22 July 2013

Bulan Ramadan : Sepatutnya VS. Realiti

Assalamualaikum~
Bismillah~



Rukun Islam ketiga, berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan. Bila masuk bab Ramadan ni, banyak perkara yang sekarang ni sedikit lari dari konsep dan amalan yang sepatutnya. Nak tau apa yang kat Malaysia ni kurang berbanding tempat lain, terutamanya dari Mekah dan Madinah, meh kita kongsi.

Bab menjamu orang berbuka
Ni la yang paling ketara sekali kat Malaysia. Tipikal orang Malaysia, kalau cakap pasal Ramadan, mesti automatik teringat bazar Ramadan. Dah jadi budaya orang kita mesti kena gak ada bazar Ramadan.



 Budaya menjamu orang ramai

SEPATUTNYA.. kalau kat tempat lain, terutama negara Arab, dorang ada jugak bazar, tapi bazar dorang percuma, siap berebut orang lagi nak suruh orang bukak ngan makanan dorang. Orang bukak kat sane pon kelabu mata nak pilih bukak ngan sape. Tu la antara kebaikan orang Arab, sekasar-kasar dorang tapi bab memuliakan tetamu no.1 dan semasa bulan Ramadan dorang memang tak kedekut, biar habis harta beribu skalipun, janji dorang dapat rai bulan Ramadan. Tu la yang spatutnya amalan yang dibuat kat sini. Sepatutnya, budaya belanja orang berbuka dipraktikkan, terutama bulan Ramadan. Tulah antara sunnah yang khas untuk bulan Ramadan. Kalau nak rujukan, boleh rujuk kat sini. Jumlah yang diperuntukkan untuk menjamu orang berbuka apalah sangat berbanding dengan ganjaran yang dapat. Nikmat takkan berkurang kalau digunakan ke jalan yang betul. Tak semestinya kena grand nak menjamu orang, paling kurang pun kongsi kuih, air pun dah dikira amalan. Paling senang untuk orang bujang yang tinggal serumah, tiap orang beli satu jenis juadah, lepas tu kongsi ramai-ramai, dah jimat dah kat situ.

REALITI... kat sini, kalau masuk bulan puasa, automatik harga barang naik. Makanan secara magisnya semakin mengecil. Kuih nampak kurus-kurus je. Kalau tanye kat tuan gerai kenapa kuih kecik-kecik je, mesti dia jawab.." puasa dik.. nak wat macam mana" Aik, kuih pon puasa jugak ke? Dan semakin banyak la orang yang ambil kesempatan nak tambah  rezeki dalam bulan Ramadan ni. Tak tau la kalau bagi orang kita bulan Ramadan bulan kerja part time seMalaysia. Masing-masing mesti sibuk jual makanan kat bazar. Harga pulak tetiba naik, harga tak nak puasa plak? Dalam kepala dah tak ingat dah sunnah menjamu orang berbuka, dah penuh dengan huruf $$$. Kot-kot la nak bagi lebih sikit ke, buy 1 free 1 ke, takde, ade pun jarang. Orang awam pun, jimat dia jimat sangat, sampai terliur jiran tengok kita makan sampai licin. Jiran tanya " sedap nampak kuih ketayap", kita selamba jawab "a'ahh, skret resipi ni, kene bratur nak beli ni. Pegi la beli cepat, nanti abes". Cehh, ingatkan nak bagi sikit. Kot ye la nak bagi sikit buat merasa, tapi haram. Tipikal orang kita jugak, nak sedekah tu berkira, maklumlah bulan puasa, barang mahal kena bajet. "Ni aku sedekah sume duet aku dalam poket ni, kan tak berbuka aku nanti", takde ingat dah ganjaran sedekah 10 kali ganda dari nilai sedekah tu. 

Tulah antara fantasi dan realiti kat sini sekarang. Tu baru bab berbuka puasa, blom lagi bab lain. InsyaAllah kalau diberi nikmat kelapangan masa, akan aku nukilkan lagi realiti dalam bab seterusnya.


This is 2nd Lt. Hj. Wan Ersyad, signing out.

~DREAM TAKES FLIGHT~

Bersempena Ramadan ini, program SUCI BERSERI, ketahui di sini. >>Link<<

No comments :

Post a Comment