25 January 2013

Operasi Menyambut VVIP

Assalamualaikum~
Bismillah~




Pagi ini aku dikejutkan dari tidur dengan panggilan arahan dari pihak atasan untuk mengumpul kekuatan anggota bagi menyambut VVIP dari KLIA Ahad ini. Dalam kemamaian aku yang ketika itu berada di rumah kawan aku sejak semalam lagi kerana hal yang penting ( trade Pokemon Black 2 & white 2) dan dengan tak cukup tidur dek hal kritikal semalam ( nak penuhkan pokedex ), aku bergegas ke MIAT untuk menguruskan operasi adhock ni.

Nak cari orang 40x kekuatan di hujung minggu cuti yang panjang dalam masa 2 hari sebelum hari jadi amat memeningkan. Tapi bak kata pepatah/ lagu dinamik- biar putih tulang;

"Patah pujangga,Biar putih tulang.... jangan putih mata... dan kecewa~"

 Hahaha... jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program ni, bolehlah bertemu di sana. Kelebihan mengikuti operasi ni anda dapat baju percuma edisi terhad. Jadi apa tunggu lagi, hahaaahaa. Tempat terhad.

Apapun, harapan pegawai-pegawai di sini dapat memastikan hari jadi nanti berjalan dengan lancar. Lain-lain berita akan diberitahu dari semasa ke semasa.

This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

21 January 2013

Airborne Family Day

Assalamualaikum~
Bismillah~

Buat pertama kali dalam sejarah perkhidmatan aku, Airborne SISPA MIAT dapat menjayakan program family day ataupun water confident di A Famosa Waterpark secara rasmi dan besaran. Kami pergi satu bas nak menawan waterpark hari sabtu lepas. Berbajetkan kewangan tabung tambah duit poket sendiri, kami amek pakej skali ngan lunch+ sukaneka. hahaha, ingatkan games mencabar, rupanya suka suka punya. adeh, harapan yang palsu di situ. tapi takpelah, nak menebus kekecewaan, kami serang hi speed body slide kat situ yang tertinggi di Malaysia, orang katalah, aku tak tahu. 

Tatkala orang lain menyerbu slide bagai, aku menyerbu bufet makan tengah hari. sekali penuh 3 pinggan, nasi, bihun, kek, salad, mashed potato, jelly, bagainya lah. Tipikal budak MIAT, pantang tengok makanan ke bufet ke, wajib serang sampai licin. Nasib tak bley tapau je. Maka keluarlah slogan aku "dietku bermula esok". haha... 

Habis je serang bufet, solat zohor, warm up sikit, terus serang hi speed slide. dah tak kira upgrade sikit sikit, terus naik yang grand. Nak naik tu da 1 azab, kena naik tangga dalam 4 tingkat, sampai atas kembang lubang hidung. Tapi bila dah sampai tu tengok ada peluang gelongsor, aku dah tak fikir panjang dah, duduk pastu terus tolak badan ke depan. sekali turun, tudia..... dah tak beragak gelongsor dia. sekali melayang badan, perut naik atas, jantung terhenti kejap, nak nafas jangan harap la. Automatik tangan aku berfungsi sebagai brake pad. dalam hati... mak ko, nak suruh aku terbang ke ni. sampai je bawah, merah muka. kan dah kena, naik yang santai2 dulu tak nak, terus serang hi speed punya. 

Tapi sekali merasa ketagih pulak.... masing masing nak catat rekod paling banyak, paling jauh, paling laju.aku kat situ je dah 7 kali naik turun. tak kira yamg lain. Rasa nak tukar thrill sket pergi raft slide. Yang tu agak fun sket, easa nak melambung, terpelanting, terbalik, sume ada. Tapi memandangkan mula2 lagi aku dah cuba yang kemuncak, yamg lain aku rasa santai je la. Dalam masa 3 jam lebih tanpa henti aku menyerang slide. satu je aku tak sempat, ombak punya. Dalam jam 1700 aku selesai main pergi kemas barang. Untuk kali terakhir sempat lagi serang hi speed ngan family raft. 








Selesai kemas barang naik bas, semua tewas. Maka bermulalah sesi candid oleh aku. Soramg posing gaya tidur. Kami sampai kat MIAT dalam jam 1930. malam tu belasah nasi goreng USA, kebulur punya pasal.





Lt. M. Kelisa & Lt. M. Zahrul Darius













RMC Boy

 






Mutu
Keunggulan








Gaya

 Hitam nampak kemas






Romeo & Jiwang

 Skuad idaman







Lt. M. Mon
 PKS kanan & Lt. M. Neo

 Habisnya program family day ni bermakna tamatlah masa bergembira dan masa untuk berpusing berputar berdenyut kepala tiba. Program dari peringkat kampus hinga kebangsaan mula menyapa. Siap sedialah.

This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

15 January 2013

Mini 4WD

Assalamualaikum~


maaf sebab senyap membisu... sebenarnya dari isnin lagi nak post, tapi memandangkan tenet kat MIAT main sorok-sorok sampai aku tak jumpa, jadi tergendala sampai sekarang. madah ni dah lama aku karang, jadi atas faktor kemalasan mengedit, 'karya' di berlaku pada hari ahad lepas. k peeps..hahaaaa nak tau mane datang peeps tu baca je sampai abes. cekedout..cengkodok.

nak dijadikan cerita, semalam aku and the gang pergi la merayau kat ampang cari barang sempena promosi jom balik ke kampus!!! (ada ke?). Sampai kat sana kitorang singgah kejap kat tesco. masuk masuk benda pertama kawan aku usha, bahagian alat tulis, aku pulak, terus langkah masuk bahagian mainan... hahahahaaa... nampak tak permainan aku di situ? okey~ usha punya usha.. pastu, jeng3.sssss.. ada barbie doll penuh 1 rak, pink colour... usha lagi, pastu, dup dap dup dap.. ,mataku tertumpu kat satu rak, bawah skali. Ada kete ,ini 4wd!! kete dash tuuu~ apa lagi, aku panggil kawan aku, bawak dia tempat tu, terus angkut 1,letak dalam bakul. Jenama Auldey lagi. Susah nak nak cari tu. hahahaaa.. memang kebudakan betul aku lau bab mini 4wd ni. 

Tapi kan, kalau fikisr balik, budak laki mana yang tak suka kete dash ni.... jangan tipu la, ngaku la koramg dulu kecik2 duk mengadap crite dash yonkuro, tak spon let n go. kete mane fev korang? bagitau sket. aku nye kan, yag kaler merah enjin depan.. rare tu. brocken gigant, dan itulah yang aku angkut tak tesco semalam, dalam kotak lagi ni, tak pasang lagi, sayang plak nak pasang. Patut la aku asyik mimpi pasal model ni je, petanda tu. 



Cun tak model ni?


Aku nak mintak maaf kat kawan aku sorang ni sebab tak bagitau aku pegi beli mini 4wd. ni kebetulan je jumpa. lain kali kita usha kat tempat lain plak, Ou ke? kat sana ada tamiya. ape pin abes je merayau kat tesco Ampang, kitorang pegi sungai wang plak, nak servis nintendo 3ds aku. Ikram, sudah je nintendo aku servis, kita lawan, pokemon sape lagi terer.

 Berbalik kepada topik mini 4wd lagi, malam tu aku ngan kawan satu blok pegi la makan kat fatiehah seafood. Alang alang tu, kitorang singgah kejap tesco nilai beli barang lagi. aku yang da over bajet ni cuci mata je la. Macam petang tadi, aku usha kat bahagian mainan lagi!! tengok tengok, ada je mini 4wd, tapi barai. sume da terburai, cap jing tian ape ntah, tak penah dengar aku. nasib la takde yang dapat diselamatkan, lau ada yang bekenan.... alamatnya over over bajet la aku. hahaha, ngan elaun bulan ni tak dapat lagi. 

Papepun, nanti aku update balik kalau kete ni aku da pasang, nanti bertambah la koleksi kete dash aku, kat umah da ade 3, cap gokey je, janji pandai finishing, lawa lerr.. tapi ni yag paling aku sayang, teringat kenangan silam masa kecik2 dulu, ade jugak kete ni, bangga tu ada kete dash enjin depan. Nak dekat cuti akhir taon, aku and the dash car fan bawak la kete masing masing pegi skola. race dalam kelas punya pasal, alih2 cikgu nampak terus kene rampas... :'( (T_T). Sejak tu aku asyik mengidam je kete ni, cari cari tak jumpa sampai la skarang. Setelah lebih 1 dekad mencari akhirnya.... :') jumpa jugak. Kalah kisah cintan, korang kapel 2 3 taon putus, tengok aku ni, 10 taon lebih aku setia mencari. Patot blaja ngan aku camne nak setia. hahaha. 

k peeps... i wanna log out. tats all from me bout diz mumbo jumbo.. if u wanna read more u gotta pay..hahaaaa. sori sis, mimicing stail anda memang menyeronokkan. kredit untuk nur atiqah. hey peeps... hahahaaa.

This is 2nd. Lt. Hj. Wan ersyad, signing out.


~DREAM TAKES FLIGHT~

13 January 2013

Laporan Medik MSR JAN 2013

Assalamualaikum~
Bismillah~

bertemu kembali kita di rancangan...... freshie spotter!!! yaaaa.... seperti di episod- episod yang lalu, kita di sem jan 2013 akan merawat di samping mengusha freshie - freshie yang mempunyai peluang yang cerah dan bakat terpendam, hahahaa...

apa yang pasti, untuk kali subjek - subjek nampaknya semakin berkurangan, hingga merosot di bawah 150 orang. Aku tak tahu sama ada itu berita baik ataupun berita buruk. Yang jelas ketika itu, tugas kami lebih ketara lapangnya berbandig sem lepas yang bagaikan nak pecah bilik medik dek pelanggan yang ramai. Untuk kali ini, aku hadiahkan satu ucapan tahniah kepada mereka kerana kurang kerenah dan mempunyai antibodi yang kuat (??). 

Walaubagaimanapun, ada la jugak kes - kes yang agak kritikal yang perlu rujukan pakar/doktor bertauliah. setiap sem, mesti ada yang datang bertongkat daftar miat, dan wajib ada yang menjadi pelanggan tetap bilik medik. Terima kasih kerana menjadi pelanggan tetap kami, semoga dapat berjumpa lagi di hari lain :p .

Untuk kali ini, warga airborne SISPA diberi slot untuk mendemokan MK masa sesi fire drill. Nampaknya parking staf dicat putih la kali ni. 

Untuk kali ini, kami mendapat layanan yang lebih baik dam mesra daripada sebelumnya. Rasanya inilah yang kali pertama kami dapat ucapan terima kasih yang kerap dan kali pertama kami di wakenabeb oleh freshie dan OC. hahaah... punyalah emergency siap bawak stretcher, alih-alih kene duk depan... ehek3... 

Dengan jayanya kami berjaya mengharungi detik-detik getir yang penuh dengan ujian dan dugaan hasutan camp bed yang memanggil untuk melabuhkan tirai mata dek kurangnya aksi. selama 5 hari kami mengadap barang-barang medik sambil menghadapi kerenah masing - masing yang tidak kering gusi, dengan tiap orang ada tagline sendiri. Tidak kurang juga cucian mata dengam panorama yang indah dan edisi terhad. heheh.... nampaknya ada yang dah mengena umpannya. Kita tengok sambungan dia pasni pulak. Nikmatilah candid2 yang berjaya dicandid.





ok... nampaknya kita ada sedikit masalah teknikal... tunggu aja updatenya yahhh.


This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

04 January 2013

Medik MSR Jan 2013

Assalamualaikum~
Bismillah~


Tepat pada jam 1735, 4 Januari 2013, aku telah menerima arahan terbaru mengenai status medik MSR UniKL MIAT. Dengan saat-saat akhir menjelangnya hari jadi MSR, Airborne SISPA baru dapat arahan untuk menjaga medik MSR. Jadi terpaksalah aku kuburkan seketika rancangan aku untuk menikmati cuti aku dengan kengkawan yang lain meronda melihat banjir... cehhh. 

Secara logik akalnya lah kan, 2 hari sebelum hari jadi/D-day, tipikal manusia khususnya budak U dah pekakkan telinga butakan mata dorang dah. Aku pun sedikit risau, memandangkan budak MIAT ni aku faham sangat perangai dorang. Aku terus kol rakan setugas aku tanya status kekuatan. Dah 7 orang tawar diri pergi ke barisan hadapan :')... Alhamdulillah, nampaknya anggota kitorang dah mula faham makna tanggungjawab, kesukarelaan. Aku tak patut rendahkan keyakinan aku terhadap anak buah aku. HURRAAHH!!!

Bagi orang luar kalau nak tahu, arahan-arahah macam tu dah menjadi kebiasaan bagi kitorang.. last minute call of duty. Aku pun kadang-kadang dapat jugak darah tinggi duk tahan marah. Lepas tu ada la pulak bunyi-bunyi lalat duk kacau kerja kitorang pulak. Dah benda last minute call, jangan berharap kerja sempurna la.

Apa-apa pun harapkan tugasan kitorang dipermudahkan. Uniform no.4 aku tak basuh lagi selepas kali terakhir guna masa kursus KD. Setakat ni tu je lah berita mengenai MSR Jan 2013. Lain-lain perkembangan akan aku kemaskini nanti.


heheheh~

Tribut kepada PKS Ubaidillah;

Orang tengah bercuti sekarang, dia sedang bertugas di Rantau Panjang bagi operasi banjir. Orang nak bagi elaun dia tolak. Ubai, aku sebagai pegawai kau, sebagai rakan kau tabik spring kat kau. Lain kali aku join sekaki. jumpa di Baywatch PCB..hahahaa~ (kalau dapat)

 This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~