11 January 2014

Program Seminar Kebangsaan Kor SISPA Kali Ke-2 2013 Bahagian 1

Assalamualaikum~
Bismillah~

Setelah 4 purnama menyepi, kini hamba kembali lagi.. chewahhh. Kali ni entri dimulakan dengan salah satu cerita yang telah lama tertangguh untuk diterbitkan, hmmmm... banyak la yg nak kene taip ni. Entri ni berkenaan Seminar Kebangsaan Kor SISPA Kali Ke-2 di mana UniKL MIAT telah diberi amanah untuk menjadi tuan rumah, TvT (muka reda).  

Dengan kekuatan anggota yang tak seberapa, tak sampai 1 kompeni pon, masing-masing diberi tugasan serta bahagian. Disebabkan aku ni sinonim dengan ketegasan (?) dan regimental training serta bajet tahu tentang tatatertib, aku dengan paksa pasrah memegang bahagian protokol. Maka, dengan kuasa yang ada, aku memilih orang kuat dan berkaliber masuk dalam bahagian aku, iaitu Lt. M. Kenari, PKS Pidabaliu, serta PKS Avio. 

Nak dijadikan cerita, hari jadi seminar jatuh tak sampai seminggu lepas final exam, jadi.. boleh la bayang azab dia macam mana. wakakakaa, dengan tesis yang perlu dijilidkan lagi. Tapi, alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancangkan. 

Mesyuarat Pegawai Airborne SISPA



Mesyuarat di kala malam, Hassan Seafood tak buka.... nasib





Grup Intel (ntah-ntah duk online)




Tim logistik dengan balutan hadiahnya

Bahagian Makanan dan Jamuan




Skuad Penginapan dengan Bantalnya




 Bahagian seketeriat tak rasmi (tak wujud pon)







"Ni la namanya kerja berpasukan" kata Lt. M. MAH sambil memegang kotak

Dumdam Dumdam, sampai la hari jadi di mana kusangka panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang. Petang masa pendaftaran jugak la hujan nak turun, dah takdir dia nak buat macam mana. Tapi nasib baik kejap je. Paling kesian bahagian pendaftaran, dengan kekuatan hanya tiga empat kerat, nak uruskan penginapan lagi, Bahagian aku nak tak nak kena uruskan persiapan untuk majlis perasmian esok hari di dewan, pon ketandusan kekuatan. Maka, yang tu lah jadi tukang buka pintu, yang tu la jugak pengiring, dan dengan aku skali jadi pak cik cleaner, memang multitasking. 

Hari J +1, hari yang havoc bagi bagi bahagian protokol, mana tak nya orang tak cukup. Tapi, aku secara jujur bangga dengan anggota-anggota aku, sebab sorang anggota aku persamaan 10 kekuatan. Kualiti menewaskan kuantiti. Tak sia-sia aku latih mereka, muahaahahaaaaa... bajet. Meh kita cuci mata pada hari J +1..


Lt. M. Kumbang dengan kameranya - lihat pakar buat dengan cara sebenar





Unit Teknikal- dari kiri duduk
 Lt. M.  Neo, Lt. M. Saiko
Unit Publisiti- dari kanan
Lt. M. Darius
Unit Import- berdiri
Lt. M. Keunggulan




 Lt. M. Ustaz Darius- title baru
Orang penting merangkap sensei aku






Majlis sedang berlangsung





Bila lagi boleh jadi pengiring (nape baju aku makin kecik??)




Kusyuk~





 Salah seorang tunjang utama Airborne SISPA

 Ketibaan VVIP - okey, aku memerlukan seragam baru.

Ada banyak lagi posing-posing yang elegan dari peserta juga urusetia, sila la cari kat laman sosial Urusetia, mesti ada yang muatnaik. Ni pon aku curi dari FB Lt. M. Tango Uniform. Selamat mencari.
Untuk Dinner dan Hari J +2 aku post yang lain. Tak larat dan malas melanda diriku.

Semoga terhibur.. kalau lambat timbul entri lain tu, maaf dipinta terdahulu. heheheheee~
 Sekian untuk masa ini.


Di sini Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

3 comments :