05 December 2012

Final Exam : Day 1

Assalamualaikum~  :)

Dengan berakhirnya masa menjawab kertas Landing Gear System hari ni, maka habislah final exam aku... untuk hari ini.heheh -_- . 1 down 5 to go.







jasamu dikenang~















Punya lah menghafal toyol-toyol, spot Q brape kerat je yang masuk, adehhhh~. MCQ banyak masuk soklan pasal tayar... topik paling ak malas nak study. nasib baik la esei ak boley jawab. Setelah nota/toyolku menjadi viral di kalangan dak-dak yang amek kertas L/G, dua soklan je yang masuk, Pasal Shimmy Damper ngan Anti Skid System. Agak mencabar di situ T_T.

Sebagai memorial untuk kitorang serta rujukan untuk junior-junior, aku nak abadikan soklan-soklan yang kuar bagi kertas Landing Gear System Julai 2012. Esei sume skali 5 soklan,jawab 3.

soklan pertama pasal significant element yang dapat di observe masa landing gear retraction test. Soklan ni agak general, jadi sapa-sapa yang ponteng masa workshop wat retractionn test gabra la sket nak jawab soklan ni, tapi boley goreng je kalau faham konsep serviceable landing gear. Aku goreng special.

soklan kedua pasal shimmy damper. Dia mintak jenis shimmy damper, fungsi dia dengan sebab-sebab berlakunya shimmy. Yang ni cedok dalam buku text ngan nota je, senang. (tak ingat-ingat gak)

soklan ketiga pasal Antiskid System, kegunaan dia, ngan major component. Lagi skali, cedok dalam nota. nak lagi detail rujuk Airframe Textbook.

soklan keempat ngan kelima aku tak ingat, haahahaahaaaa~. tanya orang lain la lau nak tahu. Aku jawab soklan 1 hingga 3 je. :P

update: ok ak da tau da soklan 4 ngan 5. soklan 4 pasal brake bleeding operation. dia tanya method brake bleeding ngan procedure. soklan last pasal aircraft tire. ok :)

selesai suda mengadap buku airframe, giliran powerplant plak.

sekian, terima kasih.

02 December 2012

Minggu Perah Otak

Assalamualaikum..







Brace yourself, the final exam is coming!!! haha.. pejam celik pejam celik da nk final da. masing-masing sibuk kira carry mark. Lepas tu mesti keluar ayat "please la.. ak nak lulus je. carry mark punya la rendah, nak cukup lagi 10 markah, pastu lulus la".

Apa yang pasti carry mark sem ni takde yang cecah 60+. tak pernah dalam sejarah lagi ni. aisehh... -_-. Tapi okey la dengan ponteng kelas sebulan setengah kan..wahahaa. Nak fikir positif sket, ak da ulangkaji midterm skali ngan final, pakej la kira tu ;).

Macam biasa, semua pakat berusaha mencari dan menelaah... bukan buku dan nota, tapi soalan sem lepas ngan spot Q, termasuklah toyol-toyol yang mula dibela. Dan seperti sem lepas, pensyarah mulai rimas dengan adegan drama mahasiswa mintak tambah markah :P. nampak macam terdesak kan? tapi tak boleh nak salahkan kitorang 100%, mana-mana penuntut Uni lain mungkin rasa dorang dah susah nak dapat A, tapi kitorang nak lulus je kena dapat 75%. nampak tak permainan di situ?

Jangan terkejut kalau GPA kitorang 3.7+ tapi keputusan kesuluruhan gagal. dah lumrah dalam dunia aviasi.

Macam mana pun doakan kitorang yang terbaik okey? insyaAllah~

p/s: sape-sape yang ade spot Q tu kongsi-kongsi la, heheh.

15 November 2012

Menjadi Dhuyufurrahman

Assalamualaikum ya sahabah...

setelah 2 bulan tak kemaskini blog ni, sampai da naik bersarang lelabah digital kat blog...hahah, aku sudah kembali!!!


alhamdulillah, da 2 minggu ak selamat tiba di tanah air malaizia bab kata pak arab. :). sampai je kat airport pergi kat tempat menunggu, keluarga sambut. esoknya terus pegi MIAT dan macam biasa la kat MIAT ujung2 minggu, aku disambut dengan bunyi cengkerik, krik krik krik~;P .

nak tau pengalaman ak smasa kt tanah haram tak? slalunye perkara yg mula2 orang kita tanye mesti bab makan kn? tipikal la 2..ngeh3. bab makan rasanya tak payah crite la kan.. rezeki ada di mana2. bak sabda Rasulullah SAW kepada Aisyah RA "hargailah nikmat, kerana sekali ia pergi, ia takkan kembali lagi"






pic ni mase mendaki 
bukit kat mina












macam2 perkara berlaku kat sana, ak nk crita pon tak terkata2. betul la orang kata, kita kena lalui situasi tersebut baru la kita faham. pengalaman yang tak mungkin ak lupakan, pengalaman yang membuatkan ak berubah pandangan pada manusia dan dunia ni :'). takde hari yg ak lalui kt sana tanpa mengalirkan air mata,paling kurang pun mata berair. macam menangis ni satu rutin atau lumrah kat sana. aku lihat orang buta tawaf aku menangis, ak tengok orang cacat kaki tawaf ak sebak. ak faham, golongan2 ni sebenarnya bukannya kurang upaya, tapi lebih upaya dari golongan yang sempurna macam ak. mereka semua tetamu Allah, Allah akan menjaga tetamunya. 










tingkat 3, open air sket















 nasihat dari ak, sementara usia kita msih ada,masih muda, tanamlah hajat untuk menjadi tetamu Allah. InsyaAllah akan dipermudahkan, takde fulus pun mungkin dapat pergi free, takde masa lapang pun mungkin dapat cuti panjang. sape tau nikmat Allah. jangan cakap takde duit, takde masa, sedangkan kita guna rezeki yg diberi pegi modified kete, guna masa pegi melancong kat korea bagai. 

satu je perkara yg buat ak btul2 menyesal, kisah dia berlaku masa mabit di muzdalifah. ada sorang nenek dari singapore tersesat cari grup die. dah la die jalan kaki dari arafah sorong kerusi roda tanye grup kami mane grup singapore. sorang2 trmasuk ak hanya mampu melihat smbil ckap tak tau. bayangkan, perempuan tua, sorong krusi roda dari arafah ke muzdalifah pastu ke mina, sorang2 jalan kaki, sesat, tgh malam, takde sorang pon pegi tolong, termasuk ak. Ya Allah, andai anak die dapat tau, apa alasan ak nk bagi sbb tak tolong. andai dia nenek ak, dan takde orang pun tolong nenek ak, macam mana prasaan ak, andai dia orang tua korang, ape prasaan korang. satu malam 2 ak menangis, dalam bas Allah je yang tau macam menyesalnya ak. sampai sekarang fikir pasal nenek 2 je mesti ak mengalir air mata.menyesal sangat2. skarang ni pon ak taip post ni dengan mata berkaca2. mungkin kifarah ak sbb tak tolong nenek tu sampai balik kat Malaysia  pun kalau ak tengok ada orang tengah susah lagi2 makcik tua, ak berair mata, hati ak pulak meronta2 nak pegi tolong,biarpun benda kecik macam jatuh duit syiling.









 masa kat muzdalifah










paling kemuncak drama2 manusia ak bley tonton masa kat mina. kat sana macam2 bley tengok. semua perangai manusia yang tersembunyi jelas terpampang. ak masa kat sana terpilih jadi sahabat Tabung Haji ataupun bahasa lainnya sukarela. apa2 perkara mesti cari kitorang. kena kutuk, marah bagai dah jadi sarapan. kesabaran ak pun teruji kat mina. paling teruji bila ada satu khemah ni duk komplen sesak takde ruang nak baring2. ak masa tengah sibuk hantar orang sesat. tak tahan dengan komplen bagai, tetibe ak bagi ceramah  "pandai2 la ejas tempat tidur, kita patut bersyukur sbenarnya ada tmpat tidur, orang pakistan, bangla tidur tepi jalan je. Nabi dulu pun x wat haji mewah camni" ntah camne sume senyap. ak pun tenangkan diri, tanye ade ape2 lg tak. da takde pape ak pun smbung keje balik. memang tak tido ak malam tu. esoknya plak ade sorang pakcik ni tak pegi melontar kubra lagi, da nak maghrib da. kesian ak tengok, pegi ngan grup A, terpisah pastu masuk khemah balik. pegi grup B plak terpisah lagi. tak dapat tahan prasaan ak pun sukerala la teman dia melontar, 3km pegi 3km balik. sepanjang jalan berair mata. Ya Allah, kalaulah ak boleh bantu nenek tu :'( . banayk lagi kisah tapi ak tak boleh nak crite sume. biarlah ia menjadi pengajaran pada ak.







 bukit ni la tempat ak menenangkan diri ak yang gundah.












pape pun, ak sangat berhajat untuk pergi ke sana lg dan kalau boleh ak nak menghembuskan nafas terakhirku di sana, di Mekah ataupun di Madinah. :') alangkah beruntungnya orang yang meninggal di sana. perkara yg dapat menenangkan ak di sana adalah dengan menatap kaabah dan iktikaf kat kawasan rawdah. stakat ni la kot post ak. mudahan segala doaku dan amalanku diterima.amin. 
"haji itu kusut dan berdebu". wassalam.

hujan rahmat di tanah haram