23 January 2014

On Job Training D'APFT

Assalamualaikum~
Bismillah~

Haaaaaa... da masuk ari ke-3 da hari ini (selasa 21 Jan 2014) aku berojeti di kampung halaman. Hehh, plannya nak post smalam tp x sempat. Nak online pon tak sempat-sempat aihhh skarang. 

Epiefti, hari mula-mula tu agak konpuyus sikit sebab aku tak ingat tempat die da ubah lokasi. Ingatkan tempat lama, nyaris-nyaris nak lalu sekuriti airport. Tengok-tengok tempat baru ujung airport, terasing dengan kompleks airport. takde transport menangis la oiiii.... Mana tak nye, nak masuk kene amek pas keselamatan kat kompleks, pastu nak kene pegi hangar yang ujung landasan.

Nak dijadikan cerita hari pertama ayah yang hantar sebab dia nak guna kete, so merempat la aku dalam hangar tak keluar rehat. Nasib baik ada technician yang baik-baik bagi tumpang keluar makan tengah hari. Kat sini hampir separuh techician bekas penuntut MIAT. Senior...... selamat aku oiiiii, majoriti aku kenal. Takde la awkward sangat. Dan ada ground handler sorang bekas MIAT juga bekas anggota Airborne SISPA. :D.. Hahahaa.... dapat la borak-borak dengan dia masa rehat.

Hari pertama juga la kitorang bertujuh da ada tugas masing-masing. Aku dengan sorang lagi junior, juga anggota Airborne SISPA dapat tugas kat bahagian maintenance. Jadi, hari tu jugak la aku da mula pegang skru drebar wat keje. muahahhaa. Kawan aku yang OJT kat lain rata-rata masih dalam proses briefing, aku da mula buat keje. Aku kesian ngan orang yang kene jadi ground handler je, berjemur, kua3. Lagi kesian bahagian QA, duk baca SOP je keje, macam blaja balik.

 mangsa aku yang pertama,bukak panel

Ini la dunia aku sekarang, mana ear muff!!?? tak tahan azab bunyi

Satu je aku tak terlepas pandang... ear muff. Adoi, dengan bunyi a/c mendarat ngan berlepas. Tapi, tak sama azab ngan kawan-kawan kat MAS, dorang lagi azab. Sini paling teruk heli westar je yang sampai. Untuk hari pertama okey la, bukak panel-panel je, bahagian airframe. Tapi bab ATA Chapter aku fail sket, ingat sket je. Sape yang ingat sume oiiii, memang gempak la. Lubricate sana sini.

Sini ada 2 jenis a/c, piper ngan diamond. Piper ade 3 model, Warrior II, III, ngan twin engine, Seneca. Diamond plak 2 model, Diamond Star ngan twin engine, Twin Star. Setakat ni, paling senang nak maintain Piper sebab design die ringkas, analog, tak banyak elektronik.


 



Ni la Twin Star














Dari kanan -seneca, diamond star, Warrior 












Hari kedua aku servis bahagian landing gear. Takat cuci parts ngan lubricate bearing je dulu untuk Diamond skali ngan marking. Pastu aku tukar pegi Piper plak, kali ni aku buat banyak keje sket. ketatkan bolt, torque seal, cam biasa, marking.






Okey, itu bukan aku... 





Marking untuk indication kalau tayar terputar. Errr betol ke?  Susah weh nak gitau lam bahse melayu~








Ni interior Twin Star, yang lubang kat seat tu aku la bertanggungjawab. muahhahaa~













Untuk hari ketiga, aku da mula layan enjin. Buka cowling, spark plug, wayar-wayar, buang minyak bagai. 2 kapal masuk ari ni. Cuci spark plug mende baru, aku tak penah try lagi masa blaja dulu. 








 Korek-korek deposit ataupun taik minyak dalam spark plug. Jatuh mende ni, kira buang terus. sensitif ooo~
Mangsa pertama aku untuk hari ketiga.

Untuk Diamond, aku tutup panel ngan cowling je. Bende yang da nak siap da, tunggu nak inspect dari LAE je. Menguji keimanan jugak tutup cowling, nak kene sama lubang, masukkan skru dlu baru ketatkan.

Jujur la, pengalaman camni tak dapat masa blaja dulu. Apa yang kitorang blaja dulu asas, kadang-kadang bukak pasang balik skru lebih, ngan part ada yang tak cukup. Tapi apa yang blaja dulu la banyak membantu, paling kurang pon tau teori. Takde la kene ajar satu-satu, Demo camtu je da bley wat. Jadi, buat geng yang masih blaja tu, masa praktikal paling kurang tengok member wat keje. Aku faham, tak sume dapat merasa, mesti ade je yang blakon jadi LAE, jadi tukang tengok je. Tools tu kadang-kadang kat industri sebut lain, kita blaja nama lain, jadi rajin-rajin la bertanya kalau tak tau.

Esok nak sambung 50 hours check Piper kedua, selesaikan mana yang tak abes. Lain kali kalau aku rajin aku post yang baru plak k.

Saya, Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

4 comments :

  1. siapakah beliau airborne sispa tu? mesti hebat

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum bro. Boleh PM? Nak sembang pasal OJT kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam bang. Berabuk da pon komen ni. PM kat mana.. ni mesti nk OJT sem dpn. satu je la nak cakap, sini xde elaun lg stakat ni.

      Delete
  3. bro nak tanya....saya ojt start 1 ogos 2016....klu ojt kat apft ni....dia offer kerja kat situ terus tak???....skrg ade laun tak??

    ReplyDelete