25 January 2013

Operasi Menyambut VVIP

Assalamualaikum~
Bismillah~




Pagi ini aku dikejutkan dari tidur dengan panggilan arahan dari pihak atasan untuk mengumpul kekuatan anggota bagi menyambut VVIP dari KLIA Ahad ini. Dalam kemamaian aku yang ketika itu berada di rumah kawan aku sejak semalam lagi kerana hal yang penting ( trade Pokemon Black 2 & white 2) dan dengan tak cukup tidur dek hal kritikal semalam ( nak penuhkan pokedex ), aku bergegas ke MIAT untuk menguruskan operasi adhock ni.

Nak cari orang 40x kekuatan di hujung minggu cuti yang panjang dalam masa 2 hari sebelum hari jadi amat memeningkan. Tapi bak kata pepatah/ lagu dinamik- biar putih tulang;

"Patah pujangga,Biar putih tulang.... jangan putih mata... dan kecewa~"

 Hahaha... jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program ni, bolehlah bertemu di sana. Kelebihan mengikuti operasi ni anda dapat baju percuma edisi terhad. Jadi apa tunggu lagi, hahaaahaa. Tempat terhad.

Apapun, harapan pegawai-pegawai di sini dapat memastikan hari jadi nanti berjalan dengan lancar. Lain-lain berita akan diberitahu dari semasa ke semasa.

This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment