06 September 2016

MAN ke DXB ke KUL

Assalamualaikum~
Bismillah~


SAYA DAH BALIKKK!!!! YEAHHH...... tesis sudah siap, apa lagi.. balik laa.





Pulun durian duluuuu!!!!!

06 March 2016

Jelajah Scotland: Glasgow

Assalamualaikum~
Bismillah~

Bulan ni dah masuk bulan Mac, maknanya Cuti Easter dah dekat!!!! ohsemm!!!! Cop... tapi sekarang dissertation,lagipun..... *buka akaun bank* ok, kembara jiwa aja la jawabnya. 

Bila sentuh bab merantau/melancong ni, terkenang zaman sekolah semasa dalam kelas bila cikgu suruh buat kerja sendiri, masing-masing mula buka cerita keluarga masing-masing. 

"abang aku yang belaja obersi time raya dia tak balik, dia pegi travel europe" 
"abang aku kt Mesir pon pegi europe cuti2, dia cakap balik Malaysia lagi mahal"

Dalam hati ni, banyak betol duit melancong cuti2. Taknak balik kampung ke? dapat duit saku ayah bagi. Begitulah persoalan aku dari kecik lagi. Tapi bila dah matang, dah jauh di negeri orang, baru aku faham punca-punca geng-geng obersi rela tak balik. Sebab alang-alang dah kena campak kat tempat orang, baik jelajah betul-betul. Nanti balik tak dapat dah pergi Paris, Brussel, Amsterdam £50. Paling gempak pon pergi Semenyih Eco World je sambil berangan kat Holland. 

Jadi, untuk tidak kalah dengan rakan satu batch yang bercuti di kawasan tinggi Scotland main Snowboard, aku dengan kawan berbajet rendah rancang la kembara jimat Scotland naik bas, train transit sana-sini berbekalkan bajet bawah £100 (guna tak sampai £70 pon). 

Cakap pasal Scotland ni mesti ramai terbayang orang cakap BI sepatah haram tak boleh angkap, pakai skirt, besar-besar ala-ala filem Braveheart. Itu la kalau nak tahu orang Celtic, boleh baca pasal benda ni kat entri sebelum ni - Mari Mengenal United Kingdom. Disebabkan Scotland ni negara, jadi tak dapatlah nak jejak semua 'negeri-negeri' dia dengan bajet £100. Entri kali ni sentuh Glasgow dulu ye, lain kali sentuh tempat lain pulak.

26 February 2016

Mari Mengenal United Kingdom

Assalamualaikum~
Bismillah~

Sedar tak sedar dah dua bulan diri ini dalam kemalasan. Jadi, jangan ditanya kenapa blog ni senyap, sebab ambe malas. Tapi dalam kemalasan tu, ada pula kerajinan untuk mengular ke utara Britain, yakni Tanah bangsa Celtic (Scotland). Aik, Celtic??? ape tu?? Haaaa.... sebelum abang payung gambar kembara Scotland, jom kita daftar kelas sejarah UK 101. 

Kebanyakan orang kita bila dengar UK, mesti woaaaaaa..... UK~~~ sambil terbayang orang kat London lalu lalang sambil pakai payung hitam sambil tahan teksi warna hitam. Tapi, sebenarnya tu hanyalah gambaran di bandar besar dalam England. UK sebenarnya merangkumi 4 buah negara, yakni England, Scotland, Wales, dan Ireland Utara. Kenapa ada dua Ireland? haaaaa, tu kita buka kelas lain pulak ye. Dalam UK ada dua utama (dah UK pon memang pulau kan) iaitu Pulau British atau dipanggil Great Britain (GB) dan Pulau Ireland. GB merangkumi England, Scotland, dan Wales sahaja, dan tidak termasuk North Ireland. Jadi, lepas ni kalau melancong ke London, jangan sembang macam dah jalan satu UK ok, dan jangan berharap nak main salji kat London.

Bila sebut GB dan N. Ireland, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

1. Bahasa 4 negara ni tak sama. (walaupun mereka bahasa rasmi mereka BI)
2. Bangsa mereka berbeza, walaupun ada yang satu rumpun. (dari segi penduduk asal, bukan imigran)
3. 4 negara ni ada bendera sendiri. (macam bendera negeri-negeri kongsi 1 bendera negara)
4. England tidak disukai oleh 3 negara lain. (sebab lain keturunan)
5. Orang UK suka perli orang Perancis (terutama Inggeris)

Hahahaaa, okeyyy.... stereotaip di situ, tapi itulah hakikat. Jadi sesiapa yang mengaku Londoners tak payah nak bajet kat tempat orang k, orang tak suka. 

24 December 2015

Cuti Menunggu Salji Tiba

Assalamualaikum~
Bismillah~

Secara rasminya cuti semester tiba, tapi kerja khusus berlambak. Maka, berkerumumlah kami yang tersisa tak mengembara di dalam ruang dapur+tamu di kampung Wrexham. Muka-muka berhidung mancung berkulit pucat dah tak kelihatan, yang tinggalnya muka-muka berhidung jambu rambut hitam ikal mayang bersorak teriak depan kaca TV melayan FIFA.


Walaupun dah masuk bulan sejuk, salji tak kelihatan lagi. Kalau di Tanah Melayu ada pepatah "kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari", kat sini tertukar kata pujangga
"Kusangka salji menimbun di akhir musim, rupanya hujan yang asyik bercucuran". 
Dah la tu, kena tipu lagi dek hujan beku. Ingatkan salji, sekali hujan beku.. harapan palsu. Orang sini cakap salji turun bulan 1, harapnyalah. 

Teringat kawan dari London (budak bandar la ni kiranya) datang bercuti kat Pekan Wrexham. Soalan pertama dia tanya,

"tokse tubek make ko?"

T_T....kalaulah sini ada kelebihan tu, takda la berkubang dapur. Sini yang banyaknya Pull Pork, Ham Pizza, dan sewaktu dengannya. Itu la masalahnya bila orang fikir tempat aku sama dengan tempat tumpuan orang Melayu. Bila orang tanya duduk mana, nak dijawab nama mukim, takut tak dikenalnya, maka dijawablah secara umum.. "Duduk UK makcik..." Maka secara automatiknya terbayanglah makcik tu pemandangan London, Sheffield, paling canggih pon Cardiff. "Ohhhhh... makcik penah bercuti kat sana, makcik pegi London, tidur kat Malaysian Hall" Aku pon tersenyum pasrah... huhuuuuuhuuu. Apapun, kawan aku bagitahu London dah lama tak merasa salji, hujan saja yang memanjang. Maka, hancurlah harapan orang yang mengembara ke London (UK bagi orang kita).

Sekarang aku faham kenapa mat salleh obses dengan berjemur musim panas, sebab nak dapat cahaya matahari sekali dengan haba tu teramatlah susah dan lama penantiannya. Orang kita tergila nak melancong musim sejuk sebab nak merasa salji, tapi hakikatnya, siang pada musim sejuk ni singkat, nak berjalan pon tak puas. Pukul 8 pagi baru matahari naik, pukul 12 dah Zuhur, pukul 2 dah Asar, pukul 4 dah Maghrib, tuptup, pukul 5 petang dah rasa macam tengah malam. Agak-agak seronok tak berjalan masa ni? heheeheheeee...

Apapun, selamat bercuti semua.... takmau cakap lebih, untung laaaa boleh cuti......

Sekian, terima kaseh.



Saya, Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

12 November 2015

Hidup Seorang Sarjana di Perantauan

Assalamualaikum~ Bismillah~ Iya lah, hamba mengakui kedinginan hamba kebelakangan ini.Bukan disengajakan tetapi dek kerana kekangan masa (walhal hamba hanya berguru tiga hari seminggu). Diringkaskan madah hamba, diturutkan sekali sekilas gambaran hikayat hamba selama 4 purnama. 

Musim luruh kunjung tiba~~~





Jamuan Ulangtahun keluarga angkat di kampung Wrexham.











waduhhh...rupaku... jelek amat!!!









16 July 2015

Salam Aidilfitri dari Perantau

Assalamualaikum~
Bismillah~

Ehemm.... Tak ada yang nak diborakkan, errrmmm.. bukan tak ada bahan tapi malas nak tukar bahan borak jadi karangan entri, haaaaah.

Satu je nak cakap kat semua...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
 TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM

Untung la beraya kat kampung... errr... yang tak leh balik kampung tu paling kurang duk kat tanah air sendiri, ada la perasaan raya tu menusuk kalbu. Kitorang yang kat "Jenderam Hulu" Wrexham ni, perkataan Aidilfitri pon tak pernah orang tahu, huhuuuuuhuuu. Yang kat London, Cardiff, Manchester tu, untung la ada kampung melayu, tak macam kami, pioneer Melayu kat sini. Paling sayu yang boleh dirasa sebenarnya sebab tak boleh nak minta duit raya.. wuuuuuuu. Kan bagus kalau ada orang bagi duit raya kat sini, Pound tuuuuuuuu~

Okey la, selamat mengira duit raya la ye sume. Kepada yang dah kerja, selamat memberi duit raya la ye, bagi lebih-lebih sikit. Nak merantau raya dulu. Korang raya kejap je, dah malam, kitorang raya 19 jam siang. heheheeeee.


Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

21 June 2015

Kembara Chester

Assalamualaikum~
Bismillah~

Salam Ramadan semua,baru hari ketiga puasa ramai dah habis duit kat juadah febret kan kan?  Ada yang dah tertunai segala idaman-idaman yang mengidam? Untung la... Kami kat sini makan apa yang ade je, alhamdulillah.... makan free.



Untuk kali ni, anda semua akan dihidangkan dengan pemanis mull....err... silap, mata di Chester. Bukan Manchester, tapi Chester, ada beza tu. Chester ada banyak sejarah, dari zaman Rom lagi. Kalau sapa yang bertandang ke sana mesti jumpa dengan sisa-sisa kubu Rom. Dari Wrexham, anda semua boleh naik bas ataupun keretapi, dengan jarak masa 20 min je. Disarankan daftar kad train Arriva kalau nak duduk lama, boeh dapat diskaun. Harga keretapi tak sampai 5 pound tanpa kad diskaun, dengan kad potong 1/3.

Chester kalau nak tahu antara 'bandar kubu' di England, maknanya bandar dia dalam kubu, walaupun dah tinggal sisa.


Tinggalan dinding kubu lama


kena lalu taman (kot?) sebelum tembus ke dinding kubu
 

14 June 2015

Wrecsam ke Wrexham?? Glyndwr ke Glyndor?

Assalamualaikum~
Bismillah~

Seperti yang dijanjikan, cerita kali pasal kampung halaman baru, Reksem.. atau nama classy nye Wrexham. Orang cakap nak tengok tempat kena tahu namanya dulu, jadi mari masuk kelas dulu ye. 

Masa kali pertama mengenal nama tempat ni, semua pakat sebut Wrexham bunyi Rexhem, e taling.

Manap: nak fly mana nanti?
Dolah : Wrexham..
Manap: woww.. Rexhemmmm

Dengar kat mat salleh lebam kena jentik kat hidung. Tak pon dibaginya daging oink-oink, ham. Setelah kena bebel dengan tutor baru lah tahu bunyinya Reksem, suku kata pertama e taling, kedua bunyi e pepet. Patot la hari tu masa tebiu ngan U berkerut dahi staf oum putih tu, salah sebut rupanya. haaahhh.


Logo Universiti Glyndwr

Dah la nama tempat salah sebut, nama U pon terbelit lidah nak sebut, Glyndwr..... ape kebenda Glinduir glinduir ni. Rupa-rupanya tu perkataan Wales, ataupun bahasanya dipanggil Welsh. Perkataan dia takde huruf vokal sangat, dan sebutan dia... lain ditulis, lain disebut. Jadi, kalau eja Glyndwr sebutannya Glindor. Lerrrr... Lagi satu perkataan University dalam Welsh ejaan dia Prifysgol, bunyinya tak seperti yang dieja, prifisgol, xde... bunyinya cenggini - Privesgol, e pepet. Mana datang V tu pon tau la. Wrecsam tu pon ejaan Welsh, oum putihnya Wrexham, sebutnya Reksem.

Orait, dah tahu pasal tempat boleh la anda semua cuci mata dengan tempat dia pulak. Jomm....

10 June 2015

Dari New Castle ke Machang

Assalamualaikum~
Bismillah~

Setelah berbulan-bulan ulang-alik dari Bandar Utama ke Damansara Perdana, akhirnyaaa.... dengan ini saya umumkan bahawa saya dengan jayanya menjadi warga Wales!! yeeaaahhh!! I'm live in Wrexham yaah... Dari kampung damaiku New Castle terus ke KLIA, destinasinya akhirnyaaaa.... Machang

Batch 2 Glyndwr MARA cohort, only me and the other 3 guys are still single, the rest are taken, sorry yaahh~





Geng-geng Cendawan serta De Vista.. tempat berteduh masa di Sepang...hahhaaa







 Till we meet again...
 Cintaku tertinggal di Malaysia~








Pagi-pagi buta jumaat lepas, dengan barang yang tak seberapa, aku angkut masuk dalam flight, Emirates tuuuu..... 7 + 7 flight hours, mati kutu dalam flight, nasib baik ada inflight entertainment, walaupun da berapa kali tukar cerita, dari spongebob sampai drama jepun, prancis bagai.

Menikmati sarapan sambil layan wayang... syiokkkk!!!

Pompampompam, transit dekat Dubai, naik kapal A380... weheeeee. Second flight jugak lah kami dapat rasa penangan trouble approach + heavy landing, siap boleh tengok live muka terkejut pramugari. ngeh3. Konpem membebel technician nanti banyak kene inspect. 







Tail view A380, macam kat angkasa lepas pulak..hahaha





Sepanjang flight tu jugak, masing-masing cari toyol untuk menjawab soklan-soklan killer Imigresen. Punya la hafal apa yang ada dalam pamplet, CAS (confirmation of Acceptance for Study), ATAS (da citer kan dalam post lepas), akhir sekali yang ditanya, 

"What is the name of your course?"

"Where did you study for your bachelor's?"

 Dengan gagap jawab, maka brader imigresen tu pon cop visa...DIBENARKAN MASUK!!!!!!! yeessss!!! Maka, jejak la kaki ini di tanah Machangster.

Tip untuk anda semua, sila baca dan tahu mengenai dokumen-dokumen anda, sebab semua tu akan menjadi soklan spot masa nak lepas imigesen, juga amek tahu la sikit hal-hal dekat tempat yang kita nak pergi nanti. oraitt??

















Lepas satu dugaan, datang lagi dugaan... menunggu shuttle ke Uni. Universiti dari Manchester Airport jaraknya 45 min driving. Sepanjang perjalanan tu, kiri kanan tempat macam jalan nak pergi Kelantan dan jugak Sepang. haahaaa.

Okeyy, banyak lagi nak diceritakan tapi kalau panjang sangat bosan pulak. Hujung minggu ni, akan keluar lagi ceritera sesudah sampai ke Wrexham. Nanti boleh cerita pengalaman speaking dengan orang kampung sana, hahahaaa.... sumpah gelak. Oraiittttt, till next time yaaaahhh..


Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad,lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

13 May 2015

Pesawat Airbus A400M Terhempas

Assalamualaikum~
Bismillah~

Pada 9 Mei lepas, iaitu 4 hari lepas, sebuah pesawat tentera jenis pengangkut Airbus A400M terhempas berdekatan lapangan terbang Seville, Sepanyol ketika melakukan penerbangan ujian. Seramai enam orang terlibat dalam kemalangan tersebut, di mana 4 orang meninggal dunia dan 2 orang cedera parah. Kesemua mangsa merupakan kru penerbangan ujian tersebut dan pekerja Airbus Defence and Space. Pesawat malang tersebut merupakan tempahan untuk Tentera Udara Turki dengan panggilan MSN23.




Berikutan itu, Kementerian Pertahanan UK telah menghentikan penerbangan pesawat A400M miliknya diikuti dengan Jerman dan juga Malaysia. Walaubagaimanapun, Perancis tetap meneruskan penerbangan pesawat miliknya. 

 Bangkai pesawat malang Airbus A400M

Dari dakwaan tidak rasmi, pesawat berkemungkinan mengalami masalah enjin. Buat masa ini, siasatan kemalangan ini ditumpukan kepada sistem enjin dan bahan api. Airbus akan menyambung semula penerbangan ujian pesawat jenis ini pada 12 Mei tetapi permit Airbus untuk melakukan penerbangan ujian ditarik balik buat sementara waktu oleh pihak berkuasa Sepanyol atas dasar keselamatan disebabkan punca sebenar kemalangan yang masih tidak diketahui. Namun, hanya pesawat tempahan tidak dibenarkan terbang, sebaliknya pesawat milik Airbus masih dibenarkan untuk melakukan penerbangan ujian.

 Sumber: Aviation Week, Wall Street Journal, Yahoo News, The Guardian

Disebabkan aku terlibat dalam dunia penerbangan, berita dan info macam ni merupakan satu maklumat yang signifikan kerana ia melibatkan masa depan diri sendiri. Jadi, nasihat untuk sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang ni, rajin-rajinkanlah cari info semasa yang berkenaan dan sensitif dengan berita penerbangan, lebih-lebih lagi berita tersebut berkait dengan diri sendiri, contohnya insiden A400M tersebut. 



Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

06 May 2015

Jejak Port Dickson: Hari 2

Assalamualaikum~
Bismillah~

Hari kedua pengembaraan, aku bagi gambar, korang sendiri jadi narrator okey.. mueheheheee, alasan malas nak taip.


Ni brekpes kami, yang kempunan dari semalam tak dapat. Selesai makannnn....







Next stop, Muzium Tentera. Nampak tak apa yang ditumpu tu.. heheehh.

Jepon punya  AA Gun 25mm, beserta model askar jepun import. macam sama dalam CoD WWII kan kan kan....

Jejak Port Dickson : Hari 1

Assalamualaikum~
Bismillah~

Kabare? dah puas bercuti sume? ehheyy... yang balik kampung tu mesti puas makan jem kan, orang kat rumah pon makan jam jugak tapi jem streberi laa. Jangan risau, yang bergembira kat PD ni pon makan jem jugak, cuma pemandangan dia je tepi pantai, bukan atas highway lereng bukit.. waakakaaaa.

Oraittt, nak dijadikan topik kali ni, saya dengan suka-suki nya nak kongsi pengalaman jadi pemandu pelancong tak bertauliah di Port Dickson ataupun PD secara ringkasnya (pada yang taktau lagi k). Kenapa mesti jadi pemandu pelancong? kenapa tak jadi pilot? susah jugak tu nak jawab, sebab takde airport kot kat sana, wahahahaaa.. ape punya soalan da. Tapi kenapa pemandu pelancong jugak?? Alahaiii, nak tahu sebabnya, dalam kalangan yang pergi PD, daku sorang saja  yang pernah pergi PD dan dianggap fasih dengan selok belok kat sana, errrr.... bajet je la k. 

Kami bertiga iaitu aku, cikgu, dan trainer gim jejak kasih di PD selama 2 hari 1 malam. 2 hari tu tak ada masalah, yang 1 malam tu merasa sket hidup di tepian jalanan, tidur dalam kereta tepi Pantai Bagan Pinang, tapi aku sorang je la yang tidur dalam kereta, yang lain beradu dalam kamar di istana kayangan.. cehhh. Selama tulah kami sempat merakam pengalaman dalam bentuk gambar. Bak kata oum putih la kan, a picture worth a thousand words. Jadi, sama-samalah kita santap gambar-gambar kami menjelajah PD.



23 April 2015

ATAS

Assalamualaikum~
Bismillah~

ATAS.... haaahhh, kebenda tu? atas? bawah? kiri? kanan? kalau nak tau cuba google ATAS, lepas tu cuba baca search result dia. Bukan ATAS International Inc. tu syarikat, tengok yang bawah dia tuu.. haaaaaa. Academic Technology Approval Scheme!! apa kaitan pulakkk ni ATAS??? 

Academic Technology Approval Scheme ataupun ATAS merupakan sijil kebenaran untuk mahasiswa2 luar UK untuk menyambung pengajian pasca siswazah yakni sarjana ke atas dalam sesetengah bidang di sana. ATAS tidak diwajibkan kepada siswazah sarjana muda dan ke bawah serta pasca siswazah yang terkecuali. Dah mula pening dah kan kan kan.. Senang cerita, ada tiga golongan yang diwajibkan untuk dapat ATAS, Pasca siswazah, degree sekali dengan master, dan MEng (sama tahap degree Malaysia) yang kos dia start dengan kod ni.


haaaaa, nampak tak aku terkena sekali. adehhh.. H4, aerospace engineering. Antara sebab utama kena amek ATAS ni adalah nak elak orang luar yang belajar sana dapat ilmu untuk buat senjata WMD termasuk platfom deliver WMD sekali... drumdumdummmm.... muka aku ni muka evil scientist ke? waahhahaahahaa~ Bayangkan aku tengah reka roket ICBM, hmmmmmm.... sekali meletop on the spot. kua3.

Tapi, Alhamdulillah aku dapat sijil ATAS  dalam 2 minggu lepas mohon. Nampaknya aku ni ada muka yang boleh dipercayai, weeeeee. Kalau mat salleh pon percaya kat aku, korang patot 2x percaya kat aku.trololololll... Boleh la reka kapal terbang kertas lepas ni. yeaaa.

Kepada yang berminat nak sambung pengajian kat UK dalam bidang kimia ke, fizik ke, sains material ke, selamat memohon, dan kalau dah lepas dan grad, boleh la team up sekali buat projek sains wahahahaaa~~ 



Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

15 April 2015

Result IELTS Dah Dapat!!!

Assalamualaikum~
Bismillah~

Hey guys, I'm back... already got my IELTS result, and it is astonishingly satisfying. Tudiaaaaaaa..... oumputih bak angggg. sbenarnya keputusan dah lama keluar, saja ja nak bagi tertunggu-tunggu sminggu dua, lagipun baru online, sijil tak dapat lagi. Bak kata kawan sekelas, mana tau kot2 sijil dia print result lain, wahahahaaaa, oh my goodness, are they have any decency. 


Engineering ke Medik?

Malangnya, segunung harapan untuk dapat band 8 runtuh jua tanahnya. Paling kurang aku lepas nak amek medik, medik band 7 kan3?? Yang peliknya Listening yang aku target dengan konfidennya 7 dapat 6.5 je, tapi reading target 6.5 dapat 8.5???? keajaiban apakah ini? Speaking dengan writing dengan ketiadaan hairanannya bertepatan dengan ramalan aku. muahahahaaaaa. chidhood memory and knowledge..... -_- . Memang aku goreng tak pakai minyak la jawabnya. Kawan yang duduk semeja dengan aku pon stress tengok aku online layan yutiub drum corp, marching band, military. Setepek ayat takde life kat dahi aku.

Aku ingatkan IELTS ni kacang je sebab boleh jawab bab Unifi speed 10MB/s. Sekali keluar result, separuh kelas tak lepas. Kantoi 1 komponen 0.5 markah pon kena ulang jugak.  Automatik hari tu kelas engineering mechanic jadi krikkrikk. 

Nevertheless, those guys who did not pass the first attempt had just re-sit their IELTS last Saturday. Pray for the best, because I want to be in same flight arriving at the same airport, with learning in the same class with all of you guys. InsyaAllah.


Notakaki: kembang lubang idong aku, dapat emel dari instructor BI, puji ak kerja kuat dengan cita2 tinggi. Sila abaikan yang bab grammar error tu yeee. :P



Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

23 March 2015

Pasca IELTS

Assalamualaikum~
Bismillah~

Weeeeee.................. dengan ini saya mengumumkan, saya dengan selamatnya telah menduduki ujian IELTS.shiuuuuuu bapoommm boommm!!!! (bunga api). Lega rasanya bila mendalah ni dah lepas. Mengalahkan interview cuak dia. Mungkin cuak tu datang sebab fikirkan bayaran skali amek RM650, tu yang cuak X650 tu. Apa-apa pun, tunggu je keputusan 2 minggu lagi, hhmmmmm. 

Untuk info uoll (bak ang), sekarang dengan rasminya aku bukak syarikat, namanya Home Grape Plantation Inc. sebagai MD. Kerjanya makan anggur dalam peti ais, kua3. Rasa macam heaven je. tiap-tiap hari speaking, skali dengan loghat plak. Rini speaking scottish, esoknya speaking welsh, bonus russian, german accent. Haaahahaaaa. 

Orang cakap IELTS lagi senang dari MUET, tapi bila da perap dengan format IELTS tu, mau tak berdenyut kepala. Tapi takpe, DEMI BAND 8!!!!! hahahaaa nampak tak segunung harapan tu. Ulangkaji punya ulangkaji, keluar Writing Diagram Map untuk Task 1, Argumentative untuk Task 2, perrghhh. Speaking pulak kena Childhood Topic, menggelabah nak goreng.

Orait... apa-apa hal, kita tengok finale macam mana. Sekarang ni je yang mampu karang. Lihat anda kembali ( see u again).



Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

31 December 2014

Meniti Hari Terakhir 2014

Assalamualaikum~
Bismillah~

Uhukksss... dah boleh nampak kekrikkrikkan serta kelopongan entri kat warta sini. Wahaahaaaa, sejak dua tiga bulan ni, aku da kerap terlupa yang aku ada blog, kuakuakua..... Muda-muda lagi da nyanyuk dah.

Ehemm, okey la, disebabkan hari ini hari terakhir untuk tahun 2014, hari ini aku tributkan satu entri untuk tahun ni. Bukan tak mau kemaskini, tapi masa semakin mencemburui aku, ecewahh. Aku tak gitau lagi ke yang sekarang aku ada karier baru. hemmm, masuk yang ni, da 3 bidang aku rasa. Sume berbeza bidang, dari aviation maintenance, masuk uniform, lepas tu manufacturing plak. Apa nak jadi dengan aku, tak halatuju betol. :P . Ni ada lagi member yang offer jadi lecturer. Kalau instructor, jurulatih aku ada la pengalaman, kalau pensyarahhhhhhh..... ermmmmmm... hehehehhh.

Tapi, hati aku tetap dengan penerbangan, aviation. Letak la bahagian mana, janji boleh sentuh kapal. Agaknya aircraft ni dah jadi addictive untuk aku tak. Apa pon, sekarang ni aku dah boleh bagi ayat febret aku dah bila orang tanye pasal aku... hehehee..

Pakcik          : "Nak.. kamu ni keje ape??"
Wan Ersyad : "saya keje kilang je pakcik..."
Pakcik         : "Ok la tu, anak pakcik sorang tu keje doktor" (tak jadi buat calon menantu)

Awek           : "awak keje ape ehh? huhuu"
Wan Ersyad : "errr biasa-biasa je.. keje kilang je, heheeh"
Awek           : "oooohhhh" (terus hilang minat)


Memang febret betol dapat ucap ayat tu. Tralaalaaaa.. hahhaaaa. Lagi setahun dua dah boleh bayang dah nak pakai ayat apa pulak. Ayat keje kampung laaaaaaa... muahaahahaa. Plan nak balik kampung tanam pokok kelapa. weeeee.... boleh wat lagu tema Lantana- Aku Tak Punya.

Makcik        : " Kamu ni keje ape? gelap semacam je"
Wan Ersyad : " Keje kampung je makcik, pungut buah kelapa"
Makcik        : " oooooo... anak makcik si Rugayah tu keje kat kolumpo sana haaaa"

Gadis            : " Saya kan suka betol dengan jejaka yang pakai sut, kot, smart. Keje pon mesti up kan.
                          merasa la sket keta besa, rumah besa. Awak ni skang wat ape ehh"
Wan Ersyad : " ooo huhu, penah dengar lagu Lantana x? saya nyanyi sket ekk.. ~
                         ~kalau itu yang diidamkanya memang ku tak punya...
                         sedangkan kerjaku hanya seorang pungut kelapa....
                         cuma aku ada.. sekeping hati cinta.. untuk diberi kepada seorang wanita...
                         cuma itu saja yang aku punya..  dibandingkan dengan kekayaan memang tak punya~"
Gadis            : "haahaaa, terok nye awak nyanyi. bley plak keje pungut kelapa.. kelapa tua ke? wekk"

Bley nampak tak permainan aku?? weeeee..... kalau dulu aku cakap keje poman, keje tangkap ular, skarang keje kilang, lepas ni keje kait buah kelapa. Yessss, loser kan aku?? huhuuu...

Apa pon, selamat menghabiskan sisa-sisa tahun 2014 dengan kebaikan dan semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Jangan lupa kepada survivor2 bencana banjir... 

"Sesiapa yang tak mengasihani takkan dikasihani"

Dulu saya bersimpati,
Sekarang saya berbakti.

Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

19 September 2014

Bekwos di sana sini

Assalamualaikum~
Bismillah~

asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
sudah jadi orang baru.....mengapa dirindu~

 Nak gitau ni topik lama je pon, siap nyanyi lagu saloma. Penangan kenduri bulan Syawal lepas masih lagi terasa, tersemat di sebalik lemak-lemak cap lemang, biskut, nasi minyak, dll. Bila jejak kasih balik dengan orang-orang lama, mula la ayat teramat..
"aii... makin berisi nampak"
"sihat skarang"

nak yang lagi stret powed " makin gemok ko skarang". Dan adalah sorang tu bagi cabaran bakar lemak 10 kg dalam masa 2 minggu. Jumpa nanti nak bawak penimbang, nak timbang. haha... apapun yang pasti, kenangan terindah tersemat dalam ingatan dan memori... server memory blog ni. Jadi, adik kakak yang tertunggu-tunggu untuk melihat sape yang tercandid dalam episod ini boleh lah jengok. 


















Sori sebab ni gamba2 lama, da sbulan lebih tapi still taon ni jugak kan... papepun, musin kenduri tiba lagi. Semoga menahan nafsu makan la kepada yang diet. waahahaaha ~

Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

13 August 2014

Rasa Kek Yang Sungguh Umpphh

Assalamualaikum~
Bismillah~


Cakk!!! Woww, sungguh sabar anda-anda sume menunggu. Hahaahaa... Maaf la, tak nyempat nak selongkar blog ni, open house ngan kenduri memanjang je ada, tak putus. Badan ni pon da bertambah absorber layer. hahhaaha...

Acane ngan uit raye? banyak tak dapat? Haahaaa... mesti ada yang dah rimas sebab sedara-sedara kecik mula mintak dari korang, kan3? Tu la tanda dia masa kegemilangan anda dah tamat, ahha~ Diri hamba? ooh, uit raya still flow in, takde flow out lagi stakat ni. mohon jeles~ tapi dah tak brapa nak gojes la jumlahnya -__- . Ada hikmah juga jadi penanam anggur yang berjaya. Tapi sekarang kerjaya sementara sudah ada, ehheeee. Dan-dan dah abes raya lapor diri bertugas.


"Saya boleh lapor diri sebelum raya lagi kalau saya mahu. Sengaja saya lapor diri selepas raya untuk anda rasa cemburu melihat saya dapat duit raya"
-Wan Ersyad-


Hahahaaa, strategik tak planning? Tapi siyes berat kali ni naik dengan pecutan yang berdesup. Mana tak nya. Kena dengan penangan keenakan kek dari cef import. Kalau kurma la mesti korang terbayangkan sore bisikan perempuan sebut "Yusuuff Taiyubb~" . Kalau tang kek ni korang bayangkan sore kawan lama perempuan aku sebut, kalau korang penah dengar sore dia la...

"Keenakan kek pastri dari timur tengah.... Daniaall Hadiii" .

Ecehhh... Kalau nak tahu, cef ni khas dari Abu Dhabi, pengalaman keje kat sana da bertahun jugaklah. Tahun ni dia amek keputusan nak bagi korang peluang rasa kenikmatan pak arab sana dapat taon-taon sebelum ni.




Tudiaaa~~ kalau dah tibai sume tu, mana tak bahagianya idop, lebih-lebih lagi bahagian prot. Hahaaa, Hamba dah rasa, tuan hamba bila lagi? hahaaha. Disebabkan aku jenis yang berhati perut, nak bagi korang can rasa apa yang aku rasa. Cef Wan Danial, merangkap cef peribadi aku (ecehh) bersetuju untuk buka tempahan untuk anda sume. Koutim punya koutim, Cef Danial setuju nak bagi spesel khas untuk para peminat.

Antara best of the best:

Spesel ofer no.1:



BLUBERRY CHEESE CAKE
 ANGGARAN BERAT : 1 KG normal ~1.3KG extra enjoyment
HARGA : RM85 RM75 offer

Buat peminat cheesecake yang hardcore, bley la pilih yang ni. Order yang ni dan rasa penangan dia, memang umphh. 


Spesel ofer no.2: 



MOIST CHOC CAKE
ANGGARAN BERAT : 1KG
HARGA : RM55 RM48 chef's special


Ni khas untuk peminat coklat yang tegar atau separa tegar. Uit raya yang dapat ritu pon dah lepas tu nak order. Berbaloi tu kalau nak dikira dengan tangan yang membuatnya, bukan sebarang cef, import ni.

Spesel ofer no.3:



RAINBOW CAKE
ANGARAN BERAT : 1KG 1.2KG of happiness
HARGA : RM90 RM75 promotion

Yang ni memang top of the best. Terbaik dari kilang.. err...pembetulan, dari dapur. Sapa-sapa yang ada wish list mesti ada punya kek ni. Kek untuk hari jadi pon tadahal punya. Kek ni kalau tanya Nyan Cat, mesti bagi thumbs up. Berair mulut, kuar pelangi dari mulut.

Haaaaaaa.... takkan nak biar mulut berair camtu je, order cepat sementara Cef pemes dari Abu Dhabi masih ada di sini. Yang kat area Wakaf Bharu, Pasir Pekan, Kutan, Tendong, lagi bernasib baik, bley dapat order cepat, penghantaran bley koutim, dan bley dpat autograf dari cef lagi. WOWWWW!!!! Yang duk jauh sket tu, InsyaAllah akan diusahakan biar sampai kek idaman anda ke destinasi yang dituju AKA prot anda.

Orait, nak pegi santap kek dulu, takmau share. Stok diri sendiri, nak jugak kene order lain. :P . Berminat bley bagi komen kat sini ataupun PM kt FB dengan Insta tuan cef sndiri,  ataupun order kat sini. Semoga impian anda tercapai. hehehh.


Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

20 July 2014

Iftar Para Jejaka Kutan

Assalamualaikum~
Bismillah~




Buat pertama kalinya puasa tahun ni dapat berifthor kat luar, wohoo. Part paling bez dengan kawan skolah rendah. Sebagai seorang petualang yang selalu merasa iftar di tempat orang, bukan senang nak dapat peluang cenggini. Kalau dulu sahur di Sepang, buka puasa di Nilai.. silap-silap, ubah ayat sket. Sahur di Selangor, buka di Negeri Sembilan, gempak sikit bunyinya, muahahaa. 

Sebagai tetamu kehormat, maka kena la datang lambat sikit ahha. Seperti mana-mana tempat diri ini melangkah, ayat pertama yang keluar dari mulut sahabat handai adalah "sihat skarang, makin berisi tengok". Tak pasti aku nak terima tu sebagai satu pujian ke atau cabaran. Bila da tiga empat tempat pergi sume cakap camtu, kesimpulannya kena pikul fire hose keliling padang la jawabnya, adehh. 

Berbalik ke meja makan tadi, masing-masing da sedia di depan menu santapan, dengan muka yang faham-faham la sendiri. Dalam kepala dah cop lauk mana dulu yang nak dibedalnya.

 Renungan yang penuh seribu makna~

14 July 2014

Hobi Kumpul Loyalty Card

Assalamualaikum~
Bismillah~




Kabare? nape sampai sini bunyi prot tu? Tak sempat sahur la gamaknya. Nampak sangat malas nak bangun sahur. Terawih acane? So far so good, ecehh aku tanya aku yang jawab.

Entri kali ni tetibe je kuar tajuk pasal Loyalty Card, tak memasal. Semua ni berpunca daripada sorang jejaka melayu terakhir yang merangkap kawan baik sekolah dulu, Zeo, nak cekedout blog die nah Fzeo_Xiv. Nama nak gempak aje. Tak tahu la camna bley kuar topik ni. Asalnya topik hartanah dengan kewangan, chewah nampak tak otak financial planning nya. Bila dah kuar topik geng sekolah dulu kebanyakannya dah nak bina rumahtangga, dah ada calon, dah maju dalam bab pasangan hidup, kemain terkejut lagi aku. Selalunya dulu yang keluar topik Anime, bola, lepak-lepak, maklumlah boy school, bukan kenal sangat spesis Hawa ni. Sejak dah keluar tengok dunia luar ni, kejutan budaya menerpa, termasuk la diri hamba ini, ehemm. Dari kena PLKN sampai la grad Ijazah, tak penah putus kaum Hawa yang datang meluah perasaan la, menumpang kasih la, cukup 1 sem 1 orang datang. Ekkekeekeke, cukuplah aku mempoyokan diri, nanti muntah hijau pulak. Dugaan semua tu, tapi jangan risau, diri ni single since born. Msaih menunggu sang bidadari.

 Aku kan tetap menantimu~ eceehh..

Back to topic, disebabkan otak zeo dengan aku ni lebih kurang sama je, otak financial planning lebih, kawin letak 5 taon lagi, maka topik loan rumah, sewa rumah, sampai la aku terbuka topik Loyalty Card. Haaahhh!! mendalah apa tu? Aiseh, dipendekkan cerita dia suruh aku buat entri pasal Loyalty Card kat blog. Jadi, Zeo... entri khas untuk dikau.