21 January 2013

Airborne Family Day

Assalamualaikum~
Bismillah~

Buat pertama kali dalam sejarah perkhidmatan aku, Airborne SISPA MIAT dapat menjayakan program family day ataupun water confident di A Famosa Waterpark secara rasmi dan besaran. Kami pergi satu bas nak menawan waterpark hari sabtu lepas. Berbajetkan kewangan tabung tambah duit poket sendiri, kami amek pakej skali ngan lunch+ sukaneka. hahaha, ingatkan games mencabar, rupanya suka suka punya. adeh, harapan yang palsu di situ. tapi takpelah, nak menebus kekecewaan, kami serang hi speed body slide kat situ yang tertinggi di Malaysia, orang katalah, aku tak tahu. 

Tatkala orang lain menyerbu slide bagai, aku menyerbu bufet makan tengah hari. sekali penuh 3 pinggan, nasi, bihun, kek, salad, mashed potato, jelly, bagainya lah. Tipikal budak MIAT, pantang tengok makanan ke bufet ke, wajib serang sampai licin. Nasib tak bley tapau je. Maka keluarlah slogan aku "dietku bermula esok". haha... 

Habis je serang bufet, solat zohor, warm up sikit, terus serang hi speed slide. dah tak kira upgrade sikit sikit, terus naik yang grand. Nak naik tu da 1 azab, kena naik tangga dalam 4 tingkat, sampai atas kembang lubang hidung. Tapi bila dah sampai tu tengok ada peluang gelongsor, aku dah tak fikir panjang dah, duduk pastu terus tolak badan ke depan. sekali turun, tudia..... dah tak beragak gelongsor dia. sekali melayang badan, perut naik atas, jantung terhenti kejap, nak nafas jangan harap la. Automatik tangan aku berfungsi sebagai brake pad. dalam hati... mak ko, nak suruh aku terbang ke ni. sampai je bawah, merah muka. kan dah kena, naik yang santai2 dulu tak nak, terus serang hi speed punya. 

Tapi sekali merasa ketagih pulak.... masing masing nak catat rekod paling banyak, paling jauh, paling laju.aku kat situ je dah 7 kali naik turun. tak kira yamg lain. Rasa nak tukar thrill sket pergi raft slide. Yang tu agak fun sket, easa nak melambung, terpelanting, terbalik, sume ada. Tapi memandangkan mula2 lagi aku dah cuba yang kemuncak, yamg lain aku rasa santai je la. Dalam masa 3 jam lebih tanpa henti aku menyerang slide. satu je aku tak sempat, ombak punya. Dalam jam 1700 aku selesai main pergi kemas barang. Untuk kali terakhir sempat lagi serang hi speed ngan family raft. 








Selesai kemas barang naik bas, semua tewas. Maka bermulalah sesi candid oleh aku. Soramg posing gaya tidur. Kami sampai kat MIAT dalam jam 1930. malam tu belasah nasi goreng USA, kebulur punya pasal.





Lt. M. Kelisa & Lt. M. Zahrul Darius













RMC Boy

 






Mutu
Keunggulan








Gaya

 Hitam nampak kemas






Romeo & Jiwang

 Skuad idaman







Lt. M. Mon
 PKS kanan & Lt. M. Neo

 Habisnya program family day ni bermakna tamatlah masa bergembira dan masa untuk berpusing berputar berdenyut kepala tiba. Program dari peringkat kampus hinga kebangsaan mula menyapa. Siap sedialah.

This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment