04 July 2014

Luruskan Saf, Rapatkan Saf

Assalamualaikum~
Bismillah~




Mendengar seruan solat isyak, kelihatan para belia membonceng motosikal menuju ke masjid. Setibanya di muka pintu pagar masjid, jelas kelihatan orang ramai berdiri di muka pintu masjid, terbantut pergerakan mereka. Hanya satu kesimpulan yang bermain di fikiran mereka - masjid sudah penuh. Maka, para belia tadi berlalu pergi menuju ke tempat lain.



Dramatik betol prelog entri kali ni. haahaaa.. tapi itulah, penah tak rasa cenggitu? pegi-pegi je tengok orang duk wat roadblock depan pintu. Aihhh, tengok dari luar nampak penuh jee. Tapi, makin mara ke depan, terasa makin lapang safnya. Haaaaaaaa, penah kan? Ni la dia tabiat umat melayu, penuhkan saf belakang dulu, saf depan lengang. Bila imam cakap "luruskan saafffff, rapatkan saff", agaknya imam cakap lam bahse len la kot, sebab orang cam wat dekk je, rapat cukup syarat je. Siyess merimaskan mata (ade ke kondisi ni?) kalau tengok saf tak rapat. da jadi saf jarang plak tengok. Tapi tak sume la camtu, segelintir jemaah je.

Sekarang kesedaran para jemaah makin elok berbanding dahulu. Boleh nampak peningkatan mutu saf. Mungkin sebab sekarang da jadi satu fenomena di mana sume orang mula menerima ilmu agama secara terbuka. Cuma perlukan masa untuk praktik je.

 


Saf yang sempurna adalah saf rapat dan penuh, bahu bertemu bahu. Andainya saf tidak penuh sekalipun dek jemaah yang tidak ramai, rapat itu diperlukan. Mungkin pada mulanya ada yang tak selesa kerana berhimpit, tapi cuba amalkan, insyaAllah benda ini akan jadi terbiasa. Tak ada orang yang dilahirkan dengan penuh ilmu di dada. tuan badan ni pon dulu rimas rapat-rapat, tapi makin dewasa makin matang, resmi padi la katakan, ngeh3. Bagi yang penah merasa solat di masjid di luar negara khususnya di Mekah dan Madinah, pasti dapat merasa erti sebenar saf yang penuh dan rapat. Memang tak ada cahaya yang tembus antara jemaah. Nak bagitau betapa rapatnya saf.

Ada beberapa tip yang aku selalu buat untuk rapatkan saf aku, tapi hati kena kental la sikit. hehee.. 

Langkah-langkah rapatkan saf versi tak bersalah.
1) Bila berada di saf yang tak brapa nak rapat, dengan muka tak bersalah gerak rapat-rapat ke jemaah sebelah. 
2) Bila da rapat sangat-sangat tu, automatik dia anjak tepi sket. 
3) Lepas tu anjak lagi. 
4) Ulang langkah 1 hingga 3 sehingga dia tak bergerak.
5) panggil orang belakang untuk penuhkan ruang kosong yang terhasil. (andainya orang sebelah lagi tak rapatkan jugak)

Langkah-langkah rapatkan saf versi muka tebal.

1) Bila ada saf tak rapat di hadapan, langkah ke depan.
2) Minta ruang untuk masuk ke dalam saf.
3) tegapkan badan untuk masuk sepenuhnya.
4) Ulang langkah 1 hingga 3 andai ada saf tak rapat di hadapan.

Heheh.. amacam? sanggup tak wat camtu? Aku dah biasa, jadi tak la rasa bersalah sangat. hehee.. Aku faham kita sebagai kaum Melayu ni kaya dengan adab dan tatasusila. Tapi terlampau kaya pon tak bagus jugak, sebab jadi sopan tak bertempat. Contohnya la kan, bab makan, nak tggu sorang start tu, berjambang dulu. Nak abes pon satu hal, bila da tinggal 1 kuih atas pinggan, masing-masing wat pertandingan pandang memandang. Last-last tinggal camtu. err... ok stop, kita borak sal ni lain kali la ye. Tapi aku yakin kaum Melayu antara yang tinggi kesopanannya. Cuma ada sikit yang perlu diimbangkan dengan seruan agama. 

Harap entri kali dapat bagi peluang untuk sume (yang baca) praktik cara-cara 'febret' aku dalam masa akan datang. Diri ni minta maaf la andai ada silap dan salah, ada yang terwakenabeb dengan cara tersebut. Heheeee, bukan sengaja tapi terpaksa. Kalau tidak tak sempurna saf tu. Wat lek wat pis. Semoga segala amal kita pada bulan ini diterima dan umur kita panjang untuk merasa Ramadan hingga penghujung dan akan datang.


Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku. Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya dan tumit dengan tumit."

(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Sumber: JAKIM

Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment