11 February 2013

Mesyuarat Penyelarasan SISPA

Assalamualaikum~
Bismillah~

Bertarikh 7 Feb 2013, seramai 7x pegawai beserta 2x anggota bergerak ke destinasi bertempat di City Campus, KL. Apa yang dibicarakan rahsia dan klasifi. Apa pun di luar perbincangan tersebut kami berpeluang merasai pengalaman jejak kasih bersama pegawai dari IPG Perlis, Lt. M. Wai dan Lt. M. Mim. Bertemakan ' jejak dikesani, ketawa membahani', kami berbincang ala-ala kedai kopi sambil mendengar Lt. M. Mim meluah perasaan. Bak Kata Lt. M. Ban Ban, "All the paku's" memenuhi ruang legar tingkat too niner. Kegelisahan menyerlah pada PKS Osheen dan PKS Oyen. Berpenampilan lain dari lain, mereka amat menyerlah, bersama PKS dari City Campus yang berberet dan uniform beraroma kedai. 







Bersama Penyelia IPG Perlis diapit oleh Lt. M. Kacak dan Macho















Gabungan terhebat; sesi jejak kasih

















Dari kiri; Echo, Hotel,Bravo, Wiski, Sierra
 Permintaan dari Lt. M. Aaron Aziz


Sempat juga aku bertemu ramah buang 'temu' dengan PKS dari City Campus yang segelintirnya sudah cam mukanya yang dahulunya dipaksa, digame oleh kami. Kebanyakan foto yang lebih beresolusi tinggi ditangkap oleh mereka.

Akan ada selepas ini pada bulan 3 1 lagi mesyuarat untuk meneruskan perbincangan yang hangat, akan dikemaskini pada masa akan datang.


This is 2nd. Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment