13 December 2012

Final Exam : Day 3 Part 2

Assalamualaikum~

Seperti yang dijanjikan pada post sebelumnya, topik kali ni berkenaan kertas Mechanic of Materials. Biarpun kertas ni dijawab pada Isnin yang lepas :P , anggap la ia baru dijawab ok? heheh. BTW, alhamdulillah kertas ni dapat dijawab dengan tenang dan kusyuk, tanpa tersenyum pasrah ataupun menggaru kepala. Sedikit info pasal subjek ni, MOM sebenarnya mengenai kiraan kekuatan mekanik dalam sesuatu struktur dan rekaan. Ia juga berkait dengan subjek Computer Aided Engineering (CAE) tapi lebih kepada analisis teoritikal berbanding CAE yang menggunakan perisian komputer. Ia juga salah satu cabang stress engineering (memang stress yang nyata) dan amat berguna bagi sesiapa yang fokuskan bidangnya dalam designer dan stress engineer. Sesiapa yang genius dalam matematik dan pandai putar belit persamaan ada harapan cerah dalam menguasai subjek ini. Sesiapa yang mahir dalam Fizik gunaan juga wajib menguasai subjek ini.

okey... sedikit iklan di situ, MOM ni kalau skali pandang memang konpuyus, tapi masuk akal la kalau faham. Aku pon minat subjek ni walaupun carry mark aku yang paling rendah dalam kelas..hhaahaa~ . Nasib la aku bukan major dalam designing.

Untuk kertas peperiksaan MOM, takde MCQ, sume kiraan dan definisi. Nak tak nak, raifal kene tinggal kat rumah. Untuk struktur kertas ni, die ada 5 soalan jawab sume. Masa die bagi dalam 2 jam. Kalkulator wajib ada kalau otak bukan jenis aritmatik.

Untuk soalan pertama, pengiraan die berkenaan normal stress bagi beam. Yang ni paling asas, tak dapat buat tak tau la. Nak buat dalam cara finite element analysis pon boleh tapi tu takde dalam silibus la. subsoalan kedua berkenaan definisi Young Modulus. Tahu persamaan die tahu la nak jawab.






Young Modulus/modulus of elasticity berdasarkan Diagram ni










Soalan kedua pasal member of forces/ equilibrium forces. Yang ni kene lakar free body diagram kalau nak dapat markah lebih. lepas tu die bagi safety factor dan suruh cari allowable stress untuk SF tersebut. tak dapat cari stress yang part A, tak dapat la jawab part B. Nampak tak permainan dia tu?

Soalan ketiga masuk topik shear. Ada gambar pin dan rod skali dengan G, jenis logam bagai. Pandai-pandai la guna persamaan.Kena cari max stress rasanya. Lepas tu cari allowable stress lagi skali!!! aisehh...

Soalan keempat dia bagi topik torque bending. Yang ni kena substitute banyak persamaan. Cari J lepas tu cari T. Ada dua persamaan untuk J yang boleh diguna, pertama yang guna length dan yang kedua yang guna power/rpm. Nak mudah putar je persamaan tu, derivative method.

Soalan kelima pasal moment of inertia in bending/bending moment. Yang ni agak senang kalau tahu persamaan dia. agak Straight forward. Walaubagaimanapun kena berhati-hati kalau tak nak salah kira. nahas nanti (amaran ni). sub die pulak pasal hubungan moment of inertia, dengan M dan section modulus. Persamaan dah bagi, cuma huraikan je.




Saja nak wat korang pening sket~








Setakat tu jelah bagi MOM. Nak lebih kene bayar. Tunggu kemaskini untuk kertas CAE pulak ok~ 4 down 2 to go!!

This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing off.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment