06 March 2016

Jelajah Scotland: Glasgow

Assalamualaikum~
Bismillah~

Bulan ni dah masuk bulan Mac, maknanya Cuti Easter dah dekat!!!! ohsemm!!!! Cop... tapi sekarang dissertation,lagipun..... *buka akaun bank* ok, kembara jiwa aja la jawabnya. 

Bila sentuh bab merantau/melancong ni, terkenang zaman sekolah semasa dalam kelas bila cikgu suruh buat kerja sendiri, masing-masing mula buka cerita keluarga masing-masing. 

"abang aku yang belaja obersi time raya dia tak balik, dia pegi travel europe" 
"abang aku kt Mesir pon pegi europe cuti2, dia cakap balik Malaysia lagi mahal"

Dalam hati ni, banyak betol duit melancong cuti2. Taknak balik kampung ke? dapat duit saku ayah bagi. Begitulah persoalan aku dari kecik lagi. Tapi bila dah matang, dah jauh di negeri orang, baru aku faham punca-punca geng-geng obersi rela tak balik. Sebab alang-alang dah kena campak kat tempat orang, baik jelajah betul-betul. Nanti balik tak dapat dah pergi Paris, Brussel, Amsterdam £50. Paling gempak pon pergi Semenyih Eco World je sambil berangan kat Holland. 

Jadi, untuk tidak kalah dengan rakan satu batch yang bercuti di kawasan tinggi Scotland main Snowboard, aku dengan kawan berbajet rendah rancang la kembara jimat Scotland naik bas, train transit sana-sini berbekalkan bajet bawah £100 (guna tak sampai £70 pon). 

Cakap pasal Scotland ni mesti ramai terbayang orang cakap BI sepatah haram tak boleh angkap, pakai skirt, besar-besar ala-ala filem Braveheart. Itu la kalau nak tahu orang Celtic, boleh baca pasal benda ni kat entri sebelum ni - Mari Mengenal United Kingdom. Disebabkan Scotland ni negara, jadi tak dapatlah nak jejak semua 'negeri-negeri' dia dengan bajet £100. Entri kali ni sentuh Glasgow dulu ye, lain kali sentuh tempat lain pulak.

Glasgow
Destinasi pertama kami adalah Glasgow ataupun orang tempatan sebut Glasgae. Tapi kalau pergi selain Glasgow jangan sebut pulak Glasgae, nanti orang cakap kampung pulak sebab orang Glasgow je sebut Glasgae. Dekat Glasgow ni ada banyak tempat menarik, tapi sempat singgah muzium agama. Tips untuk solat, selalunya kalau tak jumpa tempat untuk solat, boleh tanya kat muzium untuk bilik kosong untuk solat kejap, dan mereka amat peramah dan terbuka. Muzium ni agak menarik, dan ia mengadap kawasa Necropolis, iaitu tanah perkuburan zaman Victoria. Sapa-sapa nak bertapa boleh la singgah situ uji semangat. Nama muzium ni ialah.... bacalah sendiri kat gambar tu.


Famili bilang sejak duduk UK ni, kulit aku dah cerah. ohhyeeahhh!! bukan takat famili, kawan-kawan pon. Nota- itu bukan anak tudung ye, itu beanie hat, saja pilih warna putih nak tiru watak boy dalam Pokemon ORAS. fuyoo kan?






 Antara pameran yang ada dalam muzium. Boleh dikira banyak dia sentuh, tapi memandangkan nak kejar waktu train, tengok sekali imbas aja la. Ohh, dan muzium ni free of charge!!!! kalau dah pree tu kan......  heheheheeee.










Muzium ni tiga tingkat, tingkat paling atas dapat tengok kawasan Necropolis dari tingkap. Dengar nama necro pon dah meremang bulu roma. Necro-Polis; Bandar Kematian. Dalam kawasan tu, terdapat monumen-monumen untuk orang-orang penting. Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat Wiki ye, tapi jangan buat rujukan untuk FYP, kena pangkah nanti.





Menara tu bukan Eiffel Tower ye, penulis sendiri pon tak jelas tu menara apa.





Merenung ke luar jendela~








Tempat sekitar muzium ni pon cantik, ada Cathedral besar depan muzium. Jadi, seperti orang Asia, bergambar la kita. Tak Asean la kalau tak pose pelik-pelik kan?


Ni la dia cathedral yang besar tu. Nama cathedral ni sama dengan nama muzium tu, St. Mungo. Teka apa beza cathedral dengan church? Anggap ni adalah perbincangan ilmiah. Jawapannya, cathedral ada Bishop, manakala church takda, serta setiap cathedral ada 'Relic'nya tersendiri. Betulkan saya andai tersilap.

Kalau orang lain duk sibuk posing kat Pantai Senok, Kelantan, aku posing kat kat Glasgow je la. Ada pokok berderet jugak kan. Aku sebagai orang Kelantan pon tak pernah pergi pantai tu, takde pape pon, takat pokok macam tu kat pantai belah Tumpat berlambak, Sri Tujuh, Geting..... cakap je.






Tak nak kalah dengan GoPro, penulis (eceh) pon amek la gambar GoAmatur, pakai Panoramic setting. Lawa dia lebih kurang je kan. Siap boleh buat pic trick lagi.


Kenalkan klon aku kiri dan kanan, mana satu lagi kacak? GoPro ada?


Jumpa geng MIAT kat Glasgow, dia kata dia sendiri tak pernah jejak kai kat kawasan ni, padahal dah bertahun kat Glasgow... Teghokkk. Lain kali cerita berkenaan Edinburgh pulak ye. Jari nak rehat. 




Saya, Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment