14 June 2013

Final Exam Jan'13: Airlines Economics

Assalamualaikum~
Bismillah~

Errr.... untuk subjek ni, aku pon tak dapat nak nolong. Kalau jenis yang kaki objektif tak pon kaki MCQ, bley la kot stat beli hand exercise grip pastu latih tangan masing2. Kertas ni kalau tak wat karangan tak sah kalau tak sampai dua muka. 



Dek kerana kertas ni dah lama jawab, aku pon dah flush dari otak aku, nak bagi tips pon tak tau. Kertas ni sume esei, bagi pilihan 5 jawab 3....kot. Cara nak belasah kertas ni bukan macam belasah kertas lain, dia mintak penumbuk kita bagi penumbuk je, tak perlu nak baik ati buat promosi mintak penumbuk percuma penampar. Kertas ni, dia mintak jentik tangan, kita kena wat intro dulu... renggang2kan jari, kasi bunyi2 prap prap dulu, baru jentik. Last skali kena wat konklusi, macam karangan masa SPM dulu la kiranya.

Topik yang kuar untuk sem ni, sama la dengan sem-sem sbelomnya ( dah buku sama, putar-putar camtu la soklan dia), yang wajib kuar mesti airlines characteristics. Yang soklan ni, prupprap bagi intro pasal oligopoly, oligo coco bagai, pastu brammmm... senarai die nye karakteristik, ade belas-belas, belasah je brape yang die nak. Yang penting, nak karang tu kena ikut susunan hierraki karakteristik. Hahh... mula la stat hafal wat nama bagai kasi ingat.

Selain tu, topik Capacity Management pon kuar. Topik ni dia pecah jadi anak. Jadi, challange in capacity management tu kena ingat la, siap dengan jenis.. alaaa, yang spillage, spoilage, excess bagai tu. Yang ni pon kene wat karangan penuh, siap intro, isi, konklusi.

Topik Fleet management ni agak tricky.Dia tak tanya direct, dia wat ayat berbunga-bunga sket, macam mana nak dapatkan aircraft. Menggelabah dia nak paham apa yang dia nak. Tengok2 dia nak huraian aircraft selection. Bagi la, sebab-sebab nak pilih aircraft, replacement, capacity growth bagai tu.

Last, topik Network Management, yang ni pandai-pandai la jawab, sebab yang ni aku tak pilih pon. Nak ingat topik-topik sbelum ni pon da azab, nak tambah azab ni plak. Tapi dalam topik ni ada dua subtopik, salah satu dia network design. Haaaaa... yang kuar dalam exam tajuk yang satu lagi, bukan network design nye. Tapi jangan caya sangat, ntah-ntah yang kuar network design, aku pon konpius ngan soklan dia.

Peringatan daripada aku kepada sesape yang baca post ni, sama ada yang sedang menggaru kepala tak paham apa yang aku merepek, ataupun yang tersesat sampai sini sebab nak cari skema soklan lam tenet, kot2 la exam unit simpan skema lam google docs, tak pon yang ketandusan idea tahap 99 tak tau nak wat ape sampai sanggup bace kerapuan ni.. apa yang dipost ni bukan 100% sama ngan soklan yang kuar. Mungkin ada yang tersilap (abes la markah aku camtu), tak pon sengaja disilapkan sebab tak nak bagi korang dapat markah tinggi. Papepun, selamat berjaya dalam apa pon yang korang buat.




This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, sigining out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment