30 September 2013

Kuih Raya di Belah Kanan, Pesawat di Belah Kiri

Assalamualaikum~
Bismillah~

Haaaaa.... penah tak terbayang macam mana geng-geng poman yang tak dapat balik beraya kat kampung dan terpaksa bertakbir raya dalam workshop dan hangar. Ade sape-sape penah rasa? aku sendiri pon tak penah rasa.. hheehheh. Tapi pegi open house dalam hangar penah. Tu da jadi open hangar la kan? kan? 

Selama aku duk kat MIAT, jarang la ade event makan-makan dalam hangar, kecuali curi-curi makan masa praktikal dalam hangar.. kua3. Dan selama 4 taon kat sini, ni kot yang pertama kali sambut rumah raya terbuka kat hangar, selalu kat dewan je. Maka, merasa la jugak suasana beraya di sebelah pesawat yang sememangnya semerbak ngan bau minyak pelincir bagai.






Dalam proses~










Maka pada hari tu jugak, satu kebebasan diberikan kepada warga MIAT.. sape-sape yang pakai baju raya pegi kelas dibenarkan pada hari tu. ^_^... Mulalah kelihatan orang yang bersamping bagai pegi workshop... errr... macam tak kene je?? ade ke yang sanggup. Memang rimas la jawabnya. hahaahaa.. 

Tengah hari tu program pon jalan... Jadi, aku bajet la brape lama dorang wat ucapan, tunggu VIP bagai.. sumenye aku plan atas katil dalam bilik aku, sambil berguling-guling. Dalam otak pikir nak melahap je.. heheheeehhh. Dalam setengah jam lambat jugaklah, aku pegi, cuma untuk melihat dengan pasrah program tak jalan pon lagi. T_T... serta kelihatan gelagat-gelagat yang macam-macam..



 Nampak tak permainan dia, jadi terpaksa jugak aku menunggu. Dengan berbaju melayu nye, nasib baik tak pakai jubah... Nak menunggu pon 1 hal, antara 2 pilihan, bersauna dalam hangar atau berjemur atas apron. Jadi, aku pilih tengah-tengah, berdiri kat pintu hangar. Masa tu jugak la, heli nak terbang pulakkkk......

Nice la, memang terbaik...

Tunggu punya tunggu, ucapan bagai, sampai je bab doa, aku berdoa sebelah booth makanan.. hahah. Amin je, bratur depan, amek nasi bagai, pastu duduk atas krusi dan tibai beramai-ramai. Yang penting, FREE!!!!!!! bila da free tu, memang sume bende sedap. Nasi beriani, cendol, kuih bagai, aiskrim, sume aku sapu, kecuali durian.... tak sanggup... panas2 lagi. Dah malam tu ade meeting kat UiTM S. Alam pulak.







Makan sambil bersauna~










Dan macam biasa... lepas, sendawa burppp.. Alhamdulillah~ Lepas abes makan tu, baru aku prasan, ade pompuan rupanya kat MIAT ni, bergaya dengan kurung bagai, bermekap-mekapan. Selama ni aku ingat da nak pupus da. Sejuk la jugak mata memandang dengan 'keayuan' dorang, selama ni duk pakai jaket biru memanjang, pengang wrench, spanar bagai. Tak tau plak dorang reti pakai mekap..wahahhaahahahahahahaa..... 

Duduk sminit dua, tunggu makanan turun, mula la nak mekandid muka-muka kekeyangan. cekedout..








Nampak tak kat atas kersusi tu apa~~ hhehehe.. da round ke brapa ntah

Bila da kenyang jugak la, mula kuar idea-idea serta gelagat yang agak bernas dan matang.....























Skyhwak jugak yang jadik mangsa~




Kiri- ni idea kawan aku, aku ikot aje..


Kanan- bajet nak bukak cowling aje~









Dan sebelum balik... 1 gambar yang terakhir buat semua...


Laki Sume Saamee Jeeee.... dah puas, tinggal!!! hahahaha, lepas program ni, konpem ramai muka-muka yang tak nampak dalam kelas, mana pergi? atas katil, lukis peta dunia....

P/S: ni sume citer lame, da sbulan lebih dah... baru nak publish utk umum, rajin nye aku~~~~~

This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

27 September 2013

Troubleshooting HS-125 Engine Lubrication Oil System

Assalamualaikum~
Bismillah~

Tak tau la da nape tetibe nak letak tajuk entri teknikal sket, mungkin dah tiba masa kena serius kot. Sebab mungkin ni yang terakhir boleh men pasang-pasang enjin turbin. Lepas ni dah downgrade da, men enjin piston plak, tu pon kalau la dapat. kua3... 

Sebab aku kesiankan blog ni kesepian, aku kemaskini la sket. Benda nye banyak nak citer, material nya plak berterabur malas nak kumpul. Takpe lah, janji kali ni korang dapat usha macam mana la keje-keje kitorang selama ni. Setelah termenung dan terangguk dalam kelas nak donlod teori ngan kefahaman teknikal. Maka, saat yang ditunggu-tunggukan, bley la jugak ranapkan enjin HS-125. Kalau dulu asyik duk dalam bengkel merenung enjin Viper 522 yang dah sedia bogel, kali ni tiba la jua peluang nak bogelkan sendiri enjin tersebut, hehehehh.

 Ni la muka-muka yang melakukan aktiviti yang tak senonoh~

Bab-bab leraikan, cabut, disassemble, disconnect memang kami pro, bagi je skru drebar, wrench, kejap je kami leraikan.. muahahahahaa.. Bila da leraikan housing tu, terserlahlah kekomplikasian komponennya..


Ape barai ni~

Tapi..... pro kami hanya setakat meleraikan barang dan airframe sahaja. Bila segala housing dan cover dibukak, kami pon mulalah prosedur kami seterusnya.. tercegat depan enjin sambil garu kepala dan senyum kat kawan sebelah, Lepas tu goyang-goyang komponen yang takde kaitan.. :P. haahhaha~


 
 Kiri- goyang kiri goyang kanan~

Kanan- Suluh komponen yang takde kaitan langsung ngan lubrication system~









Setelah beberapa tika tercegat, kami terus kepada langkah seterusnya, iaitu membelek manual sambil menyumpah-nyumpah manual tersebut.  "mende ape la yg die mengarut ni!!!! " Tu la antara ayat biasa yang didengari masa praktikal kat hangar. 

Hahahaa, kesian kat manual. Tak bersalah pun kena maki. Tapi, oleh kerana kami bertuah dapat pensyarah dan juga juruajar yang veteren dan hebat (bagi la markah lebih sir, puji secara terbuka ni ), kami secara perlahan-lahan dapat la jugak troubleshoot enjin ni. 

Situasi yang kami kene, tekanan minyak pelincir tak menentu, ataupun secara teknikalnya dipanggil fluctuating. Jadi, satu-satu la kene tengok, mula-mula tengok minyak ada tak, lepas tu hos sana-sini, lepas tu oil pump, pressure relief valve bagai.. blablabla, sampai la dapat cari punca.

Gambar hiasan semata-mata, tiada kaitan dengan sistem yang berkenaan~

Disebabkan enjin da tak idop, lagi-lagi komponen dah lebih hayat, dan situasi pon bukan sebenar, maka kami pon wat la punca yang senang. memehheheh~

Jadi dalam laporan aku wat la pressure relief valve rosak, senang citer~ hahaaha.Akhirnya, dengan masa yang berbaki, mula la aksi kami yang bangga sebab siap awal.. kua3..


Hahahaa.... senangnya hati, keje da siap~

Bila sume orang tak sabar nak balik, mula balik kerja pro kami, pasang cover..

ini memang kepakaran kami~


Dan pulanglah kami dengan laporan yang masing-masing menunggu sape la yang wat dulu, bley tiru... Itu la keje kami selama ni.

Catatan: Adik-adik kat luar jangan tiru macam kami ek, kalau cita-cita tu bidang ni, kejar sampai dapat, usaha sampai jadi. Kami main-main je ni, kalau kerja betol-betol memang siyes~ 

This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

14 September 2013

Perhimpunan Kor SISPA Kebangsaan ke-4 (UTHM)

Assalamualaikum~
Bismillah~

Sebulan lebih tak kemaskini, memang terbaik la orang cakap...hehh. Tak kesah la, yang penting bahagia, ke ade yang menunggu aku wat entri baru?? hmmm.... bergembiralah kamu, kerana daku sudah sampai. 

Okey... less karut, more aplod. Meh cni aku nak borak-borak sket pasal misi kitorang... errr... dak Airborne SISPA (phhuiii airborne la konon) MIAT kat UTHM pada 23-27 Ogos lepas. Misi tersebut dinamakan Misi Jackpot, tapi kontinjen lain sebut perhimpunan Kor SISPA je. Nak tau kenapa aku bagi nama misi jackpot? nak tau nak tau?? Sebab, kami... err... warga MIAT yang sememangnya ketandusan kaum Hawa, bila pegi ke satu program yang dimonopoli oleh kaum tersebut... memang demand habes la.. phuii!! Buaya je sume, laki sume saamee jeee!!!

Aku secara peribadinya ada operasi sendiri, yakni operasi recon. Aku dengan 7 orang pegawai muda yang lain bertindak sebagai pegawai pengiring, jurulatih, urusetia tak rasmi, kaki sibuk, tukang havoc, serta kepala bagi stress, manakala seramai 9 orang bakal pegawai yang akan ditauliah menjadi bajet pegawai yang sbulan dua lagi lesap entah ke mana, alih-alih aku jugak yang wat keje, bersama 25 anggota yang majoritinya hijau lagi, sekali suruh sekali gerak, mintak nombor awek tak ajak aku. 

Untuk tahun ini, kontinjen Airborne SISPA hanya menyertai pertandingan MK, CD skill, dengan Skor Race. PC tak dapat kami sertai dengan punca utama ketandusan kaum Hawa, ditambah lagi kaum Hawa yang tak berapa nak Hawa, pegang spanar je tau. Dengan senyap-senyap aku merekon gelagat-gelagat anak buah sendiri dengan misi mereka. Hahahh, mari kita lihat sape yang kene. Jom kita usha..

 Pandang dari atas sume ok, sampai lah tang kaki~






















3 2 1 Lift off.. we have a lift off...

 Perkara yang pertama bermain di minda "khemah mana yang ada makan-makan?"

Muka-muka yang berharapkan jackpot~

Kaum Hawa yang tak berapa nak hawa yang menjadi cemburuan oleh kaum Hawa kontinjen lain~
"untung la dikelilingi jejaka-jejaka macho" pengakuan gadis-gadis kontinjen lain.






Muka yang akan dimark tak kira tempat, Lt. M. Mon~










Itu adalah ekspresi muka semasa baru bertolak dan baru sampai ke UTHM. Kiranya tu hanyalah hari pertama, day 1. Sume muka teruja, gembira, gelojoh, bahagia, dan seangkatannya. Lama kelamaan, apabila hari-hari dipenuhi dengan aktiviti yang macam ni...





Berbaris.....





baris lagi.......
 merepek di "hotel 5 bintang"





 Berbaris lagi dan lagi......











Maka, segala rasa teruja, gembira, dan semuanya bagai bertukar menjadi rasa yang tidak dapat nak diceritakan. Secara automatiknya, antara aktiviti yang berlangsung semasa rasa tu semua hilang adalah....























INI......                                                                                 INI.....              
DAN.......

 INI!!!!!!

 Hahahahahaha....... tu la rutin harian kami, melantak, memerut, memata.... Tapi, bukan ini saja aktiviti-aktiviti yang sempat kami lakukan. Kalau tak habiskan dengan aktiviti di atas, kami mengambil peluang untuk menjalankan misi jackpot kami, tapi aku lebih kepada operasi recon aku sendiri. Jadi, antara hasilnya seperti di bawah....



 Ape tu?? hahaahaa.... menari ke?? kontinjen mane ni?? kontinjen IPG Ipoh ni....
 
Okey... aktiviti rasmi yang kami sememangnya dapat menjadi ketua dan urusetia yang rasmi adalah khidmat komuniti. Maka, masing-masing dapat jackpot lagi... aihhh~ secara tidak langsung, aku diheret menjadi ketua untuk kumpulan ni disebabkan semua nak lepas tengkuk.. phuii, tak dapat la, sume merasa ehhh..hahaah. Dapatlah aku tim yangbertugas basuh dewan periksa, dengan sumenya muka terbakar, rekrut USIM yang masih ada muka tak bersalah.. kua3.








Senyum penuh seribu makna~
Kalau anda faham maksud saya..













 Tim basuh dewan, srikandi-srikandi muka terbakar dek kawad~
Lt. M. Kantoi, kantoi 1 Malaysia ejas awek~







Aku lari dari tim incharge aku, pegi kacau tim Lt. M. Mon






Balik semula ke tim aku sume masih tekun menjalankan tugas~ bagus...









Di saat, aktiviti-aktiviti takde dan yang ada hanyalah kamera... maka, bermulalah aktiviti-aktiviti yang melibatkan postur badan kepelikan~






Dari kanan- Lt. Mon, Lt. Hj, Lt. Neo, anggota sesat, Lt. Darius~














Adoi....mutu, gaya, keunggulan~









Waktu Dinner la masa yang dinanti-nantikan, di mana anda tak perlu pakai pangkat... dan di mana orang takkan perasan anda, dan bebas untuk berhavoc!!!!! tanpa orang perasan kontinjen mane la yang duk menari-nari atas pentas... hahaha, jadi masing-masing baju taknak kalah, tapi yang menjadi poin utama adalah untuk menyerlahkan diri anda dari yang lain. Maka, inilah hasilnya~

 Makan dulu sebelum menebalkan muka di hadapan pentas~


 Haaaaa..... sape bley celen aku~ haahaha.... (kepada yang pinjam shemagh hitam aku yang tak pulangkan lagi, sila pulangkan dengan kadar segera)

Dari kanan- Lt. Hj., Lt. Kai, Lt. Mon, Kpt. KlonMon, Lt. Neo, Lt. Juli, Lt. Darius, dan Lt. Kantoi

Bersama mantan LO Segak, Macho, dan... tetttttt..... awek mane plak yang sesat masuk lam gamba ni??


Akhirnya... selesai sudah laporan tak rasmi aku. Agak-agak korang muntah hijau tak tengok gelagat kami? Kepada yang terpaksa menyaksikan secara langsung kasi dan gelagat kami, kami menyusun 10 sayap A380 memohon maaf di atas kelakuan kami yang pelik dan aneh. Bukan apa, tak selalu tinggal di satu tempat yang penuh dengan srikandi-srikandi yang asli dan original. 

Semoga pertemuan kita kali ini bukanlah yang terakhir. Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tidak lupa~ dan kepada yang dapat jackpot, tahniah diucapkan.. jangan sampai recon aku dapat intel pasal korang plak.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~