13 January 2013

Laporan Medik MSR JAN 2013

Assalamualaikum~
Bismillah~

bertemu kembali kita di rancangan...... freshie spotter!!! yaaaa.... seperti di episod- episod yang lalu, kita di sem jan 2013 akan merawat di samping mengusha freshie - freshie yang mempunyai peluang yang cerah dan bakat terpendam, hahahaa...

apa yang pasti, untuk kali subjek - subjek nampaknya semakin berkurangan, hingga merosot di bawah 150 orang. Aku tak tahu sama ada itu berita baik ataupun berita buruk. Yang jelas ketika itu, tugas kami lebih ketara lapangnya berbandig sem lepas yang bagaikan nak pecah bilik medik dek pelanggan yang ramai. Untuk kali ini, aku hadiahkan satu ucapan tahniah kepada mereka kerana kurang kerenah dan mempunyai antibodi yang kuat (??). 

Walaubagaimanapun, ada la jugak kes - kes yang agak kritikal yang perlu rujukan pakar/doktor bertauliah. setiap sem, mesti ada yang datang bertongkat daftar miat, dan wajib ada yang menjadi pelanggan tetap bilik medik. Terima kasih kerana menjadi pelanggan tetap kami, semoga dapat berjumpa lagi di hari lain :p .

Untuk kali ini, warga airborne SISPA diberi slot untuk mendemokan MK masa sesi fire drill. Nampaknya parking staf dicat putih la kali ni. 

Untuk kali ini, kami mendapat layanan yang lebih baik dam mesra daripada sebelumnya. Rasanya inilah yang kali pertama kami dapat ucapan terima kasih yang kerap dan kali pertama kami di wakenabeb oleh freshie dan OC. hahaah... punyalah emergency siap bawak stretcher, alih-alih kene duk depan... ehek3... 

Dengan jayanya kami berjaya mengharungi detik-detik getir yang penuh dengan ujian dan dugaan hasutan camp bed yang memanggil untuk melabuhkan tirai mata dek kurangnya aksi. selama 5 hari kami mengadap barang-barang medik sambil menghadapi kerenah masing - masing yang tidak kering gusi, dengan tiap orang ada tagline sendiri. Tidak kurang juga cucian mata dengam panorama yang indah dan edisi terhad. heheh.... nampaknya ada yang dah mengena umpannya. Kita tengok sambungan dia pasni pulak. Nikmatilah candid2 yang berjaya dicandid.





ok... nampaknya kita ada sedikit masalah teknikal... tunggu aja updatenya yahhh.


This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment