15 December 2012

Bakar Fulus Selepas Final

Assalamualaikum~
Bismillah~

heeemmmmmmmmmm~ lepas final ni ringan kepala. Jadi masa yang sesuai nak tunaikan hajat aku sekian lama, sebelum pegi haji lagi, hajat nak beli smart phone ngan Nintendo 3DS. Alang-alang nak abeskan elaun yang tak guna 3 bulan sebab pegi haji. heheh :)

Petang jumaat tadi seperti yang dijanjikan ngan sahabat aku 3 bulan lepas, aku and the gang berlima terus shoot pegi lowyat ngan sungei wang beli Nintendo 3DS!!! pehhhh, sampai-sampai je terus pegi cari kedai game konsol. Cari punya cari tak jumpa, agak hampa di situ. Kawan aku gitau dulu kat sungei wang kedai game ni blambak, tapi pusing punya pusing tak jumpa kedai besar. Ada pun yang gerai kecik tepi lorong, tu pun ada cam takde je 3DS. Catridge game pon takde. 

Dengan hati redha, aku pon pegi usha Samsung Galaxy Tab 2. Pegi dia punya official center dulu, check harga, dalam bajet lagi la. Tapi apa yang aku kureng ngan tab ni takde S pen. Aku ni banyak keje guna catatan, malas la nak junjung buku ni. Meeting sana-sini, beli smart phone ok gak. Niat di hati nak pilih galaxy note, tapi atas dasar nasihat kawan yang lebih pakar, pilih tab 2. usha punya usha kat kedai, jumpe kedai yang offer harga lawa sket. Sbenarnya aku ni jenis kurang caye ngan kedai elektronik tepi jalan ni. Aku lebih prefer beli kat outlet rasmi biar la mahal sket pun. Tapi da jumpe kedai ni, angkat terus la. kaler putih tu~ ada kelas. Tapi yang hampeh nya tak sedar pulak charger dia kepala tak sama ngan soket Malaysia, T_T. Kene pegi cari adapter. Tu la, da tau diri jahil bab elektronik ni sombong nak beli tab, kan da kene. Takpe la kan, janji bley gune. 









Smart kan kaler putih ni, bayangkan aku pakai jubah putih bimbit tab putih. Naseb kulit je terbakar.










Tab 2 da angkat, da solat, pegi la KFC nak isi perut. tengah jalan jumpa kedai game yang jual 3DS skali ngan catridge. Epi dia fuhhh, tercapai gak hajat. abes je makan, solat maghrib, cucuk jap pastu singgah kedai tu. Sembang-sembang ada stok 3DS XL je. Plan nak 3DS, tapi da camni, tengok XL pon tak besa sangat, XL pon XL la. Tawar punya tawar dapat la sweet deal. Aku ngan sahabat aku angkut 2 3DS XL, 2 game Pokemon, tambah screen ptrotector. Nak sepadan punya pasal, aku pilih kaler merah, dia pilih biru, aku pokemon white 2, dia pokemon black 2. cehh~ . Balik muka senyum je. Tab 2 yang baru beli dah tak hirau dah. Lain kali aku upload gamba tab ngan 3ds aku, tak sempat nak amek.






Bincang punya bincang,aku  pilih merah, Ikram pilih biru














Cam lagi lawa white & black yang lama je












Rasanya tu la kali pertama blanja sakan, beribu jugak abes. Tapi nak pakai gak kan, bukan buat hiasan. Lagi pun bukan selalu aku beli elektronik ni. Enset pon nokia itam putih. ok la tu. Lepas ni ada rezeki lebih nak tukar laptop pulak la, Alienware M15x. ;P. 


Soon,you will be mine~


p/s : aku da jadi komuniti nintendo!!! sape mau trade pokemon ngan aku?

This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

4 comments :

  1. Salam, nak tanya, berapa awak beli konsol 3ds xl tu & boleh tak recommend kedai dia kat ne? Tq =)

    ReplyDelete
  2. dalam RM750+ jugak la, tak ingat,sebab beli set, dpt murah la sket :)
    kedai yang jadi "sasaran" tu kat sg. wang ;play on ent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius RM750? Aku br beli Jumaat lepas, RM1080.. *Nanges~~

      Delete
    2. beli yang limited edition nye ke ape tu? jnis yang skali ngan katrij mmg x bragak gak la rege die.

      Delete