Showing posts with label Pelajaran. Show all posts
Showing posts with label Pelajaran. Show all posts

18 July 2013

Minggu Pertama Semester Terakhir

~Assalamualaikum~
Bismillah~


 Untuk peringatan bersama~

Wooohoooo.... pejam celik pejam celik, da stat da pon sem 7 degree aku. Nampaknya dah 3 taon aku jadi bachelor.. hehh, bachelor~. Secara rasmi aku da bley dipanggil senior akhir taon, haahahaa.. poyo. Abes sem ni, merata la kitorang berOJT. Masing-masing nampak cam rilek je, tak nak pikir lagi pasal OJT. Takpe la, banyak lagi la kekosongan untuk aku, keh3 (kuar tanduk atas kepala). 

Sem terakhir ni, FYP memang takkan lari la, adoiii. tengok jadual nak wat FYP, penuh la plak. Kelas pagi petang, ngan program nan beratur lagi ni. Tapi nasib baik aku ni aku, kalau aku ni orang laen... hmmm. Minggu pertama ni pon da tiga kelas stat blaja, masuk-masuk kelas, mula-mula gaya cam borak santai je, intro sket... lama-lama, amekau, 1 topik blaja, nak tak nak masa petang plak tu. Kepada rakan-rakan yang da ade assignment, selamat berjaya la ye buat, hahaha.. (naseb baek terslamat).

Dan kepada junior yang baru masuk...



Heehehee.... selamat belajar kat MIAT. Masing-masing teruja tu dapat masuk MIAT, idong kembang je sorang-sorang. Ade la sorang dua yang tersesat dapat bulik hostel skali ngan member aku, aku lepak la lam bilik dorang, ape lagi.. layan muvi la. Sapik Sensor gitau dia da donlod muvi Super Sentai baru, aku pon layan la skali. Masuk je dak junior sem1, tengok kitorang layan super sentai ternganga mulut, terkeluar ayat ni.

Tolong la bang tolong la bang~

Hahahaa, dorang tak tau lagi camne kehidupan kat MIAT ni. Perlahan kayuh la ye. Papepun aku tengah donlod anime rockman EXE ngan Scan2Go untuk wayang night lepas ni, Hahahaah. Lepas tu Pokemon plak, sambil menunggu kuarnye game 3DS Pokemon X & Y, White 2 pon tak abes main lagi..

Orait, pose-pose ni nak kurangkan kemengarutan. Lain kali la plak korang layan kerenah aku ye.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Ape korang buat kalau ade orang bagi RM1000? nak tau jom usha sini.
Dapatkan rebat dari Sony di sini >>LINK<<

17 June 2013

Final Exam Jan'13: Aircraft Electronic System

Assalamualaikum~
Bismillah~


AES..... akronim yang agak keramat bagi sem ni. penuh ngan skematik elektrik, generator bagai... sebagai seorang budak mekanikal, benda ni amat memusingkan kepala. Tapi, dengan sedikit daya dan kepintaran anda, subjek ni agak senang ditakel.

Kertas AES ada dua bahagian... cam biasa la kan. Untuk MCQ ada 50 soalan, soalan ikut turutan topik. Ada yang kira-kira sket, jadi kene tau la formula nak kira current bagai. Banyak soalan pilih mana yang betul. Rajin-rajin la membaca ye.

Untuk esei, kertas ni ada 3 soalan jawab dua. Soalan dia semua pasal voltage regulator, tak kira la AC ke DC. Nampak gayanya kene tau semua la pasal voltage regulator.

Soalan 1 dia bagi skematik error sensing voltage regulator, tapi dia tak cakap pon tu error sensing. Dia siap tanya lagi jenis-jenis voltge regulator untuk DC ngan AC. Pastu untuk markah paling banyak dia tanya operasi masa voltage tinggi dari 200 dan rendah dari 200. Pandai-pandai la baca.










Tudia, aku tengok pon pening~












Cara-cara menjawab exam kertas AES, soalan..... dua..dua, (Ada gaya macam hot fm tak). Soalan dua pon pasal voltage regulator, kali ni Solid state voltage regulator.

Skematik Solid State Volt. Regulator


Yang ni banyak benda dia tanya, markah pon pecah banyak. Yang nak play safe bley la pilih yang ni. Tapi yang ni dia ada tanya perbezaan antara DC generator ngan altrenator. Dia tanye lagi ape jenis voltage regulator atas ni, maka tulis la dikau akan nama si jakun ni. Ni aku tak bley lupa, dia tanye mendalah apa RV1 tu. Tu la dia variable resistor, aku yang cakap la. Tanya lagi, jenis-jenis vlatge regulator. Benda wajib. Last macam biasa, operation solid state regulator. 

Soalan last, pasal equalizing controller. Dia bagi skematik ni...








Skematik









Pastu dia tanya controller jenis apa ni dan apa fungsi dia.... kot, lebih kurang la. baca je pasal equalizing controller daan wajib akan kuar pasal voltage regulator. Baca skali jenis regulator lam skematik ni, sebab soalan ni ada tanya jenis regulator. Macam biasa, belasah je la operasi diagram ni bila gen2 kene load tinggi.

Tu ka kot pasal AES. Kalau ada soalan yang tertinggal tu, mintak korang goreng je la ye. haahhahh.. Chiaooo dulu la ye, nak usha video-video srikandi gwiyomi plakk.. kua3.



This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

14 June 2013

Final Exam Jan'13: Airlines Economics

Assalamualaikum~
Bismillah~

Errr.... untuk subjek ni, aku pon tak dapat nak nolong. Kalau jenis yang kaki objektif tak pon kaki MCQ, bley la kot stat beli hand exercise grip pastu latih tangan masing2. Kertas ni kalau tak wat karangan tak sah kalau tak sampai dua muka. 



Dek kerana kertas ni dah lama jawab, aku pon dah flush dari otak aku, nak bagi tips pon tak tau. Kertas ni sume esei, bagi pilihan 5 jawab 3....kot. Cara nak belasah kertas ni bukan macam belasah kertas lain, dia mintak penumbuk kita bagi penumbuk je, tak perlu nak baik ati buat promosi mintak penumbuk percuma penampar. Kertas ni, dia mintak jentik tangan, kita kena wat intro dulu... renggang2kan jari, kasi bunyi2 prap prap dulu, baru jentik. Last skali kena wat konklusi, macam karangan masa SPM dulu la kiranya.

Topik yang kuar untuk sem ni, sama la dengan sem-sem sbelomnya ( dah buku sama, putar-putar camtu la soklan dia), yang wajib kuar mesti airlines characteristics. Yang soklan ni, prupprap bagi intro pasal oligopoly, oligo coco bagai, pastu brammmm... senarai die nye karakteristik, ade belas-belas, belasah je brape yang die nak. Yang penting, nak karang tu kena ikut susunan hierraki karakteristik. Hahh... mula la stat hafal wat nama bagai kasi ingat.

Selain tu, topik Capacity Management pon kuar. Topik ni dia pecah jadi anak. Jadi, challange in capacity management tu kena ingat la, siap dengan jenis.. alaaa, yang spillage, spoilage, excess bagai tu. Yang ni pon kene wat karangan penuh, siap intro, isi, konklusi.

Topik Fleet management ni agak tricky.Dia tak tanya direct, dia wat ayat berbunga-bunga sket, macam mana nak dapatkan aircraft. Menggelabah dia nak paham apa yang dia nak. Tengok2 dia nak huraian aircraft selection. Bagi la, sebab-sebab nak pilih aircraft, replacement, capacity growth bagai tu.

Last, topik Network Management, yang ni pandai-pandai la jawab, sebab yang ni aku tak pilih pon. Nak ingat topik-topik sbelum ni pon da azab, nak tambah azab ni plak. Tapi dalam topik ni ada dua subtopik, salah satu dia network design. Haaaaa... yang kuar dalam exam tajuk yang satu lagi, bukan network design nye. Tapi jangan caya sangat, ntah-ntah yang kuar network design, aku pon konpius ngan soklan dia.

Peringatan daripada aku kepada sesape yang baca post ni, sama ada yang sedang menggaru kepala tak paham apa yang aku merepek, ataupun yang tersesat sampai sini sebab nak cari skema soklan lam tenet, kot2 la exam unit simpan skema lam google docs, tak pon yang ketandusan idea tahap 99 tak tau nak wat ape sampai sanggup bace kerapuan ni.. apa yang dipost ni bukan 100% sama ngan soklan yang kuar. Mungkin ada yang tersilap (abes la markah aku camtu), tak pon sengaja disilapkan sebab tak nak bagi korang dapat markah tinggi. Papepun, selamat berjaya dalam apa pon yang korang buat.




This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, sigining out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

07 June 2013

Final Exam Jan'13: Piston Engine 2

Assalamualaikum~
Bismillah~

Kali ni aku nak share2 pasal paper piston 2. Camne nak start.. sebab aku da lupa apa yang kuar. hahaah. Haaa, paper dia ada 2 bahagian, bahagian objektif ngan esei, objektif dia ada 60 soalan, tadaaaaa.... masyuk kan? Bahagian esei plak ada 5 soalan pilih 3 soalan. dah tau kan? Ok selamat menelaah.... hahahaahh, nak tau lebih lagi kene sponsor aku. 

Bahagian objektif aku tak bley nak tolong banyak sangat, sebab sume die amek lam nota. Aku pon tak terjawab, nak tolong orang lain memang tak dapat la. Aku hanya boleh bagi tips cari bank soalan objektif pastu latih tubi banyak. InsyaAllah bley la jawab sparuh dari soalan dia.. hahaa. Aku revision berjambak-jambak set soalan pon tak sampai sparuh kuar. 

Bahagian esei plak, soalan pertama pasal Normally aspirated engine. Dia suh cerita pasal komponen utama enjin tu. Tak silap ada 4. Aku pon da lupa-lupa.Mungkin ada kene mengene ngan air intake kot.hahaahaa, kalau silap jangan marah, sape suh tak study.

Soalan kedua pasal komponen dalam carburetor. Senaraikan komponen pastu explain. Dumdam dumdam selesailah jawab. Yang penting kene ringkas dan padat, tak yah nak ayat Shakespeare sangat. Bukan nak jawab literature pon.

Ni dia contoh float type carburetor

Yang ketiga pasal lubrication. Kali kene huraikan 5 karakter lubrication oil. Macam biasa, ringkas dan padat. Yang basic la, karakter dia reduce friction, cleaning, prevent corrosion, sealing, absorb heat. Dapat??? yang len kene goreng2 sendiri k.

Soalan no. 4 pasal carburetor lagi. Tapi yang ni kene explain pasal 5 sistem yang ada lam carburetor. Alaaa.. yang idling, economizer bagai tu... senaraikan pastu hurai.

Last, pasal magneto. Dia suh lakar gambarajah skematik magneto. Ada dua, high tension ngan low tension. Tak silap dia suh lukis yang high tension nye..kot. Hahahaaa.

Macam ni kot skematik die..heh

OK sume?? macam kacang kan? memang la, dah aku bagi tips, kalau tak bagi gelak korang beramai-ramai dalam dewan periksa. haahhaa.. Trademark aku bile exam aku kuar bila da abes masa, baru nampak cam jujur sket, hahahaa. penah staff yang jaga dewan tanye aku, senang sgt ke soalan, sebab sume da cabut, kecuali aku yang sesorang dalam bilik periksa. hahaah...

This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Final Exam Jan'13 : Aircraft Structure Repair

Assalamuaaikum~
Bismillah~

Okeyy, aku mengaku yang post ni hampir 2 minggu delay..ye yeee. Tapi nak wat camne, exam kali aku rasa macam tak wujud, mekaseh kepada efwaipi, nak tak nak aku termasuk 5 grup yang present paling lewat, 4 ari sebelom final. jadi, bila da abes viva tros ak rasa freedom yang amat. Pejam celik- celik dah malam isnin. Ape aku study pon tak tau. Dah la ari Sabtu sbelom tu aku terjah hari belia kat Putrajaya. Papepon, dengan kemahiran aku sebagai penuntut kejuruteraan tekno. aku dapat la jugak jawab.

Ape yang kuar untuk set ni, lebih kurang sama dengan tutorial dan midterm subjek ni. 70% soalan die pasal kira-kira. Jadi kalkulator la jadi penyelamat. Paper ni ada 4 soalan utama, jawab sume, jeng3~. abes la tak leh pilih. Rileks, soalan die senang je, dengan syarat tau formula ngan ingat soalan midterm. heheheh.

Soalan pertama dia suh cari allowable load untuk structural joint. Ada dua allowable load untuk fastener, jadi kena cari mana yang critical. Jadi kena cari yang paling rendah. jadi, all. untuk 1 fastener die nilai dia bla3 darab dengan jumlah fastener bla3 dapat la jawapan dia. Senang kan kan kan?? Tahniah, anda dah dapat separuh markah untuk soalan pertama. soalan lain tu general. Dia tanya kategori mane yang load dia perlu critical, bearing ke, shear ke, tension ke.. pastu alasan dia.


Lebih kurang camni la soalan dia

Soalan kedua plak dia bagi repair yang lebih kurang macam soalan 1, tapi kali ni dia bagi double shear. Jadi, pandai2 la cari fastener mana yang double shear pastu darab dua baru dapat all. load untuk fast. lepas tu, bandingkan. Mana yang rendah tu darab pulak dengan jumlah fast. macam biasa. Dia tanya lagi, repair ni diterima tak? jadi kena la cari load loss dia, yakni... luas darab dengan ult. strength. Dapat load loss banding dengan critical allow. load mana yang rendah. Kalau load loss rendah jadi diterimalah repair tu.. Tahniah sekali lagi...anda dah dapat 80% markah untuk soalan 2. lagi 20% markah dia tanya soalan jenis load apa gambar tu kena. Jawapan dia tension (kot).

Ni la rupa double shear

Soalan ketiga ni yang susah ni. Soalan dia suma general, jadi kene baca la nota. Soalan dia pasal Al fastener, kenapa tak bley guna kat titanium ngan steel. Soalan kedua, lagi pasal Al sructure, kali kenapa tak bley guna sebagai repair part. Bla3.. Ni yang wat ak jemu ni, soalan general.. pastu dia tanya pasal knife edge, nak tahu jawapan google je senang, pastu pasal flush repair, dan last skali pasal improvement utk repair.

Soalan last, akhirnya.... yang ni tricky sket sbb kena propose 1 repair. Jadi nak wat mende ni kena list satu mandatory prosedur, pastu kena cari jumlah fastener kene guna, kena lukis plak. Nak cari jumlah fast. tu kena cari load loss dia. Macam kat atas la area darab ngan ult. strength. Yang ni paling tricky, silap2 kene tipu dek soalan idup2, pastu markah hilang camtu je.

Tahniah.... anda dah berjaya habiskan 1 paper, tinggal.. errrrr.. ok tu bergantung kepada diri masing2. Jadi, sama ada anda dapat A atau lulus itu bergantung kepada lect. masing2. Tugas aku gitau tips utk paper final exam je, kalau aku bley bagi carry marks da lama aku bagi 68/70. hahh.. Nantikan tips untuk paper seterusnya.. aisehh, kene taip lagi..


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

26 May 2013

Final Exam Kembali Lagi!!

Assalamualaikum~
Bismillah~



DUMM DUMM DANGGG TADAAAAA!!!!
Pejam celik pejam celik, final datang lagi dan tang ni untuk kali ke 6 dia wat havoc kat MIAT.. tak campur ngan kegempuran sedare die mase kat KMK dulu.

Nak tak nak, kene trima la kenyataan esok dah start exam, subjek Aircraft Structure Repair siottttt.... Apa yang aku buat masa study leave sminggu ni?? ntah, aku pon tak tau. Yang aku pasti ari khamis aku ade viva FYP pastu smalam, ari sabtu aku pegi jenguk2 Festival Belia. Hehehhh, dapat la sijil free 1. Nak tau, tunggu aku abes final dulu ngan sedikit kerajinan aku untuk mengupdate blog ni.

Stakat ni, aku nak brutang crite dari korang dulu ok. Tak banyak, sdozen dua je. K la, nak pegi menelaah Piston 2 dulu. Whooossshhhh~~~


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

15 December 2012

Final Exam : Day Finale

Assalamualaikum~
Bismillah~


sedar tak sedar da abes da final, alhamdulillah. 2 minggu memerah otak dan mengatur strategi, mencari intel pasal final (biar pun 60% intel tak betul) akhirnya tiba masa yang ditunggu, perasaan abes final..wohoo!!! jadi ni adalah post yang terakhir berkenaan final exam bagi sesi Julai 2012 la, sem depan insyaAllah akan post jugak kalau kerajinan melanda ;P. 

Jadi tak nak karang panjang-panjang, kita straight to the point je. Post kali ni berkenaan kertas Electronic Instrument System, EIS. Kelebihan kertas ni, soalan dia MCQ, 50 soalan, kalau dapat buat revision dan masuk dalam exam. Yang tak bagusnya soalan MCQ ni, tak bley nak goreng, betul dan salah je pilihan dia. Takde markah bonus untuk ulasan munasabah. Kena pulak buat revision soalan lepas, masuk bilik periksa, tengok-tengok brape kerat je yang kena.

Nak dijadikan cerita, kertas EIS guna set C, maknanya banyak soalan yang tak pernah keluar sebelum ni. Kebanyakan soalan 15 pertama berkenaan ESD dan EM. Tak pernah tengok soalan yang keluar. Nak lebih thrill lagi soalan pasal ECAM ngan EFIS. Pehh, memang kena baca betul-betul nota tu. Dia punya pilihan jawapan pulak, ABDC, 4 pilihan. Maknanya, hanya 25% peluang untuk betul kalau tembak.


EFIS-Electronic Flight Instrument System


Nasihat aku untuk kertas ni, mengadap la nota lama-lama. Hafal dia punya function ngan identification. Aku nak bagi tips pun amat susah. Intel yang aku dapat pulak ramai yang gagal kertas ni kali ni.

Setakat tu je pasal EIS, maka dengan ini tamat la ulasan-ulasan serta tips untuk final exam sesi Julai 2012. Selamat bercuti kepada diri aku sendiri walaupun terpaksa pergi kursus medik untuk kerjaya aku.. dan lagi ujian menunggu di sana. Pasal kursus ni aku akan cerita lain kali, tunggu je.

p/s: Lepas final kawan aku dah janji ngan aku pegi angkut Nintendo 3DS, Pokemon punya pasal la ni.

This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

14 December 2012

Final Exam : Day 4

Assalamualaikum~
Bismillah~

Okey... post pasal final exam ni agak tertunggak. tapi takpelah, bulk terus la pasal post exam. Post ni adalah untuk hari yang keempat peperiksaan semester 5 July 2012 Bachelor Aircraft Engineering Technology in Mechanical. untuk hari keempat, seperti yang diberitahu di post lepas, untuk kertas Computer Aided Engineering (CAE). Kat MIAT kitorang blaja guna perisian CATIA V5 untuk CAD dan NASTRAN untuk finite element analysis. Agak berguna kalau berminat dalam bahagian rekaan/designing.





Projek yang berjaya dihasilkan
(bukan aku yang buat, hehehh. duk kat Mekah lagi masa tu)








Berbalik kepada tujuan post ni, untuk kertas CAE, ada 2 bahagian, A dan B. Bahagian A ada 6 soalan jawab 3 manakala bahagian B ada 3 soalan jawab 2. Bahagian A lebih kepada teori dan definisi, bahagian B untuk pengiraan finite analysis.

 Kita mula dengan bahagian A, soalan pertama berkenaan Catia Workbench. Soalan yang paling senang serta direct. Senaraikan 5 jenis workbench yang ada dalam kategori mechanical part design. Lepas tu berikan extension workbench tersebut, contohnya Sketcher.CATPart. Ternyata senang, free marks.

Soalan kedua, pasal Assembly Design. Nyatakan jenis Assembly dan mana lebih efisyen untuk reka a/c.

Soalan ketiga pasal Assembly jugak, rasenya lah. mungkin ada sedikit drafting. maaf kalau tak terperinci, dah lupa..hahahaa~ sebab tak pilih soalan ni.

Soalan keempat berkenaan Finite Analysis. dia suruh senarai dan terangkan jenis elemen asas dalam FEA sekali dengan contoh. Nak senang lagi, bagi je 1D,2D,3D (nyatakan sekali 1D tu apa k).

Soalan kelima Finite Analysis lagi, cuma yang ni dia mintak step dalam FEM. Ada 5 steps sumenye. Terang dengan contoh sekali.

Soalan keenam dan terakhir bagi bahagian A, dia mintak prosedur dalam FEA. Ada tiga prosedur, pre-processing,processing, post-processing. Nyatakan dengan terperinci.

Bagi bahagian B, soalan 1 dan 2 lebih kurang sama. Dia bagi beam/silinder yang ada 2 seksyen pastu cari global stiffness, reaction forces, displacement, dengan force. Cuma soalan 1 diameter dia berlainan, material sama manakala soalan 2 diameter sama, material berlaian.

Soalan 3 pulak dia bagi spring, sebijik sama macam dalam slides/nota FEA.


Contoh FEA dalam nota

Senang je kan kertas CAE? blaja je susah,tu pon bila masuk NASTRAN (bagi aku la). Tapi bagi budak MIAT yang kejar lesen, subjek ni lulus pon da okey. Tapi ada je penuntut MIAT dapat kerja ngan PROTON sebab excel dalam subjek CAE. Furlohhh, blaja 4 taon subjek majoriti a/c maintenance tapi sebab excel 1 subjek je da ditawar kerja. Nampak tak rezeki di situ?

Apa-apa pun tunggu je post untuk hari terakhir peperiksaan.

This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

13 December 2012

Final Exam : Day 3 Part 2

Assalamualaikum~

Seperti yang dijanjikan pada post sebelumnya, topik kali ni berkenaan kertas Mechanic of Materials. Biarpun kertas ni dijawab pada Isnin yang lepas :P , anggap la ia baru dijawab ok? heheh. BTW, alhamdulillah kertas ni dapat dijawab dengan tenang dan kusyuk, tanpa tersenyum pasrah ataupun menggaru kepala. Sedikit info pasal subjek ni, MOM sebenarnya mengenai kiraan kekuatan mekanik dalam sesuatu struktur dan rekaan. Ia juga berkait dengan subjek Computer Aided Engineering (CAE) tapi lebih kepada analisis teoritikal berbanding CAE yang menggunakan perisian komputer. Ia juga salah satu cabang stress engineering (memang stress yang nyata) dan amat berguna bagi sesiapa yang fokuskan bidangnya dalam designer dan stress engineer. Sesiapa yang genius dalam matematik dan pandai putar belit persamaan ada harapan cerah dalam menguasai subjek ini. Sesiapa yang mahir dalam Fizik gunaan juga wajib menguasai subjek ini.

okey... sedikit iklan di situ, MOM ni kalau skali pandang memang konpuyus, tapi masuk akal la kalau faham. Aku pon minat subjek ni walaupun carry mark aku yang paling rendah dalam kelas..hhaahaa~ . Nasib la aku bukan major dalam designing.

Untuk kertas peperiksaan MOM, takde MCQ, sume kiraan dan definisi. Nak tak nak, raifal kene tinggal kat rumah. Untuk struktur kertas ni, die ada 5 soalan jawab sume. Masa die bagi dalam 2 jam. Kalkulator wajib ada kalau otak bukan jenis aritmatik.

Untuk soalan pertama, pengiraan die berkenaan normal stress bagi beam. Yang ni paling asas, tak dapat buat tak tau la. Nak buat dalam cara finite element analysis pon boleh tapi tu takde dalam silibus la. subsoalan kedua berkenaan definisi Young Modulus. Tahu persamaan die tahu la nak jawab.






Young Modulus/modulus of elasticity berdasarkan Diagram ni










Soalan kedua pasal member of forces/ equilibrium forces. Yang ni kene lakar free body diagram kalau nak dapat markah lebih. lepas tu die bagi safety factor dan suruh cari allowable stress untuk SF tersebut. tak dapat cari stress yang part A, tak dapat la jawab part B. Nampak tak permainan dia tu?

Soalan ketiga masuk topik shear. Ada gambar pin dan rod skali dengan G, jenis logam bagai. Pandai-pandai la guna persamaan.Kena cari max stress rasanya. Lepas tu cari allowable stress lagi skali!!! aisehh...

Soalan keempat dia bagi topik torque bending. Yang ni kena substitute banyak persamaan. Cari J lepas tu cari T. Ada dua persamaan untuk J yang boleh diguna, pertama yang guna length dan yang kedua yang guna power/rpm. Nak mudah putar je persamaan tu, derivative method.

Soalan kelima pasal moment of inertia in bending/bending moment. Yang ni agak senang kalau tahu persamaan dia. agak Straight forward. Walaubagaimanapun kena berhati-hati kalau tak nak salah kira. nahas nanti (amaran ni). sub die pulak pasal hubungan moment of inertia, I dengan M dan section modulus. Persamaan dah bagi, cuma huraikan je.




Saja nak wat korang pening sket~








Setakat tu jelah bagi MOM. Nak lebih kene bayar. Tunggu kemaskini untuk kertas CAE pulak ok~ 4 down 2 to go!!

This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

12 December 2012

Final Exam : Day 3 Part 1

Assalamualaikum~

Kenapa ada part pulak untuk post ni? haaaa... sebabnya untuk ari ketiga exam ni ada 2 kertas, Propeller dengan Mechanic of Materials atau MOM. Disebabkan tak nak campur 2 subjek ni dalam 1 post, bagi part 1 ni aku dahulukan Propeller sebab kertas ni yang kene amek dulu.

Propeller.... dengar perkataan ni cam senang je kan topik die. yelah, kipas nye pun adoyai. Tapi bile study masuk bab turboprop, memang adoyai la. tapi naseb baek esei tak kuar pasal Turboprop Propeller. Ada pon pasal reversible propeller.

Akhirnya., segala penat lelah menelaah esei yang dicedok dari buku teks Powerplant tak sia-sia, hahaa~. Punya la lebar senyum masa jawab kertas periksa sebab semua yang dispot masuk. Bab MCQ jangan cakap la, soklan yang ulang je dari dulu. Tipikal la sebab bidang ni, tak bley nak ke laut sangat soklan die, jadi kene putar belit topik yang same la.

Kene telaah betol-betol kitab ni sebab nak fokus kat lesen
bahagian reciprocating powerplant


Papepun, esei die macam biasa, 5 soklan pilih 3. tapi banyak kuar pasal constant speed propeller, jadi sape yang pilih pasal tu macam jawab soklan yang same je la. Kalau betul-betul yakin ngan jawapan kite.

Ok, bagi soklan pertama, pasal engine power absorption. Kite kene terangkan 3 faktor yang efek propeller untuk serap kuasa enjin. Yang ni kene rajin cari kat tenet sebab agak susah nak cari dalam buku. Lepas tu, die mintak terangkan operasi constant-speed propeller with counterweight masa underspeed condition. Yang ni cedok dalam buku teks Jeppesen Powerplant Chapter 12 Section C. tapi kene pandai karang ayat sebab takde direct explaination dalam teks. Cuba gabung operasi controllable prop ngan constant speed.

Soklan kedua pasal Propeller Pitch, yang ada effective pitch bagai tu. Yang ni kene lukis diagram skali. Yang ni agak direct from the text book. Yang bahagian b plak kene terangkan operasi Deicing untuk Propeller. lagi skali cedok dalam teks.

Soklan ketiga pasal disadvantages of reversible propeller. Guna common sense pon bley jawab yang ni. lepas tu die tanya soklan pasal constant speed prop lagi!!! Same macam soklan 1 je, cuma situasi je lain, tapi operasi lebih kurang. Die bagi situasi masa pilot nak perlahankan a/c.

Soklan keempat berkenaan daya yang ada kat propeller. Die mintak 5 major forces, yang centrifugal force dan sedaranye tu. Bahagian b pulak die mintak prosedur Blade Tracking. Senang je kan, walaupun bagi yang ponteng workshop, hahaa :P.

Soklan kelima pasal klasifikasi propeller, bukan yang pusher dan trackor. Yang ni pasal kelas propeller, fixed pitch, ground adjustable,...... dan dia mintak operasi variable pitch propeller untuk 1 kitaran hidup (taxi - t/off - climb - cruise - descend - approach - landing). Yang ni agak leceh. Tapi selamat menjawab bagi yang pilih soklan ni.

Orait, rasenye tu je la (kot) bagi kertas Propeller. Kalau nak tau pasal MOM sila tunggu post part 2 pulak okey!


This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off. 

~DREAM TAKES FLIGHT~

07 December 2012

Final Exam : Day 2

Assalamualaikum~ :)



2 down, 4 to go.. literally down. lagi skali toyol tak menjadi T_T . tak pernah dalam sejarah soklan kuar suruh lukis gamba enjin. hahaa.. siap ada soklan kira-kira lagi. menggelabah nak jawab, masa bagi lam 1jam 50 min je. MCQ pon hentam.

Bab kata kawan aku,

         "Landing Gear is falling down, falling down, falling down
          Turbine Engine is shutting down, shutting down, shutting down~"

Bley wat lagu lagi tu. Kawan aku cakap, set soklan asal bocor dan ditukar saat akhir dengan soklan yang agak diluar kotak bagi kitorang nak agak. Pasni kertas ape la plak yang tukar? bagi aku, tak ada masalah nak jawab, kalau bagi 3 jam la. Bagi 1jam 50min nak lukis apa.. stakat mounting bley la.

Sebagai rujukan agar generasi akan datang takkan tertipu, aku bagitau soalan esei. Ada 4 esei pilih 3. Tu yang sakit sket tu.

Soalan pertama pasal Brayton Cycle. Dia tanya nama lain bagi Brayton Cycle dan suruh lukis graf cycle ngan explanation skali. soalan sub plak suruh nyatakan kesan faktor thrust efficiency. Soalan ni je yang masuk sebijik ikut toyol.







lebih kurang camni la graf dia >













Soalan kedua pasal pengiraan thrust bagi setiap komponen. Yang ni kalau tahu macam nak guna equation senang je. Equation dah bagi,cuma nak kena tahu guna je. lepas 2 kena cari nett thrust. Aku pilih soalan ni sebab malas nak pening kepala goreng soalan huraian.

Soalan ketiga ni la yang kena lukis-lukis. aisehhh~ punya la leceh nak lukis enjin. dia suruh lukis schematic diagram turbofan ngan turboprop. criteria ngan komponen dia bagi pastu suruh lukis ikut spesifikasi yang dia bagi. Kejadahnya nak lukis turboprop reverse combustion, agak leceh di situ. lepas tu, dia suruh terangkan fungsi modul utama enjin tu.




nampak tak permainan dia tu?


punya la rumit gambar dia








Soalan terakhir pasal ground run. Dia suruh terangkan prosedur ground run skali dengan safety precaution. Nak lagi mencabar dia tanya certification apa plak yang kena isi. Adoyai, ngan masa tak cukup ni aku terpaksa abaikan soalan ni.

apa pun, kitorang dah habis ikhtiar da, s

05 December 2012

Final Exam : Day 1

Assalamualaikum~  :)

Dengan berakhirnya masa menjawab kertas Landing Gear System hari ni, maka habislah final exam aku... untuk hari ini.heheh -_- . 1 down 5 to go.







jasamu dikenang~















Punya lah menghafal toyol-toyol, spot Q brape kerat je yang masuk, adehhhh~. MCQ banyak masuk soklan pasal tayar... topik paling ak malas nak study. nasib baik la esei ak boley jawab. Setelah nota/toyolku menjadi viral di kalangan dak-dak yang amek kertas L/G, dua soklan je yang masuk, Pasal Shimmy Damper ngan Anti Skid System. Agak mencabar di situ T_T.

Sebagai memorial untuk kitorang serta rujukan untuk junior-junior, aku nak abadikan soklan-soklan yang kuar bagi kertas Landing Gear System Julai 2012. Esei sume skali 5 soklan,jawab 3.

soklan pertama pasal significant element yang dapat di observe masa landing gear retraction test. Soklan ni agak general, jadi sapa-sapa yang ponteng masa workshop wat retractionn test gabra la sket nak jawab soklan ni, tapi boley goreng je kalau faham konsep serviceable landing gear. Aku goreng special.

soklan kedua pasal shimmy damper. Dia mintak jenis shimmy damper, fungsi dia dengan sebab-sebab berlakunya shimmy. Yang ni cedok dalam buku text ngan nota je, senang. (tak ingat-ingat gak)

soklan ketiga pasal Antiskid System, kegunaan dia, ngan major component. Lagi skali, cedok dalam nota. nak lagi detail rujuk Airframe Textbook.

soklan keempat ngan kelima aku tak ingat, haahahaahaaaa~. tanya orang lain la lau nak tahu. Aku jawab soklan 1 hingga 3 je. :P

update: ok ak da tau da soklan 4 ngan 5. soklan 4 pasal brake bleeding operation. dia tanya method brake bleeding ngan procedure. soklan last pasal aircraft tire. ok :)

selesai suda mengadap buku airframe, giliran powerplant plak.

sekian, terima kasih.

02 December 2012

Minggu Perah Otak

Assalamualaikum..







Brace yourself, the final exam is coming!!! haha.. pejam celik pejam celik da nk final da. masing-masing sibuk kira carry mark. Lepas tu mesti keluar ayat "please la.. ak nak lulus je. carry mark punya la rendah, nak cukup lagi 10 markah, pastu lulus la".

Apa yang pasti carry mark sem ni takde yang cecah 60+. tak pernah dalam sejarah lagi ni. aisehh... -_-. Tapi okey la dengan ponteng kelas sebulan setengah kan..wahahaa. Nak fikir positif sket, ak da ulangkaji midterm skali ngan final, pakej la kira tu ;).

Macam biasa, semua pakat berusaha mencari dan menelaah... bukan buku dan nota, tapi soalan sem lepas ngan spot Q, termasuklah toyol-toyol yang mula dibela. Dan seperti sem lepas, pensyarah mulai rimas dengan adegan drama mahasiswa mintak tambah markah :P. nampak macam terdesak kan? tapi tak boleh nak salahkan kitorang 100%, mana-mana penuntut Uni lain mungkin rasa dorang dah susah nak dapat A, tapi kitorang nak lulus je kena dapat 75%. nampak tak permainan di situ?

Jangan terkejut kalau GPA kitorang 3.7+ tapi keputusan kesuluruhan gagal. dah lumrah dalam dunia aviasi.

Macam mana pun doakan kitorang yang terbaik okey? insyaAllah~

p/s: sape-sape yang ade spot Q tu kongsi-kongsi la, heheh.