Showing posts with label ALPHA Run II. Show all posts
Showing posts with label ALPHA Run II. Show all posts

24 June 2013

ALPHA Run II: Hari Kejadian

Assalamualaikum~
Bismillah~

YEEEAAAAA........akhirnya, turun la jua berat badan aku 4 kilo hasil dari larian sabtu lalu. Kenape.. tak percaye ye. Pergi dengan semangat yang kental dan harapan dapat medal yang tinggi, kami dua orang pergi ke ALPHA Bangi dihantar oleh pemandu profesional diimport khas dari UPNM,haaha.



Sampai sane, tudia..... bley tahan peserta, mantap bagai. Bley dengar bunyi harapan pecah berderai, wak lu. Dimulai dengan warm up beramai-ramai bersama model jemputan, hahahaa.. sampai jam 0730. Lepas tu, kategori lelaki terbuka ,A ngan JPAM lelaki tertutup, F... -_-' kenape, kenape..... kalau la aku tau ade JPAM tertutup, baek aku masuk yang tu je.Dengan berbunyi nye pistol kapur, maka berluru la orang ramai. Masing-masing tak nak kalah tu, brebut duk depan.

Stengah km pertama, masing-masing satu geng lagi, tak nak berpecah, lebih 1km je, sorang da pecut depan... si Abi Hurairah ni pon.. pecut bukan nak gitau. Aku ngan Robo steady joging lagi. 5 minit pastu, aku toleh belakang, si Robo dah tak nampak batang hidung da. Aku troskan la. Lepas 3km, da sedar da tu yang aku ni ade jantung, haaha. Maka mulalah permainan dia, main gear. Kejap gear tinggi, kejap gear rendah, tapi banyak gear rendah la...hehehehhh.

Masuk 6km, dalam hati asal habis je, hahaha. Pastu, terdengar bunyi orang borak kat blakang..macam kenal je sore tu. Pandang blakang, tengok-tengok cik Azli tengah bersembang ngan tuan dari Cawangan P. Pinang. Heehhmmm, memang tu la sudahnye. Pastu, sampai abes la berjalan citernye, 3 orang, aku, cik Azli, ngan tuan dari P.Pinang.

Memang kami orang no. 1 la, kira dari blakang. Kon pon da simpan da, CP pon da takde orang. Tengah jalan, moto JPAM hon kami, tengok-tengok jurulatih kesayangan Lt. Zarius, tok uban, haha. Sampai tu, orang dah umum pemenang da pon, aku dengan slambe pegi daftar sampai, amek goody penyertaan, sijil pon ok la, dari tak dapat.

Sijil untuk bulan ni, hahhah~

Lepas balun roti, air free bagai, tak sempat nak tunggu cabutan bertuah, tros kol member pastu balik. Tengok-tengok budak ni da melencong pegi Putrajaya da. Citer punye citer, si member aku sorang ni, bertahan 2 km je, pastu sembunyi dalam masjid. haahahaahahahaha........ tak bley blah, jam 0800 da kol kete suh angkut die pegi jalan-jalan.Patot la aku last, orang blakang aku rata-rata patah balik, short cut, rehat dalam masjid bagai, memang aku last la.







Goodi bag yang ke-4 untuk tahun ni, kali ni dari ALPHA~







 Tak dapat gigit medal, gigit sijil pon jadi la~









Sampai rumah memang landing kaw-kaw la. Petang tu nak merayap lagi. Memang sehari tu tak lekat tak rumah la. Tunggu citer pasal merayap kat sungai besi plak.



This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~




Sedikit iklan....
Konpius nak pilih tablet atau ultrabook? kenape tak gabung dua tu je.Nak tau pasal Acer terbaru, klik la gamba bawah ni.



21 June 2013

ALPHA Run II

Assalamualaikum~
Bismillah~





Adalah di sini dimaklumkan bahawa jatuhnya hari jadi larian II ALPHA pada esok, 22 Jun 2013. Mana-mana yang ingin daftar larian ini, lupakan la, tunggu yang akan datang plak ye... sebab tarikh daftar dah tutup. Rilek brader.. steady brader... Dan sape -sape yang belum amek baju, hari ni hari last untuk amek baju serta no. penyertaan.

Tengok gaya, ramai jugak yang join.. bau RM600 pon macam da makin jaoh je, hehehh. Takpe, asalkan semangat kesukarelaan tu ade. Program ni terbuka kepada orang awam, jadi ramai jugak la yang join.

Die ade 5 kategori, lelaki terbuka (12km), senior lelaki (8km), wanita terbuka(8km),pelajar lelaki (6km), dan pelajar wanita (6km). 12km.... biasa la tu kan~ haahaa. Esok mari kita lihat sape yang kene...Nak tau lebih lanjut rujuk kat sini. May the best men win (cam pelik je bunyi nye).



This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~