15 December 2012

Final Exam : Day Finale

Assalamualaikum~
Bismillah~


sedar tak sedar da abes da final, alhamdulillah. 2 minggu memerah otak dan mengatur strategi, mencari intel pasal final (biar pun 60% intel tak betul) akhirnya tiba masa yang ditunggu, perasaan abes final..wohoo!!! jadi ni adalah post yang terakhir berkenaan final exam bagi sesi Julai 2012 la, sem depan insyaAllah akan post jugak kalau kerajinan melanda ;P. 

Jadi tak nak karang panjang-panjang, kita straight to the point je. Post kali ni berkenaan kertas Electronic Instrument System, EIS. Kelebihan kertas ni, soalan dia MCQ, 50 soalan, kalau dapat buat revision dan masuk dalam exam. Yang tak bagusnya soalan MCQ ni, tak bley nak goreng, betul dan salah je pilihan dia. Takde markah bonus untuk ulasan munasabah. Kena pulak buat revision soalan lepas, masuk bilik periksa, tengok-tengok brape kerat je yang kena.

Nak dijadikan cerita, kertas EIS guna set C, maknanya banyak soalan yang tak pernah keluar sebelum ni. Kebanyakan soalan 15 pertama berkenaan ESD dan EM. Tak pernah tengok soalan yang keluar. Nak lebih thrill lagi soalan pasal ECAM ngan EFIS. Pehh, memang kena baca betul-betul nota tu. Dia punya pilihan jawapan pulak, ABDC, 4 pilihan. Maknanya, hanya 25% peluang untuk betul kalau tembak.


EFIS-Electronic Flight Instrument System


Nasihat aku untuk kertas ni, mengadap la nota lama-lama. Hafal dia punya function ngan identification. Aku nak bagi tips pun amat susah. Intel yang aku dapat pulak ramai yang gagal kertas ni kali ni.

Setakat tu je pasal EIS, maka dengan ini tamat la ulasan-ulasan serta tips untuk final exam sesi Julai 2012. Selamat bercuti kepada diri aku sendiri walaupun terpaksa pergi kursus medik untuk kerjaya aku.. dan lagi ujian menunggu di sana. Pasal kursus ni aku akan cerita lain kali, tunggu je.

p/s: Lepas final kawan aku dah janji ngan aku pegi angkut Nintendo 3DS, Pokemon punya pasal la ni.

This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment