26 December 2012

Kursus Kecederaan Domestik

Assalamulaikum~
Bismillah~

macam yang dijanjikan kat post yang lepas, warga Airborne SISPA dengan jayanya menghadiri kursus KD selama 5 hari pada 16-20 Disember. orang lain sibuk packing barang nak balik, kitorang sibuk packing uniform nak pegi menyahut semboyan..hahah. Kekuatan anggota seramai 27 orang termasuk pengiring telah menyahut semboyan ke PULAPAU, 27 orang yang terbaik dari yang terbaik.

pada jam 0740 kami bertolak dari MIAT ke PUSPADA, Klang untuk pertukaran pengangkutan dan... jeng3... bas yang di minta, trak 3 tan yang diberi, furlohh!!!!. Dengan muka tak ikhlas, kami seramai 25 orang bergerak ke PULAPAU, Baling dengan trak 3 tan A.K.A Handalan, gempak tak? Tentera pun rasanya tak sanggup nak terperap dalam 3 tan selama 9 jam dari Klang ke Baling. Tapi pada jam 1815 kami telah berjaya mencipta rekod kembara 3 tan dari Klang ke Baling. AIRBORNE.... SISPA!!!!!hurrrahhh~ walaupun akhir-akhir perjalanan kami da tahap mabuk ikan dalam plastik berkocak sebab hujan, jadi kena turunkan kanvas, apa-apa pun kami berjaya mengharungi cabaran yang besar.




 







 sempat bergayut dalam 3 tan, ciri-ciri seorang airborne sispa






















 Lena tidoq~











Sepanjang kursus kami kat sana, jurulatih yang sudi berpenat lelah melatih kami tak lain tak bukan Lt. M. (PA) Jahaya, ketua sekolah medik PULAPAU. Kalau nak tahu , beliau jugaklah yang melatih aku masa kursus BTLS tahun lepas. Dah naik pangkat dah. Jurulatih lain adalah Staf Muda Hanif dengan jurulatih luar Cik Azizah, atau nama panggilan cik Azie. Mereka dengan sabarnya melatih kami mengenai CPR, choking, luka dan pendarahan dan balutan. Kami memang bertuah dapat tunjuk ajar daripada beliau-beliau. 



KD ni tak susah sebenarnya, bagi aku la yang dah lepas BTLS. Kebanyakan silibus KD asas kepada rawatan awal. CPR KD guna protokol DRCAB, iaitu danger, response, compression, airway, breathing. Kaedah ni digunakan khas untuk penyelamat awam keran ia lebih mudah dan cepat berbanding protokol DRABC. Kalau sape-sape nak belajar bergurulah dengan aku..hahaah ;P. Choking macam biasa, untuk orang dewasa,kanak-kanak, dan bayi. Bagi balutan, ianya amat mudah dan betul-betul asas. 












 Terchocking









































Duta Ambulans kelas C

Okey, pelajaran kami berjalan lancar selama 3 hari dan pada 19 Disember, hari jadi telah tiba, hari yang membuat kitorang terkumat kamit membaca jampi serapah, ujian praktikal dengan bertulis. heheheh~ Masing-masing melekat dengan nota, exam lagi... orang lain dah abes final, kitorang ada lagi 1 subjek, medik plak tu. Bagaimana pun, ujian berjalan dengan lancar dan habis awal dari jadual. Jadi malam tu, kitorang dengan amannya bersantai di sunway legong, viva hot spring... ringan kepala sket... hahaha. 












 Merapu semasa hari ujian














Hari terakhir, masa untuk majlis penutup dan masa yang ditunggu sume orang, penentuan the best player award...hahaahaa. punyalah praktis untuk majlis penutup, alih-alih sume orang besar takde. Apa lagi, sume gelak sakan la dalam dewan, jadi majlis santai. Haaahahaa~ Masa anugerah the best player ataupun nama rasminya peserta terbaik memang tak bley blah. Staf punya la nak umum, ngan budak-budak ni menjerit nama Zahrul Darius... tetibe... MC umum 

"pemenang anugerah peserta terbaik adalah............. Haji Wan Ahmad Ersyad~~"

Aku yang kusyuk menatap Tab buat kerja terkaku, biar betul. Haahahahaa, ak yang dalam kepala dah set tak dapat sebab kantoi praktikal tetibe dipanggil. Hurrrahhh, terharu di situ. 


Sekali dapat 3 hadiah, kui3


Rezeki, tak siapa bley duga. Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak PULAPAU dan Cik Azie kerana menaja hadiah saya,tak lupa juga kepada yang telah banyak membantu saya.... hahahaa.

Nasib baik la masa balik kami dapat bas MIAT. fuhhh~ lena tidoq. Begitulah cerita ceritun kami semasa kursus KD. "Memandang ke hadapan" untuk kursus RAM pulak,pastu TOT. Jadi jurulatih medik skali..heheh. Dapat kombat medik lagi bagus. 

Lain-lain berita tiada itu sahaja, roger and out.

This is 2nd. Lieutenant Hj. Wan Ersyad, signing out.


~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment