06 May 2015

Jejak Port Dickson : Hari 1

Assalamualaikum~
Bismillah~

Kabare? dah puas bercuti sume? ehheyy... yang balik kampung tu mesti puas makan jem kan, orang kat rumah pon makan jam jugak tapi jem streberi laa. Jangan risau, yang bergembira kat PD ni pon makan jem jugak, cuma pemandangan dia je tepi pantai, bukan atas highway lereng bukit.. waakakaaaa.

Oraittt, nak dijadikan topik kali ni, saya dengan suka-suki nya nak kongsi pengalaman jadi pemandu pelancong tak bertauliah di Port Dickson ataupun PD secara ringkasnya (pada yang taktau lagi k). Kenapa mesti jadi pemandu pelancong? kenapa tak jadi pilot? susah jugak tu nak jawab, sebab takde airport kot kat sana, wahahahaaa.. ape punya soalan da. Tapi kenapa pemandu pelancong jugak?? Alahaiii, nak tahu sebabnya, dalam kalangan yang pergi PD, daku sorang saja  yang pernah pergi PD dan dianggap fasih dengan selok belok kat sana, errrr.... bajet je la k. 

Kami bertiga iaitu aku, cikgu, dan trainer gim jejak kasih di PD selama 2 hari 1 malam. 2 hari tu tak ada masalah, yang 1 malam tu merasa sket hidup di tepian jalanan, tidur dalam kereta tepi Pantai Bagan Pinang, tapi aku sorang je la yang tidur dalam kereta, yang lain beradu dalam kamar di istana kayangan.. cehhh. Selama tulah kami sempat merakam pengalaman dalam bentuk gambar. Bak kata oum putih la kan, a picture worth a thousand words. Jadi, sama-samalah kita santap gambar-gambar kami menjelajah PD.





Ni lah pemandangan pertama setelah enjin kereta pertama kali dimatikan, kue3. Ni namanya Pantai Saujana, PD. Pantai ni antara lubuk pengunjung tatkala cuti melanda. Nasib baik sampai awal, orang pon tak ramai lagi. Parking pon dalam petak lagi. If you know what I mean. Sambil cuci mata dengan cikgu dan trainer, bilik penginapan dua orang ni da boleh check-in, aku nye bilik beradu bila-bila masa pon boleh check-in, kereta kan, wahahahaa.


Nampak tak amannya pemandangan dari resort dorang. Ni je yang mampu, Sunshine Bay Resort. Tapi okey la, not bad, resort mampu sewa, selagi ade kolam, muahahaaa. Dah sampai berair mata hanya mampu tengok orang check-in, apa lagi, giliran aku plak check-in kat masjid. Ye la, Jumaat, tanggungjawab seorang jejaka muslim, calon menantu kesayangan para makcik di luar sana, weeeeee~ 

Lepas selesai solat Jumaat, soalan pertama tanya kat dua orang tadi, 
"lapar tak? nak makan mana?" 
Jawapan tipikal bagi orang yang kebulur terkurung dalam bilik.. 
"NAKKK!!!!"
Jadi, kami teruskan misi Papa Delta dengan hantar Kepci kat sorang sang pegawai kadet di KTD. Sepanjang perjalanan kami digoda dengan haruman butter crunch dengan fun fries... memang menduga keimanan betoll, dah la panas2 lagi.

Lepas selamat hantar kepci tu kat hujung dunia, sambil makan jem tepi pantai, akhirnya kami sampai di pantai Klebang... errr... silap, Pantai Teluk Kemang. Nak parking punya kemain tawafnya, jadi, jalan kena puas-puas kan..




hemmmm.... boleh jadi projek baru aku ni.







Dengan bertapaknya tapak selipar kat situ, makan bermula pengembaraan Upin, Ipin, dan Opin. Next stop, pantai depan resort.. nama tak tahu,sekian.

panorama sebelum diserbu orang...

Malamnya, kami susun pantun dua kerat.
Pergi bandar PD nak beli kepci,
Orang penuh.
Kesian kan, jadi nak sedapkan hati, mulalah ayat kutuk orang.. " pegi bercuti PD jaoh2 makan kepci, baik duk rumah je". Akibatnya, bermakan malamlah kat medan Pantai Saujana sambil dengar live band nyanyi lagu yang sampai sekarang aku tengah tercari tajuknya.Bertemankan siakap bakar, tomyam, kue teow ladna, teh ais, dan milo ais, balun sampai licin.

live performance












Perut dah kenyang, cuci mata la pulak. Yang ni pantai sebelah Masjid Jamek, kebetulan ada orang main tanglung api. Alaaa, yang pasang lilin pastu terbang tu. Cam tau-tau je nak cuci mata. Lepak lah kat situ sampai mata dah berat. Bila dah berat tu, apa lagi, hantar 2 orang bos lepas tu beradu di bawah sinaran purnama yang tak seberapa purnama.



Sebelum layan mata, cuci dulu dengan I- City PD ni.













Sampai sini untuk hari pertama, nak tahu program hari kedua sila baca entri seterusnya ye. Terima kasih...



Saya, Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment