27 September 2013

Troubleshooting HS-125 Engine Lubrication Oil System

Assalamualaikum~
Bismillah~

Tak tau la da nape tetibe nak letak tajuk entri teknikal sket, mungkin dah tiba masa kena serius kot. Sebab mungkin ni yang terakhir boleh men pasang-pasang enjin turbin. Lepas ni dah downgrade da, men enjin piston plak, tu pon kalau la dapat. kua3... 

Sebab aku kesiankan blog ni kesepian, aku kemaskini la sket. Benda nye banyak nak citer, material nya plak berterabur malas nak kumpul. Takpe lah, janji kali ni korang dapat usha macam mana la keje-keje kitorang selama ni. Setelah termenung dan terangguk dalam kelas nak donlod teori ngan kefahaman teknikal. Maka, saat yang ditunggu-tunggukan, bley la jugak ranapkan enjin HS-125. Kalau dulu asyik duk dalam bengkel merenung enjin Viper 522 yang dah sedia bogel, kali ni tiba la jua peluang nak bogelkan sendiri enjin tersebut, hehehehh.

 Ni la muka-muka yang melakukan aktiviti yang tak senonoh~

Bab-bab leraikan, cabut, disassemble, disconnect memang kami pro, bagi je skru drebar, wrench, kejap je kami leraikan.. muahahahahaa.. Bila da leraikan housing tu, terserlahlah kekomplikasian komponennya..


Ape barai ni~

Tapi..... pro kami hanya setakat meleraikan barang dan airframe sahaja. Bila segala housing dan cover dibukak, kami pon mulalah prosedur kami seterusnya.. tercegat depan enjin sambil garu kepala dan senyum kat kawan sebelah, Lepas tu goyang-goyang komponen yang takde kaitan.. :P. haahhaha~


 
 Kiri- goyang kiri goyang kanan~

Kanan- Suluh komponen yang takde kaitan langsung ngan lubrication system~









Setelah beberapa tika tercegat, kami terus kepada langkah seterusnya, iaitu membelek manual sambil menyumpah-nyumpah manual tersebut.  "mende ape la yg die mengarut ni!!!! " Tu la antara ayat biasa yang didengari masa praktikal kat hangar. 

Hahahaa, kesian kat manual. Tak bersalah pun kena maki. Tapi, oleh kerana kami bertuah dapat pensyarah dan juga juruajar yang veteren dan hebat (bagi la markah lebih sir, puji secara terbuka ni ), kami secara perlahan-lahan dapat la jugak troubleshoot enjin ni. 

Situasi yang kami kene, tekanan minyak pelincir tak menentu, ataupun secara teknikalnya dipanggil fluctuating. Jadi, satu-satu la kene tengok, mula-mula tengok minyak ada tak, lepas tu hos sana-sini, lepas tu oil pump, pressure relief valve bagai.. blablabla, sampai la dapat cari punca.

Gambar hiasan semata-mata, tiada kaitan dengan sistem yang berkenaan~

Disebabkan enjin da tak idop, lagi-lagi komponen dah lebih hayat, dan situasi pon bukan sebenar, maka kami pon wat la punca yang senang. memehheheh~

Jadi dalam laporan aku wat la pressure relief valve rosak, senang citer~ hahaaha.Akhirnya, dengan masa yang berbaki, mula la aksi kami yang bangga sebab siap awal.. kua3..


Hahahaa.... senangnya hati, keje da siap~

Bila sume orang tak sabar nak balik, mula balik kerja pro kami, pasang cover..

ini memang kepakaran kami~


Dan pulanglah kami dengan laporan yang masing-masing menunggu sape la yang wat dulu, bley tiru... Itu la keje kami selama ni.

Catatan: Adik-adik kat luar jangan tiru macam kami ek, kalau cita-cita tu bidang ni, kejar sampai dapat, usaha sampai jadi. Kami main-main je ni, kalau kerja betol-betol memang siyes~ 

This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

1 comment :

  1. waaaa... team work yg bagus. Btw SM done follow sini, jemput singgah ke blog SM kalau sudi :D

    ReplyDelete