04 January 2013

Medik MSR Jan 2013

Assalamualaikum~
Bismillah~


Tepat pada jam 1735, 4 Januari 2013, aku telah menerima arahan terbaru mengenai status medik MSR UniKL MIAT. Dengan saat-saat akhir menjelangnya hari jadi MSR, Airborne SISPA baru dapat arahan untuk menjaga medik MSR. Jadi terpaksalah aku kuburkan seketika rancangan aku untuk menikmati cuti aku dengan kengkawan yang lain meronda melihat banjir... cehhh. 

Secara logik akalnya lah kan, 2 hari sebelum hari jadi/D-day, tipikal manusia khususnya budak U dah pekakkan telinga butakan mata dorang dah. Aku pun sedikit risau, memandangkan budak MIAT ni aku faham sangat perangai dorang. Aku terus kol rakan setugas aku tanya status kekuatan. Dah 7 orang tawar diri pergi ke barisan hadapan :')... Alhamdulillah, nampaknya anggota kitorang dah mula faham makna tanggungjawab, kesukarelaan. Aku tak patut rendahkan keyakinan aku terhadap anak buah aku. HURRAAHH!!!

Bagi orang luar kalau nak tahu, arahan-arahah macam tu dah menjadi kebiasaan bagi kitorang.. last minute call of duty. Aku pun kadang-kadang dapat jugak darah tinggi duk tahan marah. Lepas tu ada la pulak bunyi-bunyi lalat duk kacau kerja kitorang pulak. Dah benda last minute call, jangan berharap kerja sempurna la.

Apa-apa pun harapkan tugasan kitorang dipermudahkan. Uniform no.4 aku tak basuh lagi selepas kali terakhir guna masa kursus KD. Setakat ni tu je lah berita mengenai MSR Jan 2013. Lain-lain perkembangan akan aku kemaskini nanti.


heheheh~

Tribut kepada PKS Ubaidillah;

Orang tengah bercuti sekarang, dia sedang bertugas di Rantau Panjang bagi operasi banjir. Orang nak bagi elaun dia tolak. Ubai, aku sebagai pegawai kau, sebagai rakan kau tabik spring kat kau. Lain kali aku join sekaki. jumpa di Baywatch PCB..hahahaa~ (kalau dapat)

 This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment