26 December 2012

Salamku Terbakar

Assalamualaikum~
Bismillah~

Pasir Pekan,24 Disember - Pada jam 0430 waktu tempatan, penduduk setempat di Pasir Pekan yang dibuai mimpi dikejutkan dengan kejadian kebakaran yang paling teruk pernah berlaku di kawasan tersebut. Sebuah pasaraya telah terbabit dalam kejadian kebakaran dan mengalami kemusnahan keseluruhan infrastruktur bangunan tersebut. Menurut saksi, bangunan tersebut tidak dapat diselamatkan akibat api terlalu marak dan angin kencang memburukkan lagi keadaan.

Berita selanjutnya>>>

hahhahaha...ada gaya berita akhbar tak? Maaf la, berita lambat kemaskini, kesibukan melanda (sibuk dengan Pokemon White 2 :P ). Seperti yang dinyata kat atas, pasaraya Salamku dekat dengan rumah aku terbakar, puncanya masih tak dipastikan lagi. Spekulasinya litar pintas akibat musim tengkujuh. Dah hilang 1 tempat bekalan susu bagi aku, dan hilang 1 punca pendapatan orang kampung aku. Tapi dah takdir nak buat macam mana. 

Mujur takde kasualti. Rumah sekeliling bangunan tu pun tak terjejas. Tapi bley nampak kesan bahang api tu dekat pagar rumah belakang pasaraya. Agak teruk jugak la kebakaran tu, sampai bumbung pun bley runtuh. Nasib baik musim hujan, tapi tadi aku pegi usha, ada lagi bara api yang tak padam. Bomba hari tu pun dari jam 0430 sampai lepas zohor duk kat tempat kejadian.

Akibat dah hilang tempat beli barangan dapur, terpaksa la aku sekeluarga pegi kompleks beli belah seberang sungai,yakni KBMall nak tambah stok dapur (dan susu segar aku). Apa yang aku perasan, KBMall jadi ramai yang aneh,terutama kat bahagian barangan asasi. Cehhh.... brape kali beratur kene tukar lane sebab cashier rehat. last-last dah malas nak beratur tinggal camtu je troli. Selamat tinggal susuku~ T_T. 

Macam mana pun takziah kepada mana-mana pihak yang terbabit dengan kejadian kebakaran tu. aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua tu. Semoga tiada lagi musibah sebegini melanda lagi.

P/S : Kat kampung aku tak banjir, jadi sape-sape nak datang silalah~


This is 2nd. Lieutenant Hj. Wan Ersyad,signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment