06 March 2016

Jelajah Scotland: Glasgow

Assalamualaikum~
Bismillah~

Bulan ni dah masuk bulan Mac, maknanya Cuti Easter dah dekat!!!! ohsemm!!!! Cop... tapi sekarang dissertation,lagipun..... *buka akaun bank* ok, kembara jiwa aja la jawabnya. 

Bila sentuh bab merantau/melancong ni, terkenang zaman sekolah semasa dalam kelas bila cikgu suruh buat kerja sendiri, masing-masing mula buka cerita keluarga masing-masing. 

"abang aku yang belaja obersi time raya dia tak balik, dia pegi travel europe" 
"abang aku kt Mesir pon pegi europe cuti2, dia cakap balik Malaysia lagi mahal"

Dalam hati ni, banyak betol duit melancong cuti2. Taknak balik kampung ke? dapat duit saku ayah bagi. Begitulah persoalan aku dari kecik lagi. Tapi bila dah matang, dah jauh di negeri orang, baru aku faham punca-punca geng-geng obersi rela tak balik. Sebab alang-alang dah kena campak kat tempat orang, baik jelajah betul-betul. Nanti balik tak dapat dah pergi Paris, Brussel, Amsterdam £50. Paling gempak pon pergi Semenyih Eco World je sambil berangan kat Holland. 

Jadi, untuk tidak kalah dengan rakan satu batch yang bercuti di kawasan tinggi Scotland main Snowboard, aku dengan kawan berbajet rendah rancang la kembara jimat Scotland naik bas, train transit sana-sini berbekalkan bajet bawah £100 (guna tak sampai £70 pon). 

Cakap pasal Scotland ni mesti ramai terbayang orang cakap BI sepatah haram tak boleh angkap, pakai skirt, besar-besar ala-ala filem Braveheart. Itu la kalau nak tahu orang Celtic, boleh baca pasal benda ni kat entri sebelum ni - Mari Mengenal United Kingdom. Disebabkan Scotland ni negara, jadi tak dapatlah nak jejak semua 'negeri-negeri' dia dengan bajet £100. Entri kali ni sentuh Glasgow dulu ye, lain kali sentuh tempat lain pulak.