak-agak korang muntah hijau tak tengok gelagat kami? Kepada yang terpaksa menyaksikan secara langsung kasi dan gelagat kami, kami menyusun 10 sayap A380 memohon maaf di atas kelakuan kami yang pelik dan aneh. Bukan apa, tak selalu tinggal di satu tempat yang penuh dengan srikandi-srikandi yang asli dan original. 

Semoga pertemuan kita kali ini bukanlah yang terakhir. Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tidak lupa~ dan kepada yang dapat jackpot, tahniah diucapkan.. jangan sampai recon aku dapat intel pasal korang plak.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~